Kini setiap pelosok negara pun tidak terkecuali dari ancaman Covid-19, termasuklah di England. Seperti kisah yang diceritakan oleh seorang anak jati Malaysia, Rahmah Ghazali yang kini menetap di negara Inggeris itu menerusi ciapannya di Twitter, mereka sekeluarga telah dijangkiti Covid-19 pada Aidilfitri tahun ini.
Dan ini pengalaman dan proses sepanjang tempoh kuarantin yang rasanya agak berlainan di Malaysia yang kini tular di media sosial.
Kisah kami positif covid di bumi England
Kami suami isteri dan Sherynn (anak) disahkan positif covid pada minggu yang sama kami dijadualkan menerima vaksin 2 minggu lepas. Jadi aku nak cerita macam mana NHS handle pesakit covid yang berisiko rendah macam kami.
1. 8/5 dah 3 hari syam dah tak sedap badan, pening, demam, tak cukup nafas, cirit. We didn’t think much of it sebab kami takde contact luar dan last dia keluar seminggu sebelum ke uni utk bekerja. Aku ingat dia penat sebab puasa je. Aku mmg WFH n sekolah anak takde reported case.
2. On same night, aku dan syam buat test pakai Rapid lateral flow kit yang boleh mintak for free dekat govt nhs website dan dia akan hantar ke rumah. Aku dapat sbb kwn aku ada lebih. Ada 3 kit dalam tu, so syam buat dulu. Positif. Kami cuak. Dia buat 2nd test, also +ve.
3. Tinggal lagi satu, aku cakap, ok biar aku buat pulak. Lepas 10 minit, satu line. Maknanya aku negatif. Aku lega tapi still kami decide utk self isolate dan syam aku tak kasi keluar bilik langsung cuma boleh ke bilik air je.
4. 9/5, syam self isolate dalam bilik, dia masukkan detail result dia dalam NHS test and trace app, dan dia disuruh self isolate selama 10 hari. Pada masa yg sama dia request PCR test kit from the govt website. Kit ni dihantar ke rumah 1 hari lepas booking dibuat. Percuma.
5. 11/5 PCR test kit sampai. Kami bukak ada 3 kit di dalam. Ikut instruction yang diberikan dan letak dalam website dia dan register utk dapatkan result. Kami swab sendiri, dan masukkan dalam kotak dan kami diminta post melalui ‘priority’ post box. Rumah aku 3 min je jalan kaki.
6. 12/5 result masuk email, sms waktu pagi. Aku dan Sherynn disahkan positif. Aku menangis teriak semua. Syam juga of course confirm positif. Ni satu hari nak raya sedih sebab takleh nak celebrate tapi sherynn kata ‘takpe mama, let’s get better together’. Lagi nangis aku.
7. Kami masukkan result positif dalam app NHS dan kami disuruh self isolate dalam rumah. App ni kasi tracking berapa hari kena kuarantin. Dan details kami semua sudah diberikan kepada NHS.
8. Ptg yg sama kami terima call from NHS, officer tu ambil details kami, tanya semua details tempat kami pergi a week b4, ada symptoms or not, and the kind of support we should receive. We talked for an hour plus. Dia kata kalau severe symptoms call ambulance immediately.
9. 13/5 hari raya paling syahdu. Syam dah mula hilang deria rasa dan bau. Aku masih lagi takde symptoms dan makan mcm biasa. Sherynn champion langsung takde apa2 gejala so alhamdulillah.
10. 15/5 deria aku mula hilang. Mula2 deria bau hilang dulu, kemudian baru deria rasa. Dia hilang sikit2, aku mula pening kepala, dan badan agak suam. Syam juga ada gejala yang sama cuma dia cepat rasa penat. Aku pun begitu.
11. 16/5 NHS call lagi untuk tanya khabar dan dia tanya samada comply ke tidak dengan self isolation? Aku cakap ya la kena comply. Oh deria bau dan rasa completely hilang time ni. Rasa pening, loya, gigil juga ada.
