Khasiat Bawang Bombay Untuk Ibu Hamil, Ia Mengatasi Sembelit & Masalah Diabetes

Khasiat bawang bombay adalah sangat bagus untuk kesihatan, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung seperti mengatasi masalah sembelit dan kolesterol

Anda selalu masukkan bawang ini ke dalam makanan bagi meningkatkan kesedapan dan cita rasa masakan, kan? Namun, anda tahu tak banyak khasiat bawang bombay ini pada ibu hamil?

Sebenarnya, bawang bombay ini kaya dengan nutrisi penting yang sangat diperlukan wanita mengandung seperti zat besi, asam folat, karbohidrat dan kalsium.

Baca juga: Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Khasiat bawang bombay untuk wanita hamil

Bawang bombay termasuk dalam kategori sayuran allium yang mempunyai aroma tajam. Sebab itu, sifat antioksidan, anti kolesterol dan anti kanser yang ada pada bawang ini dapat melindungi wanita khususnya yang sedang berbadan dua dari pelbagai penyakit yang berbahaya.

Apatah lagi, bawang bombay juga mengandungi banyak nutrisi penting seperti karbohidrat, mineral, vitamin dan serat.

Selain itu, bawang ini juga mengandungi quercentin yang dapat menjadi ubat alami bagi mengatasi batuk dan selsema sepanjang kehamilan anda. Antara manfaat bawang bombay yang lainnya ialah:

#1. Detokfikasi secara semulajadi 

Kandungan asid amino dalam bawang bombay menjadi detoksifikasi semula jadi bagi tubuh.

#2. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Jika anda mengambil bawang bombay sekitar 15%, maka ia dapat memenuhi keperluan Vitamin C dalam tubuh. Bahkan, sifat antioksidan yang dimilikinya juga dapat mempertingkatkan kekebalan tubuh wanita hamil supaya tidak mudah diserang penyakit.

#3. Hindari sembelit

Bawang ini juga dapat membantu masalah fungsi pencernaan anda. Sekiranya mengalami sembelit anda boleh mengambil sejumlah kecil bawang bombay yang dipercayai dapat mengatasi masalah tersebut.

#4. Mengawal tekanan darah 

Sumber fitonutrien dalam bawang ini juga dapat membantu anda mengawal tekanan darah. Sekaligus ia dapat mencegah komplikasi kehamilan seperti tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan implikasi lain antaranya preeklamsia, hipertensi dan kelahiran pramatang.

#5. Elak dari kencing manis semasa mengandung

credit to sources

Bawang ini juga memiliki kronium yang dapat mencegah masalah pada insulin dan mengatur kadar gula dalam darah wanita hamil.

Sekaligus ia dapat menjadi makanan yang baik bagi mengatasi penyakit diabetes dan gestasional.

#6. Mengawal berat badan

Ia juga memiliki kadar kalori dan lemak yang rendah maka menjadikan bawang ini makanan yang dapat mengawal berat badan anda. Ini kerana, berat badan yang berlebihan semasa mengandung juga sangat tidak digalakkan.

#7. Sembuhkan sakit kerongkong

Apabila bawang ini dicampurkan bersama sayuran yang lain ia dapat mengubati sakit kerongkong. Anda juga boleh tambah madu ke dalamnya untuk rasa yang lebih enak.

#8. Meningkatkan kualiti tidur 

credit to sources

Ibu mengandung sememangnya disarankan untuk banyakkan berehat, terutamanya baru memasuki trimester pertama dan ketiga. Walau bagaimanapun kebanyakan ibu hamil sering mengeluh akibat sukar tidur kerana sakit belakang, pening kepala dan kekejangan pada bahagian perut.

Manfaat bawang bombay mengandungi prebiotik mampu menurunkan tekanan dan meningkatkan kualiti tidur. Kandungan folat didalamnya turut mampu mencegah pembentukan homocysteine berlebihan dalam tubuh.

#9. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut

Perubahan hormon yang terjadi ketika mengandung boleh menyebabkan kulit bertukar menjadi kusam, berjerawat dan masalah rambut mudah gugur.

Dengan meletakkan bawang holland ke dalam masakan, ia mampu membantu anda melalui perjalanan kehamilan dengan lebih yakin kerana merupakan sumber vitamin A, C dan E yang bagus untuk kesihatan kulit serta rambut.

Kesan sampingan

Walaupun banyak manfaat bawang bombay untuk ibu mengandung, jika anda mengambilnya secara berlebihan,ia boleh membawa kepada masalah tertentu. Antaranya seperti sakit perut, cirit birit dan berasa kurang selesa. Ada juga ibu terpaksa berhenti mengambil bawang ini kerana ia memiliki aroma yang cukup kuat sehingga menyebabkan rasa mual dan loya.

Malah, kemungkinan anda juga boleh mengalami reaksi alergi jika mengambil bawang bombay dalam jumlah yang terlampau banyak.

Oleh demikian, jumpa doktor untuk tahu tahap kesihatan anda sama ada boleh mengamalkan makan bawang ini atau tidak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Shafa Nurnafisa. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Memiliki Anak Bijak-Kajian