TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Ini Lahir Dengan Kesan Lebam Seluruh Wajahnya. Ibu Sangkakan Anak Orang Lain, Rupanya Anak Sendiri!

17 May, 2023
Bayi Ini Lahir Dengan Kesan Lebam Seluruh Wajahnya. Ibu Sangkakan Anak Orang Lain, Rupanya Anak Sendiri!

Ibu terkejut apabila melihat wajah zuriatnya, sangkakan anak orang lain. Rupanya kesan lebam akibat teran lebih 5 kali ketika melahirkan.

Umum tahu yang proses melahirkan itu amat sukar, pertarungan seorang ibu antara hidup dan mati. Begitulah yang dapat dirasai oleh seorang ibu yang baru sahaja bergelar ibu untuk anak dua apabila perlu meneran sehingga lebih lima kali sekaligus menyebabkan kesan lebam pada keseluruhan wajah zuriat keduanya itu.

Farah Adibah Amirah Kunyee, berusia 22 tahun terkejut apabila melihat wajah anaknya itu sehingga menyangkakan yang itu adalah anak orang lain. Bayinya itu diberi nama Muhammad Aryan Qusyairy Mohamad Afiq dilahirkan dalam keadaan kulit berwarna biru lebam akibat lemas semasa proses kelahirannya.

Menerusi perkongsian ibu tersebut kepada mStar, “Anak lemas sebab saya tak kuat nak teran dia keluar. Saya tak berapa ingat berapa kali tapi lebih dari lima cubaan.”

Tambahnya lagi, posisi bayi di dalam kandungannya itu tersangkut pada bahagian bahunya sehinggakan doktor terpaksa menarik badannya sedikit untuk dikeluarkan. Pada masa yang sama Farah juga kekal mencuba untuk meneran demi untuk mengeluarkannya dengan segera.

“Masa itu bahu dia tersangkut jadi doktor tolong tarikkan badan dia sikit untuk keluarkan. Saya tetap cuba teran juga demi nak keluarkan dia,” katanya.

Selain itu, ada juga jururawat yang membantu untuk menekan dan menolak perutnya ke bawah untuk mengeluarkan bayi tersebut.

“Ada juga cara lain doktor cuba tapi saya tidak tahu. Apa pun saya bersyukur sangat saya tidak kena buat pembedahan atau vakum semasa melahirkan,” jelasnya lagi tentang pengalaman melahirkan anak keduanya itu yang agak sukar berbanding anak pertamanya.

Sejurus itu, pihak hospital ada memaklumkan kepadanya dan suami bahawa ada kemungkinan yang anaknya itu mengalami kecederaan bahu kerana tersangkut setelah empat jam bertarung nyawa di dalam ruang bersalin. Walaubagaimanapun, bayinya itu disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang kecedeeraan melainkan wajahnya dengan kesan lebam.

Menurut Farah, sebaik bayinya itu keluar, wajahnya terus bertukar warna biru dek kerana lemas di dalam perut.

“Hari pertama biru lebam, hari kedua jadi warna ungu dan hari-hari seterusnya dia jadi merah pekat. “Kemudian kulitnya bertukar merah cair sebelum normal selepas dua minggu. Saya tidak ada letak sebarang krim atau produk pada kulit dia. Memang dia sembuh sendiri sahaja,” jelas ibu kepada anak dua ini.

Kongsinya lagi, sebelum dia dan suami melawat bayinya itu, dia tidak fikir apa pun sehinggalah ternampak seorang bayi ini wajahnya gelap kesan lebam. Tidak menyangka yang itu adalah anaknya, namun apabila doktor mengatakan yang itu adalah anaknya, pasangan itu amat terkejut dan beristighfar.

Biarpun terkejut dengan keadaan bayinya itu, Farah tidak sekalipun melatah atau bersedih dengan apa yang berlaku kerana dia percaya bahawa kulit anaknya itu akan kembali normal seperti bayi lain.

Sememangnya kulit bayinya itu kembali normal dan perkara itu dikongsikan sendiri oleh Farah menerusi gambar keadaan anaknya itu di TikTok. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa dia warna gelap itu tiada yang cakap apa-apa. Tetapi bayi saya balik dari hospital selepas empat hari muka dia menjadi merah kemerahan yang pekat sebab ia ingin berubah kepada warna kulit asal. Saya ada tunjuk gambar kepada keluarga saya. Ramai yang terkejut dan nak tahu kenapa bayinya jadi begitu. “Doktor ada memberitahu punca bayi besar dan saya pula kecil orangnya. Lepas itu doktor ada cakap juga enam daripada 10 ibu akan mengalami situasi ini walaupun anaknya kecil. “Nasihat saya pada ibu bapa di luar sana, jika berlaku perkara yang sama macam saya, jangan terlalu fikir dan risau yang melampau. Pedulikan apa yang orang nak cakap. Sebabnya warna kulit bayi yang sebegini memang akan berubah. Cepat atau lambat sahaja,” katanya.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
mStar 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Ini Lahir Dengan Kesan Lebam Seluruh Wajahnya. Ibu Sangkakan Anak Orang Lain, Rupanya Anak Sendiri!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham