X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Timun Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kurangkan Mual & Elak Masalah Sembelit

3 min bacaan
Khasiat Timun Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kurangkan Mual & Elak Masalah Sembelit

Khasiat timun pada ibu mengandung dikatakan dapat mengurangkan gejala mual dan kaya pelbagai vitamin bagi menyokong perkembangan janin

Ketika berbadan dua, ibu-ibu sering diingatkan untuk mengambil pemakanan yang sihat bagi memastikan anda dan bayi dalam keadaan baik. Namun tahukah anda akan khasiat timun untuk ibu mengandung?

Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami alahan teruk pada trimester pertama hingga hilang selera makan. Setelah ia berlalu, kini anda dan bayi dalam kandungan bersedia untuk mencuba pelbagai makanan. Bahkan mengidam sesuatu yang tidak ibu gemari selama ini!

Khasiat timun untuk ibu mengandung

khasiat timun ibu mengandung

Sayur-sayuran menjadi pelengkap pada setiap hidangan. Malah, ia menjadi snek pada ibu mengandung yang menyukainya.

Salah satu sayur yang kaya vitamin dan mudah diperolehi adalah timun. Khasiatnya dikatakan amat baik untuk ibu mengandung. Ketika menikmati makan tengah hari, ada sayuran ini pasti lebih sempurna.

Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak pun menyukai timun.

Berikut khasiat timun untuk ibu hamil:

#1. Kaya pelbagai vitamin

Tabiat makan timun semasa mengandung adalah baik kerana ia mengandungi banyak mineral seperti magnesium, kalsium, iodin, kalium, fosforus dan zat besi.

Kesemua mineral ini amat penting dalam mengekalkan tekanan darah ibu mengandung, pembentukan tulang bayi dan juga organ lain.

#2. Mencegah rasa loya dan mengurangkan alahan

Rasa loya dan ingin muntah merupakan masalah biasa dihadapi hampir kebanyakan ibu mengandung.

Khasiat timun dikatakan dapat mengurangkan masalah ini. Jika anda tidak tahu cara untuk menikmatinya pada trimester pertama, apa kata olah timun menjadi jus segar.

Boleh juga tambah dengan buah-buahan kesukaan anda yang lain seperti epal hijau, oren atau lemon.

#3. Mengelakkan masalah sembelit

manfaat timun

Sembelit atau kesukaran membuang air besar ketika mengandung berpunca oleh hormon progesteron yang meningkat. Keadaan ini mengurangkan kadar hormon yang mengawal saluran pencernaan (motilin) dan menyebabkan otot di usus berubah menjadi keadaan berehat.

Sisa makanan di dalam usus akan bergerak perlahan. Situasi ini sekaligus membolehkan lebih banyak penyerapan nutrien berlaku dan membuatkan perut tidak selesa.

Justeru pengambilan timun ketika mengandung dapat mengurangkan sembelit kerana ia kaya serat dan kandungan air.

#4. Meningkatkan ketahanan tubuh

Khasiat timun yang tinggi antioksidan dan beta-karoten dapat melawan radikal bebas dalam tubuh. Ia sekaligus mampu mengekalkan sistem imun dan mengelakkan jangkitan penyakit.

#5. Mengawal kadar gula dalam darah

Ramai ibu mengandung di Malaysia mengalami masalah diabetes gestasional yang memerlukan anda mengawal pemakanan atau on insulin. 

Khasiat timun dikatakan mampu mengaawal tekanan darah dan kadar gula dalam tubuh.

Tips makan sayuran mentah ketika mengandung

makan sayur mentah ibu mengandung

Sayuran hijau mentah merupakan sesuatu yang kebiasaan anda ambil. Lebih-lebih lagi jika ingin menjadikannya sebagai ulam.

Walau bagaimanapun sewaktu berbadan dua ini, ibu mungkin berasa ragu-ragu untuk makan sayuran mentah seperti timun.

Menurut American Pregnancy Association, ibu mengandung boleh mengambil apa sahaja sayuran mentah. Namun perlu ikuti beberapa tips di bawah:

  • Ibu hendaklah mencuci sayur hingga benar-benar bersih.
  • Rendam sayur dalam air garam untuk membunuh kuman yang ada.
  • Buang bahagian sayur yang kelihatan rosak atau berubah warna.
  • Cuci terlebih dahulu alat yang digunakan untuk memotong sayur bagi mengelakkan keracunan makanan
  • Simpan sayur mentah dan bahagian lauk secara berasingan di dalam peti sejuk.

Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!

Baca juga: Bila Demam Atau Tidak Sedap Badan, Ibu Mengandung Boleh Makan Panadol? Ini Jawapan Doktor

Baca juga:  Buah Jambu Batu Mampu Menambah Darah Ibu Hamil & Menjaga Sistem Saraf Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Khasiat Timun Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kurangkan Mual & Elak Masalah Sembelit
Kongsikan:
  • Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

    Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

    Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.