Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

lead image

Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa kesilapan mendisiplinkan anak yang paling biasa dilakukan oleh ibu yang kemudiannya membawa kepada penyesalan.

"Kanak-kanak akan berjaya jika mereka fikir boleh melakukannya" adalah mantra asas yang Dr. Ross Greene, ahli psikologi terkenal dan pengarah Lives in the Balance, minta ibu bapa ingati apabila berurusan dengan kanak-kanak.

Para ibu juga boleh berjaya jika mereka fikir mereka boleh. Tetapi, apabila ia adalah berkenaan dengan disiplin, kita tidak sentiasa melakukan perkara yang betul.

Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui beberapa kesilapan mendisiplinkan anak yang paling biasa dilakukan oleh ibu yang kemudiannya membawa kepada penyesalan.

1. Mendisiplinkan kelakuan biasa anak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/canva photo editor 59 1.jpg Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

"Dia membuat bunyi yang teruk, suara pelik. Bunyi yang dilakukannya adalah luar biasa dan amat menjengkelkan apabila dia menjadi seekor beruang," Kelly R. berkata tentang anak lelakinya berusia 9 tahun.

Seperti Kelly, kadang-kadang saya tertanya, apakah ia perkara biasa untuk anak-anak saya.

Dengan si bongsu, anak kedua, dan seorang remaja di rumah saya, ia kadang-kadang sukar bagi saya untuk mengingati cara tingkah laku yang sesuai dengan perkembangan untuk setiap peringkat umur.

Saya marah dengan mereka kerana melakukan perkara-perkara menjengkelkan sebelum saya teringat bahawa itu adalah apa yang anak-anak lakukan pada usia mereka.

Dan kemudian, sudah tentu, saya kesal kerana memarahi mereka hanya kerana anak-anak saya berkelakuan seperti kanak-kanak yang lain.

2. Menjerit

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/canva photo editor 60 1.jpg Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

Cara marah adalah berbeza bagi setiap ibu. Ia berbeza apabila seorang ibu menjerit kepada anaknya yang berada di tingkat atas  rumah dan seorang ibu yang menjerit terhadap anak yang berada di hadapan mereka.

Menjerit bukan teknik disiplin yang baik dan menjerit pada anak anda hanyalah mengajar dia untuk tidak menghormati anda seperti mana anda tidak menghormati dia.

Menjerit adalah tanda kekecewaan dan keletihan mental. Ia bukan satu percubaan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.

Ia seperti berkata: "Jangan!," daripada berkata: "Mama tengah memasak, bolehkah kamu menonton TV dahulu?"

Seperti yang dikatakan oleh Lisa D., menjerit hanya akan membuatkan anak anda berasa lebih berkuasa.

3. Tidak konsisten 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/canva photo editor 58 1.jpg Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

Saya baru membaca coretan oleh mommy blogger Bad Playdate tentang seorang ibu yang mengejar anaknya ketika parti hari jadi.

Ibu tersebut membuat anaknya mengira sehingga tiga dan membiarkan dia berdiri bersendirian ketika parti itu berlangsung.

Walaupun teknik 1-2-3 berkesan untuk kebanyakan kanak-kanak, yang penting adalah konsisten, bukan kegigihan!

Jenny, seorang ibu, berkata, dia telah mencuba pelbagai teknik disiplin yang berbeza dengan anaknya sejak enam tahun yang lalu.

Tetapi tidak satu pun yang berkesan. Dia mengakui yang masalahnya adalah dia tidak konsisten, sesuatu yang dia kesal dan sedang berusaha untuk betulkan.

4. Tidak mendisiplinkan setiap anak secara individu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/canva photo editor 57 1.jpg Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

Apabila anda mempunyai lebih daripada seorang anak, adalah mudah untuk menggunakan satu sahaja cara disiplin.

Tetapi ia adalah sesuatu yang Susan M., ibu kepada 10 orang anak, cadangkan ibu bapa untuk elakkan.

Beliau berkata apa yang dia tahu sebagai ibu kepada ramai anak adalah kanak-kanak bertindak balas secara berbeza kepada disiplin.

Sesetengah kanak-kanak amat sedih jika anda melihat mereka dengan cara yang salah.

5. Menganggap bahawa disiplin dan hukuman boleh ditukar ganti

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/canva photo editor 62 1.jpg Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

Apabila ibu-ibu ditanyakan soalan:

"Bagaimanakah ibu bapa boleh tahu yang teknik disiplin yang mereka gunakan adalah terlalu keras untuk anak mereka?"

dan

"Apakah jenis-jenis hukuman yang anda fikir sesuai dan yang tidak sesuai?"

ada yang tidak selesa dengan soalan itu. Masalahnya ialah disiplin dan hukuman tidak boleh ditukar-tukar dan sesetengah ibu kesal kerana tidak memikirkannya lebih awal.

Carrie B., seorang ibu, menunjukkan bahawa disiplin adalah satu cara untuk mengajar anak-anak kawalan diri dan sempadan.

Manakala hukuman memberi tumpuan hanya pada apa yang salah dan ibu bapa perlu memikirkan cara untuk menghukum tingkah laku yang salah itu dan bukan mengubah suaikannya.

Berita baik adalah ini: kesilapan boleh diperbaiki dan anda boleh memperbaiki diri dengan menggunakan teknik-teknik yang lebih positif.

Jodi, seorang yang sentiasa menjerit kepada anaknya sebelum ini, berkata: "Saya lebih baik sekarang daripada saya yang dahulu. Saya telah belajar untuk lebih bersabar sejajar dengan pertambahan usia saya."

Rencana diterjemah daripada Pop Sugar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!