Resipi Ketupat Sotong Kelantan, Manis & Berlemak Sangat Sedap!

Anda pernah rasa ketupat sotong? Ia sejenis manisan yang terkenal di pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu.

Ketupat sotong merupakan manisan pencuci mulut yang sangat terkenal di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Walaupun namanya sama tetapi kedua-dua negeri mempunyai kelainan tersendiri. 

Ketupat Sotong Versi Kelantan

ketupat sotong

Versi Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis, menggunakan gula melaka. Berbeza dengan Terengganu yang lebih bersantan dan kurang manis.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 kotak santan
  • Sedikit garam
  • 1 kilo sotong segar
  • 2 keping nise atau gula melaka
  • 1 biji bawang merah – dihiris
  • Sedikit halia – dihiris
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit halba
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang kira-kira sejam.
  2. Basuh bersih sotong. Boleh juga jika mahu siat kulitnya. Kemudian toskan.
  3. Masukkan beras pulut yang telah direndam. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
  4. Masukkan air santan yang digunakan untuk merendam beras, sedikit santan, gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
  5. Buka api. Biar sehingga sotong masak dan masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.

Tips Ketupat Sotong Kemas, Tak  Pecah

ketupat sotong

Isikan beras pulut separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkannya terkeluar atau sotong pecah. 

myresepi

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Rasa Berlemak & Harum Semerbak!

Baca juga: 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

Baca juga: Resepi Berasaskan Ikan Yang Mudah & Lazat, Ibu Jom Cuba Pasti Anak Akan Suka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!