Hampir setiap hari kita dikhabarkan dengan pelbagai kisah bayi menyedihkan. Ada yang ditakdirkan hidup tidak begitu lama dan ada yang kehilangan ibu atau ayah tercinta pada usia terlalu awal.
Tular di negara jiran, Indonesia mengenai seorang bayi perempuan berusia 14 bulan bernama Nisa berdepan pengalaman menyedihkan apabila dia terkurung di dalam rumah selama tiga hari tanpa makan dan minum.
Kisah bayi terkurung bersama mayat bapanya
credit to sources
Kisah bayi malang ini dilaporkan terjadi di kompleks perumahan Kaliwining Asri, Jawa Timur. Dia terkurung bersama mayat ayahnya, Aan Junaidi, 40 tahun yang didapati telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit.
Ketika ditemui, Nisa dalam keadaan memeluk ayahnya yang sudah tidak bernyawa.
”Keadaannya agak membimbangkan ketika kami menemui bayi ini. Dia menangis sewaktu pegawai polis menyelamatkannya kerana sudah tiga hari tidak makan dan minum. Nasib baik, umurnya panjang dan dia masih hidup,” kata seorang jiran yang menyaksikan kejadian itu, Uma Kulsum.
Uma Kulsum yang juga merupakan bidan di Pusat Kesihatan Rambi Puji, segera memberikan pertolongan cemas kepada Nisa.
”Saya memberinya minum air gula terlebih dahulu kerana bayi ini berkemungkinan besar mengalami dehidrasi. Kemudian dia telah muntah dan segera dicuci bersih oleh suami. Selepas itu barulah dia minum susu kerana terlalu lapar.” jelasnya.
Kisah bayi ajaib dapat bertahan tanpa makan dan minum selama tiga hari
Apa yang terjadi kepada bayi perempuan ini benar-benar sebuah keajaiban. Anak kecil sepertinya mampu bertahan dan hidup tanpa air serta makanan selama tiga hari.
Bagi manusia dewasa, mereka sememangnya boleh hidup tanpa makanan selama tiga minggu. Namun jika tidak mengambil minuman boleh memberikan kesan yang bahaya kerana hampir 60 peratus manusia memerlukan air.
Sebenarnya setiap sel di dalam badan memerlukan air untuk terus berfungsi. Air juga diperlukan untuk membantu sendi-sendi bergerak dengan betul, mengekalkan suhu badan dan membantu proses pengeluaran bahan tidak berguna dari tubuh.
Menurut Profesor Biologi di George Washington University, Randall K. Packer, menjelaskan bahawa waktu yang maksimum untuk seseorang bertahan tanpa air adalah selama 1 minggu sahaja.
Anggaran tersebut dibuat berdasarkan pemerhatian orang yang mati akibat tidak mengambil makanan atau minuman. Namun biasanya manusia hanya bertahan selama 3 hingga 4 hari tanpa minum air, terutamanya apabila berada dalam persekitaran yang cukup panas.
Tubuh manusia sentiasa kehilangan air. Ia akan keluar melalui peluh, ketika kencing di tandas dan juga bernafas. Justeru minum satu gelas air tidak mencukupi untuk menggantikan air yang telah hilang dari badan.
”Dalam keadaan tertentu, orang dewasa dapat mengeluhkan peluh sehingga 1.5 liter per jam. Jika air yang hilang ini tidak diganti, maka jumlah cecair dalam tubuh akan cepat berkurang dan paling bahaya adalah jumlah darah dalam tubuh mengalami penurunan.” katanya.
Hal ini kerana apabila hanya sedikit darah sahaja mengalir di dalam badan, tekanan darah boleh menurun ke tahap yang berbahaya. Selain itu, suhu badan juga boleh mengalami peningkatan apabila kita berhenti berpeluh.
Manusia tanpa makan dan minum boleh berdepan kematian
credit to sources
Menurut Pusat Perubatan Universiti Rochester melakukan kajian berkaitan dehidrasi mendapati seseorang yang kehilangan 10 peratus daripada berat badannya mengalami masalah kesihatan serius.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian. Institut Kesihatan Nasional AS menjelaskan air adalah sumber utama dan terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia.
Jenis minuman lain seperti susu ataupun jus juga membantu anda kekal terhidrat. Namun elakkan mengambil minuman mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan tubuh mengalami kehilangan lebih banyak air.
Keadaan manusia dewasa adalah berbeza dengan bayi. Bayi yang baru lahir mampu bertahan tanpa makan dan minuman selama 4 hari.
Pakar Pediatrik dari University of Sydney, Kim Oates mengatakan bahawa bayi yang sihat dilahirkan dengan cecair mencukupi bagi membantu mereka bertahan tanpa makan untuk beberapa waktu.
”Ketika bayi dilahirkan normal, mereka biasanya mempunyai simpanan cairan dan memiliki glukosa tambahan tersimpan dalam organ hati. Mereka mempunyai makanan yang cukup untuk bertahan selama 24 hingga 48 jam.” katanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Terdengar Suara Sesak Nafas, Wanita Ditemui Maut & Bayi 4 Bulan Masih Di Payudaranya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!