Setiap ibu ayah pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak kerana tidak selamanya kita akan berada disisi mereka. Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah menerapkan keyakinan diri yang tinggi dalam diri si kecil.
Keyakinan diri antara elemen penting yang perlu diterapkan pada anak-anak sejak mereka kecil.
Ini bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan yakin walaupun ketika ketiadaan ibu ayah.
Keyakinan diri anak boleh ditingkatkan dengan 8 cara ini
Seperti yang dikongsikan di laman instagram ummitoday, ada lapan cara yang kita boleh buat untuk tingkatkan keyakinan diri anak sejak mereka kecil. Antaranya termasuklah:
#1. Allow safe risk gradually
Biarkan anak meneroka safe risk atau risiko selamat dengan pemantauan ibu ayah. Ini termasuklah aktiviti seperti bergayut di monkey bar, bergayut di dahan pokok rendang atau aktiviti rock climbing atau wall climbing.
Jika mereka jatuh atau seakan takut, cuba beri galakan. Sebagai contoh, jika sedang bermain kasut roda, jika terjatuh elakkan berkata ‘alah tak sakitlah’ cuba tukar kepada ‘mungkin sakit sikit kalau jatuh, tapi takpa, awak pakai knee pad dah”
#2. Jangan perkecilkan pendapat anak
Dengar pendapat anak. Jangan sekali-kali perkecilkan pendapat mereka.
#3. Puji dengan betul
Spesifik kan pencapaian yang dia buat. Jika dia buat aktiviti lasak seperti wall climbing atau rock climbing, dan dia boleh pergi kepada ketinggian lebih tinggi, katanya padanya “wah, adik dah boleh panjat lebih tinggi. Bagus, berani”
#4. Beri tugasan rumah
Beri anak tugasan rumah yang sesuai dengan diri mereka seperti kemas katil sendiri dan sebagainya untuk menunjukkan yang kita percaya pada anak.
#5. Kurangkan interference
Kurangkan interference. Beri saja dia peluang bermain dengan rakan-rakannya sekiranya tiada benda yang berbahaya dan sebagainya.
#6. Kurangkan cakap ‘be careful’
Kurangkan cakap be careful atau hati-hati pada setiap perkara yang anak lakukan.
Kalau dia kurang yakin untuk memanjat ke tempat tinggi dan sebagainya boleh katakan padanya ‘i’m here’, ‘mama ada di sini’. Atau jika perkara lain, anda boleh beritahu dia di mana yang bahaya.
#7. Jangan label anak
Jangan label anak seperti ‘penakut’, ‘pemalas’ atau ‘clumsy’.
#8. Jujur dengan anak
Jangan underestimate atau overestimate anak. Jujur dengan mereka.
Kenapa anak perlu ada keyakinan diri?
Kenapa pentingnya keyakinan diri pada anak?
- Anak yakin bila nak tanya soalan dalam mencari ilmu
- Anak yakin dengan prinsip hidupnya dan values yang dipegang
- Anak yakin cuba perkara baru
- Anak yakin bangkit kembali setelah jatuh
Tetapi biarlah yakin diri anak ini disertai dengan kerendahan hati dan tidak sombong atau angkuh. Disebabkan itulah pentingnya pujian yang betul serta tugasan di rumah yang diberikan kepada anak yang akan membentuk jati diri mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Mengajar Anak Menulis Dan Membaca, Ikuti 5 Teknik Menarik Yang Dikongsi Ibu Ini!
Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar
Baca juga: Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!