Anak Yang Dijangkiti Covid Berisiko Alami Kesan Jangka Masa Panjang, Ibu Sila Alert Perkara Ini!

Kesan virus covid-19 terhadap kesihatan kanak-kanak boleh terjadi untuk jangka masa yang panjang. Justeru ibu ayah sila waspada akan hal ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan virus Covid-19 tidak hanya dirasai oleh orang dewasa sahaja, malahan kanak-kanak juga berisiko mengalaminya untuk jangka masa yang panjang. Meskipun si manja anda kelihatan sudah pulih dan kembali aktif, namun ibu ayah tetap perlu berjaga-jaga agar mereka tidak dijangkiti buat kali kedua.

Memandangkan kini negara kita dilanda gelombang Omicron, American Academy of Pediatrics (AAP) menggesa ibu ayah menghantar anak untuk rawatan susulan selepas Covid-19 bagi memantau simptom yang masih ada.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kesan virus Covid-19 terhadap kanak-kanak
  • Ibu ayah perlu bawa anak jalani rawatan post Covid-19
  • Keadaan kesihatan yang biasa berlaku selepas dijangkiti Covid-19

Kesan virus Covid-19 terhadap kanak-kanak, ibu ayah perlu alert sebarang kemungkinan untuk jangka masa panjang

Panduan interim AAP baharu telah dikeluarkan, ia mengenai keadaan kanak-kanak dan remaja selepas dijangkiti Covid-19.

AAP telah mengesyorkan semua pesakit yang diuji positif jangkitan virus ini berjumpa pakar pediatarik mereka bagi mengetahui simptom yang masih tertinggal, meneroka gejala baharu dan membimbing untuk kembali kepada rutin harian biasa.

Di negara Amerika Syarikat, lebih daripada 4 juta kanak-kanak telah disahkan positif virus ini. Walaupun penyakit ini kebanyakannya dikatakan memberi kesan kurang teruk pada kanak-kanak dan remaja berbanding orang dewasa, AAP masih tidak dapat meramalkan simptomnya untuk jangka masa akan datang.

Menurut panduan baharu itu, ”Covid-19 boleh membawa kepada banyak keadaan sekunder, ia berkaitan jangkitan biasa hingga teruk. Kesan jangka panjang daripada jangkitan ini mungkin ketara, tanpa mengira tahap keterukan pada peringkat awal.”

Kesan virus terhadap anak kecil, ibu ayah perlu bawa si manja jalani rawatan post Covid-19

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas kunjungan ke hospital, doktor harus bekerjasama dengan keluarga bagi mengenal pasti sebarang simptom Covid-19 yang berterusan. Ia termasuklah simptom pernafasan, simptom jantung, keletihan atau gangguan kognitif.

Pakar dan ahli keluarga juga perlu menentukan sama ada kanak-kanak atau remaja itu memerlukan sokongan akademik tambahan seperti kembali ke sekolah secara bergilir serta aktiviti kognitif berdasarkan toleransi dan menawarkan panduan untuk tempoh berehat.

Sesetengah kanak-kanak mungkin memerlukan sokongan daripada pihak hospital dan keluarga untuk benar-benar pulih sepenuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, pakar kanak-kanak perlu membincangkan vaksinasi Covid-19 untuk semua individu yang layak bagi mengelakkan jangkitan berulang.

Keadaan kesihatan yang biasa berlaku selepas dijangkiti Covid-19

Panduan AAP turut menggariskan simptom berterusan atau kesan tertinggal yang berlaku pada kanak-kanak selepas dijangkiti dan menerangkan langkah seterusnya.

Gejala pernafasan seperti sakit dada, batuk dan sesak nafas yang disebabkan aktiviti seharian boleh terjadi selama tiga bulan atau lebih lama. Justeru panduan AAP ini memfokuskan rawatan susulan dengan pengimejan dada, ujian fungsi paru-paru atau ujian senaman kardiopulmonari.

Simptom yang teruk juga boleh muncul akibat post Covid-19 ini termasuklah kegagalan jantung atau strok. Pakar kardiologi mungkin merupakan orang terpenting dalam memberi sokongan terhadap pesakit virus berbahaya ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala anosmia dan ageusia boleh menjejaskan selera makan anak, mood harian dan kualiti hidup mereka.Bagi anosmia berterusan, AAP mengesyorkan penilaian lanjut, mengoptimumkan pemakanan dan ujian deria.

Tidak cukup dengan itu, ibu ayah juga perlu membawa anak untuk penilaian perkembangan otak bagi menilai sama ada berlaku kelewatan akademik, perubahan kognitif, motor ataupun tingkah laku.

Keletihan yang dirasai selepas tubuh dijangkiti virus ini mungkin membuatkan proses pembacaan dan pembelajaran anak-anak sedikit terganggu.

Walau bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana perubahan kesihatan si manja selepas jangkitan Covid-19 akan bertambah baik dari semasa ke semasa, jika fungsi jantung dan pernafasan adalah normal.

Menurut pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar menjelaskan kerisauannya terhadap kesihatan jangka panjang kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru ibu ayah perlu mempertimbangkan pemberian vaksin terhadap anak yang berusia 5 hingga 12 tahun bermula Februari 2022 bagi membentuk perlindungan lebih lama.

Kredit foto: Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti

Baca juga: Bayi Yang Lahir & Membesar Ketika Pandemik Covid-19 Berisiko Miliki IQ Rendah- Kajian

Baca juga: ”Rasa Nak Pengsan,” Ibu Baru Habis Pantang Kena Covid-19, Satu Keluarga Masuk Hospital 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan