Khasiat Buah Tomato Untuk Ibu Hamil, Kaya Pelbagai Vitamin & Mencegah Pendarahan

Khasiat buah tomato penting untuk kesihatan tubuh, terutamanya ibu mengandung. Ia membekalkan pelbagai nutrisi dan vitamin agar terhindar sebarang masalah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika berbadan dua, aspek pemakanan adalah perkara yang sangat dititikberatkan agar janin dalam berkembang secara optimum. Tentu sahaja dalam peti sejuk di rumah anda, akan ada pelbagai stok buah-buahan dan sayuran segar. Namun tahukah ibu akan khasiat buah tomato untuk kehamilan?

Sememangnya sayur dan buah sangat digalakkan sebagai makanan rutin. Kedua-duanya mampu membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi untuk keperluan tubuh sepanjang tempoh kehamilan.

Khasiat buah tomato untuk ibu hamil dan janin

foto: freepik

 Antara salah satu sayuran yang baik untuk diambil adalah buah tomato. Ia memiliki banyak manfaat untuk ibu mengandung seperti karbohidrat, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin K, protein, serat dan banyak lagi.

Khasiat buah tomato yang lainnya ialah:

#1. Memenuhi keperluan nutrisi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian mendapati pengambilan sebanyak 100 gram tomato membekalkan paling kurang 34 mg vitamin C. Bukan itu sahaja, ia memiliki 1.3 g protein, 8 mg kalsium, 77 mg fosforus dan 2.083 mcg karoten.

Semakin banyak tubuh menerima viatmin C, semakin tinggi proses penyerapan zat besi selama tempoh kehamilan. Vitamin turut menyokong pembentukan tulang, gigi dan gusi pada janin.

#2. Melancarkan proses pencernaan

Tidak dinafikan ramai ibu mengandung mengakui kerap mengalami masalah sembelit. Khasiat buah tomato dikatakan pengambilan sebanyak 100 g membekalkan 1.5 g serat di dalamnya.

Ini sekaligus membantu melancarkan proses penghadaman dan mengatasi gangguan pada usus. Kandungan serat ini turut membekalkan cecair yang cukup bagi membolehkan pembuangan sisa makanan dari tubuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mengatasi masalah kehamilan

foto: freepik

Buah tomato berupaya mencegah gangguan ketika kehamilan. Antaranya ialah preeklampsia yang kerap terjadi dalam kalangan ibu mengandung. Hal ini kerana perkembangan plasenta mengalami gangguan dan adanya peningkatan tekanan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan buah tomato sebanyak 100 g mengandungi 164.9 mg kalium yang mampu mengurangkan risiko terjadinya kecacatan pada tulang belakang dan saraf pada bayi baru lahir.

Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi asid folik bagi mengelakkan masalah tersebut.

#4. Meredakan kekejangan kaki

Antara keluhan yang kerap berlaku pada ibu hamil ialah mengalami kekejangan terutamanya bahagian kaki. Salah satu cara bagi mengatasinya adalah kerap mengambil buah tomato dalam menu seharian. Kandungan kalium yang tinggi didalamnya mampu meredakan rasa sakit akibat otot dan kaki mengalami kekejangan.

Selain itu, ia berperanan untuk menjaga keseimbangan elektrolit dan cecair dalam tubuh. Dalam sebiji buah tomato dikatakan mengandungi 250-400 mg kalium. 

#5. Meningkatkan daya tahan tubuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran vitamin C yang begitu tinggi dalam sebiji buah tomato sangat bermanfaat untuk kesihatan ibu mengandung kerana mampu meningkatkan daya tahan tubuh.

Tidak hanya itu, bekalan vitamin C ini turut membantu ibu dalam penyerapan zat besi dan memberikan kekuatan pada tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pembentukan organ bayi dalam kandungan seperti otot, kulit, tulang serta gigi.

#6. Mencegah pendarahan

foto: freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendarahan pada ibu hamil boleh terjadi sebelum atau sesudah anda melahirkan bayi. Dalam keadaan yang bahaya, pendarahan ini boleh mengancam nyawa.

Kehadiran vitamin K dalam buah tomato dikatakan dapat mencegah masalah pendarahan yang boleh mengancam nyawa bayi dalam kandungan. Ha ini kerana vitamin K membantu tubuh melakukan proses pembekuan darah dan mencegah pendarahan yang berlebihan.

#7. Mencantikkan kulit

Manfaat buah tomato untuk ibu hamil adalah dapat menjaga kesihatan kulit. Ia dikatakan mampu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari.

Menurut penelitian oleh U.S National Library of Medicine, sesiapa yang mengambil sebanyak 40 gram pasta tomato bersama minyak zaitun setiap hari selama 1 minggu, dia hanya mengalami 40 peratus lebih sedikit luka terbakar akibat sinaran matahari.

Pengambilan buah tomato hendaklah berpada-pada meskipun ia sangat digalakkan untuk ibu mengandung. Kuantiti yang terlebih banyak menimbulkan kesan sampingan seperti:

  • Migrain
  • Masalah ginjal
  • Pedih ulu hati
  • Masalah pundi kencing
  • Gastrik
  • Alergi

Sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan, pastikan anda tidak berlengah untuk segera mendapatkan pemeriksaan daripada doktor.

Sumber: SehatQ

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buah Jambu Batu Mampu Menambah Darah Ibu Hamil & Menjaga Sistem Saraf Bayi