Umum mengetahui pil perancang fungsinya adalah untuk mencegah dan mengawal kehamilan. Terdapat banyak jenis pil ini di pasaran. Setiap apa yang kita makan atau minum, pasti ada kesannya pada tubuh badan. Jadi apakah kesan sampingan pil perancang kepada seseorang wanita?
Tular di media sosial sebelum ini mengenai kematian seorang wanita yang dikaitkan dengan pengambilan pil perancang. Namun, sejauh manakah benarnya mengenai perkara ini?
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Kesan sampingan pil perancang tidak bahaya jika diambil cara betul
- Penting dapatkan nasihat doktor sebelum ambil pil perancang
Kesan sampingan pil perancang tidak bahaya jika diambil cara betul
Wanita itu dikatakan telah mengambil pil perancang untuk suatu jangka masa dan dikatakan mengalami darah beku susulan pengambilan pil itu. Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan perkara berkenaan dan punca kematiannya.
Sebenarnya, walau apa pun ubat yang kita ambil, adalah lebih baik dapatkan dulu nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Tidak boleh hanya merujuk kepada media sosial dan sebagainya tanpa membuat pemeriksaan lanjut mengenai pil yang sesuai untuk anda.
Ini berikutan jika pil itu berkesan dan baik untuk orang lain, belum tentu ia baik untuk anda. Sekiranya anda memerlukannya, rujuk dulu kepada doktor untuk mengetahui apa yang lebih sesuai.
Kesan biasa jika mengambil pil perancang termasuklah:
- Pening kepala
- Kenaikan berat badan
- Kurang selera makan/bertambah selera makan
Penting dapatkan nasihat doktor sebelum ambil pil perancang
Namun, jika diambil dengan cara yang salah, dikhuatiri ada kesan sampingan negatif yang bakal berlaku.
Antara kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan pil perancang jika tidak diambil dengan cara yang betul adalah akan berlakunya pulmonary embolism atau pembekuan darah.
Pembekuan darah boleh menyebabkan berlakunya gangguan kepada sistem kardiovaskular yang akhirnya mengakibatkan serangan jantung dan strok.
Anda perlu tahu, jika anda berusia lebih 35 tahun dan seorang perokok, anda tidak boleh mengambil pil perancang.
Pil perancang terlalu mudah didapati di pasaran. Disebabkan itu ada yang membelinya tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu yang akhirnya penggunaan dengan cara yang salah seperti digunakan lebih lama daripada tempoh yang diperlukan akhirnya membawa mudarat kepada penggunanya.
Disebabkan itu, ambillah pil perancang dengan cara yang betul dengan mendapatkan nasihat terlebih dulu daripada doktor atau ahli farmasi supaya ia tidak memudaratkan anda. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tanya Sis Min: Saya Ingin Tahu, Apakah Kelebihan Pil Perancang Noriday?
Baca juga: 3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!
Baca juga: Apa Jadi Pada Tubuh Jika Anda Berhenti Ambil Pil Perancang?