Benarlah orang selalu kata yang menjaga sekandang lembu lebih mudah daripada membesarkan anak perempuan. Ibu ayah kalau buat 7 kesilapan ini pada anak perempuan, percayalah yang mereka akan jadi penuh bermasalah pada hari dewasa mereka kelak.
Tiba masa itu nanti, jangan pula ibu ayah menyesal ya, kerana pokok pangkalnya semuanya biarlah melentur buluh dari rebungnya. Nak mendidik anak biar dari mereka sedari kecil lagi kerana itu adalah fasa pembelajaran mereka yang paling cepat untuk mereka menyerap dan belajar.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Taufiq Razif (pendidik keibubapaan) ini, jelas dinyatakan akan bagaimana seseorang anak perempuan itu boleh membesar dengan cara didikan yang salah berdasarkan kesilapan ibu bapa membesarkannya.
Tulisnya, “Tak susah pun nak rosakkan anak perempuan ni sebenarnya” serta diikuti dengan 7 cara yang boleh merosakkan anak perempuan dengan mudah.
7 kesilapan ibu ayah buat pada anak perempuan
Berikut adalah 7 kesilapan yang ibu ayah selalu buat tanpa kita sedar:
1. Nak mereka jadi Attention-Seeker? Jangan puji anak perempuan langsung. Buat ketat saja muka dan jangan pedulikan mereka.
2. Nak mereka rasa rendah diri? Kritik badan mereka dan kritik semua yang mereka buat untuk kita.
3. Nak mereka rasa tak cantik? Puji saja anak orang depan mereka tapi jangan sekali kali puji kecantikan anak-anak sendiri di depan muka mereka.
4. Nak anak perempuan rasa tak dihargai? Jangan ucap terima kasih pun pada anak perempuan ni. Biar saja mereka serve kita. Kita kan ibu ayah. Mak ayah kenalah ego. Baru anak respect.
5. Nak mereka jadi kurang ajar? Tekan saja mereka kaw kaw. Biar mereka rasa apa kita rasa masa kecil dulu. Dah marah kaw kaw tu tak payah peluk cium bagai. Biarkan saja mereka.
6. Nak bagi mereka lost? Tak payah bagi peraturan langsung dalam rumah. Biar saja mereka nak buat apa pun. Bagi saja semua yang mereka nak. Tabur saja duit kat mereka. Pandai pandai la mereka nanti.
7. Nak mereka jadi trauma? Buat je sesuka hati kita. Marah tak payah berlapik. Jerit pun tak payah nak tahan-tahan. Jerit saja sekuat hati pada anak itu. Kalau terlanjur marah melampau pun tak payah minta maaf ke apa. Tak payah!
Jelas di sini menyatakan yang setiap cara yang kita buat pada anak kita itu akan menampakkan hasilnya di kemudian hari. Sebagai contoh paling mudah adalah apabila seseorang anak perempuan itu membesar dengan trauma, sudah semestinya berbalik kepada cara ibu ayah pada masa mereka kecil. Adakah anak itu sering dimarah dan dijerit di hadapan orang ramai tanpa rasa malu sekalipun?
Tambah Taufiq Razif lagi, anak perempuan ini adalah anugerah Tuhan yang mana pada fitrahnya adalah manusia yang lembut dan sangat mudah untuk dibentuk. Sememangnya itu adalah kelebihan mereka tetapi itu juga boleh jadi kelemahan mereka.
Sekali anak perempuan sudah rosak, adalah agak sukar untuk kita sebagai ibu ayah untuk memperbaikinya semula. Seeloknya jaga dan didik mereka sebaiknya agar menjadi seorang anak yang terbaik untuk dirinya serta orang sekelilingnya kerana anak adalah amanah dan anugerah dari Tuhan buat kita.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri
Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!
Baca juga: Ini Cara Untuk Terap Tabiat Wang Sihat Dalam Anak Remaja Anda