12. 17/5 aku cuba kerja macam biasa sebab aku morning shift tapi bila tengok skrin lama2 aku jadi pening. Boss aku sangat memahami dan dia kata rilek je kalau tak larat. You’re not expected to work pun. But sigh the Asian in me is strong. Haha
13. 18/5 NHS call lagi tanya ok ke tak hari ni. kalau teruk dia remind call ambulance. Aku realise covid ni teruk sangat because it robs you of your energy. Aku aktif, cergas sebelum ni tapi dgn covid aku terbaring je. Pernah masa tgh makan kena stop halfway sbb tak cukup nafas
14. 20/5 NHS call lagi tanya khabar. Aku makin ok. Ada random pening yg dtg tiba2, syam pun sama. Tapi gejala dia makin ok. Sherynn langsung takde gejala so aku happy. Although aku terfikir bebudak2 yang positif ni bahaya sebab kita taktau mereka ni actually silent carriers.
15. 21/5 malamnya pukul 12am habis self isolation kami – alhamdulillah lega sangat kami berjaya duduk rumah sepanjang 10 hari ni tanpa ada apa2 masalah. Sesungguhnya ada covid ni membuka mata aku yg virus ni sangat teruk jadi bayangkan kalau kena orang yg sakit, yg tua.
16. NHS app test and trace ni accurate to detect positive cases. Kau kena ‘on’ contact tracing utk dapat feature ni, kalau kau keluar rumah masa tgh self isolate, dia alert orang lain yg terdedah dengan kau (it uses bluetooth) so orang lain tu kena ada app yg sama utk detect.
17. Council kasi support ie to get our shopping done or on your mental health. nak pick up shopping ke apa, boleh call number yg dia kasi dan council workers boleh ambilkan shopping/ubat. Diorang juga kasi jadual utk kau boleh buat masa self isolation supaya tak bosan.
18. Virus covid akan duduk dalam badan selama 3 bulan jadi kami tak digalakkan buat swab test lagi lepas isolation period sebab akan ada ‘false positive’. Vaksin kami digalakkan ambil selepas 28 hari positive test, jadi kami akan book untuk ambil vaksin pertengahan June.
19. covid takde ubat khusus untuk treat dia. Kalau batuk, makan ubat batuk. Kalau demam, makan ubat demam, kalau selsema, ubat selsema. No such thing as hidu wap cengkih, minum air suam ke apa.But drinking lots of fluids is recommended because you’d wake up thirsty n tired.
20. Budak2 react dengan covid ni lain. Mungkin sebab immune system dorang lain. Sherynn sepanjang dia self isolate langsung takde gejala so bayangkan kalau bebudak2 yang kita taktau positive keluar merata2 dan diorang highly infectious.
21. By hari ke 8 isolation deria aku slowly datang balik but not fully. Now deria bau aku ada tapi tak sensitif macam normal dan deria rasa cuma ada bila makanan tu ada strong taste. Syam sampai sekarang takde deria. Dia even taktau makanan/minuman tu manis/masin/masam/pahit.
Ujian kit Covid di rumah adalah terbaik
Berdasarkan kisah yang dikongsi ini, bagus juga apabila boleh membuat swab test sendiri di rumah kan? Mungkin ini masanya kerajaan menawarkan kit ujian Covid-19 ini di rumah, memandangkan rakyat Malaysia kini semuanya berkuarantin di rumah sepanjang PKP 3.0.
Belum sentuh mengenai bantuan wang yang diberikan jika pendapatan anda terkesan daripada jangkitan ini, mereka akan beri bantuan sebanyak £500 ya! Kalau ‘diconvertkan’ mahu RM3,000 tu!
Let me conclude by saying, jaga diri, and get yourself vaccinated. You can never be too careful. App kembali ke normal sebab dah habis isolation yay!
Sempat Rahmah berpesan supaya ambillah vaksin kerana anda tidak boleh lari daripada penyakit ini walaupun cukup berhati-hati. Jadikan kisah ini sebagai iktibar ya, sakit tau Covid ni, jangan main-main.
Sumber: Rahmah Ghazali
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Hamil Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor