X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Paling Sedap Bila Dihidang Sejuk Kala Musim Panas. Ini Resepi Taufu Fa Boleh Cuba Di Rumah Untuk Hidangan Seisi Keluarga

3 min bacaan
Paling Sedap Bila Dihidang Sejuk Kala Musim Panas. Ini Resepi Taufu Fa Boleh Cuba Di Rumah Untuk Hidangan Seisi Keluarga

Biasanya hidangan ini paling laku masa bulan puasa dijual di bazar Ramadan. Sebenarnya mudah sahaja untuk buat taufu fa di rumah.

Siapa yang tak suka taufu fa bukan? Boleh kata manisan ini menjadi pilihan ramai kala bulan puasa, tetapi tak perlu tunggu bulan sekali pun untuk merasa kenikmati taufufa. 

Paling nikmat apabila ia dihidang dingin ketika cuaca panas membahang. Tak dinafikan yang ia sungguh menyegarkan dan sesuai juga untuk hidangan seisi keluarga. Bahkan, kalau kita buat sendiri di rumah juga ia jauh lebih sihat kerana kadar gula yang kita sukat bergantung pada tahap kemanisan yang kita mahukan. Betul tak?

Jadi di sini kami ada kongsikan resepi homemade tau foo fah yang boleh anda cuba di rumah.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan A:

  • 500 gram kacang soya (basuh dan rendam 5 jam) atau alternatif lain adalah gunakan air soya kotak
  • 3200 ml air

Cara-cara (A):

  1. Kedua-dua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton.
  2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan.
  4. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah.
  5. Setelah air soya cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dituang seperti jug air.

Bahan-bahan B:

  • 1 1/2 sudu teh GDL
  • 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu besar air soya yang belum dimasak

Cara-cara (B):

  1. Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati.
  2. Gunakan sudu sukatan yang khas untuk membuat kek untuk menyukat bahan.

Bahan-bahan C:

  • Air
  • Gula/gula melaka
  • Daun pandan

Cara-cara (C):

  1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis.
  2. Tapis dan sejukkan.

Cara-cara Membuat Taufu Fa:

  1. Sediakan satu bekas. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas (seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Tau fu Fah halus)
  2. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang sudah siap dicampur itu.
  3. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
  4. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
  5. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.

Selamat mencuba!

Rasa.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Wanita Hamil Minum Susu Soya Atau Ada Kesan Sampingan Pada Janin?

Baca juga: Pengganti Gula Selamat Untuk Ibu Hamil Jika Diambil Sederhana, 6 Pengganti Gula Ini Boleh Dicuba Ibu

Baca juga: Dalgona Coffee? Apa Tu! Jom Cuba Resepi VIRAL Guna 5 Bahan Sahaja!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Paling Sedap Bila Dihidang Sejuk Kala Musim Panas. Ini Resepi Taufu Fa Boleh Cuba Di Rumah Untuk Hidangan Seisi Keluarga
Kongsikan:
  • Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

    Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

  • Bukan Sahaja Enak Dimakan Sejuk, Kembang Semangkuk Bagus Untuk Redakan Anak Demam, Batuk & Selesema

    Bukan Sahaja Enak Dimakan Sejuk, Kembang Semangkuk Bagus Untuk Redakan Anak Demam, Batuk & Selesema

  • Perbezaan Tepung Beras, Tepung Gandum Dan Tepung Jagung. Jangan Tertukar Pula Dalam Masakan!

    Perbezaan Tepung Beras, Tepung Gandum Dan Tepung Jagung. Jangan Tertukar Pula Dalam Masakan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham