Seawal 6 Bulan Boleh Beri Bayi Makan Avocado, Ini Cara Perkenalkannya Pada Si Manja

Khasiat buah avocado mempunyai banyak kelebihannya pada bayi. Namun begitu, anda haruslah faham dengan cara penggunaannya untuk anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara didikan ibu ayah kepada anak sejak bayi lagi boleh mempengaruhi gaya pemakanan seharian mereka. Pemberian sayur dan buah-buahan seawal usia si manja mampu mengelakkannya menjadi seorang picky eater. Tahukah anda khasiat buah avocado?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apakah khasiat buah avocado kepada bayi?
  • Cara untuk memperkenalkan khasiat buah avocado pada bayi 

Ajar anak-anak anda makan makanan yang sihat sejak bayi. Ramai ibu ayah di luar sana runsing kerana anak-anak tidak gemar makan sayur atau buah-buahan. Sebaliknya mereka cenderung mengambil makanan ringan setiap hari.

Apakah khasiat buah avocado kepada bayi?

Bayi adalah individu yang mendapat kesan paling ketara dari khasiat buah avocado. Avocado atau nama saintifiknya dikenali sebagai Persea americana adalah sejenis buah-buahan yang hidup di iklim subtropika dan tropika di Amerika Selatan dan tengah.

Harganya yang agak mahal setanding dengan khasiat yang terkandung di dalamnya seperti vitamin, K, vitamin A, vitamin E, folat, kalim, fosforus, magnesium, vitamin B1, B2, B3 dan sebagainya. 

1. Membentuk perkembangan otak yang baik

Dengan ciri unik iaitu mengandungi 75 hingga 80 peratus kalori yang berasal dari lemak asik oleik atau lemak tidak tepu, ia memainkan peranan penting dalam membentuk fungsi perkembangan otak bayi dan sistem visual. 

2. Meningkatkan imuniti dalam badan

Kombinasi vitamin dan mineral yang cukup banyak dalam sebiji avocado menjadikan ia sememangnya adalah sumber makanan terbaik untuk meningkatkan sistem perlindungan dan imuniti dalam tubuh badan bayi. Rasanya yang enak tetapi menyeramkan dari luar sering membuat kita keliru tentang manfaat yang boleh diperoleh. Tetapi jika tidak cuba, rugilah kita. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan

Fungsinya yang mengandungi banyak serat larut air dan bersifat antioksida mampu menyingkirkan bahan toksin dalam badan seseorang. Sistem pencernaan akan lebih teratur kerana serat mampu melawaskan pembuangan air besar. 

4. Kaya dengan antioksida

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit. Jadi anda nampakkan apa yang buah ini boleh lakukan untuk membantu bayi anda mendapat kesihatan yang baik. 

Cara untuk memperkenalkan khasiat buah avocado pada bayi 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Terus dimakan langsung

Tidak salah jika buah avocado dimakan secara langsung atau mentah ke dalam mulut. Selain khasiatnya tidak akan berubah, ia juga akan memberi rasa keaslian yang enak dan kualiti premium setanding harganya. Yang penting cuci dahulu sebelum makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Diberi dalam bentuk puri

Membuat puri dari buah dan sayur adalah makanan yang sangat mudah tetapi penuh manfaatnya. Apa yang anda perlu buat hanyalah hancurkan sahaja buah tersebut, panaskan adunan, dan kemudian cairkannya bersama air atau susu. 

3. Campur bersama buah-buahan yang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda baru pertama kali ini mengenalkan buah avocado kepada bayi anda, gunakan cara untuk mencampur buah ini bersama buah-buahan lain yang biasa dimakan olehnya. Ini boleh mengelakkan anak dari terkejut dengan rasa yang melekat di lidah. Ingat perspektif pertama anak akan mempengaruhi keputusannya sama ada ingin makan atau tidak buah tersebut. 

4. Tambahkan lemon bersama hidangan avocado

Untuk rasa yang lebih unik, anda boleh tambahkan perahan lemon pada setiap hidangan avocado. Tetapi pastikan dahulu, anak tidak mempunyai apa-apa masalah atau alergik kepada benda-benda yang masam.

Sebagai ibu, kita tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, sayangilah mereka dengan memilih yang terbaik sejak dari bayi agar manfaatnya dapat dilihat nanti untuk jangka masa yang panjang. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Taste Australia Tampilkan Buah-Buahan Segar Dari Ladang Untuk Anda Seisi Keluarga

Baca juga: Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba

Baca juga: Buah, Sayur Kekal Segar Dalam Tempoh Lama, Peti Sejuk HarvestFresh Dari Beko, Impian Ibu-Ibu Di Rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan