Tiada wanita yang inginkan gelaran ibu tunggal. Ada yang terpisah disebabkan oleh perceraian, ada juga terpisah kerana ajal menjemput. Pastinya bukan mudah meneruskan kehidupan selepas kehilangan pasangan seperti kisah ibu tunggal yang dilalui oleh wanita hebat ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kisah ibu tunggal terpaksa bekerja bagi menyara kehidupannya dan anak
- Kisah ibu tunggal sanggup ke luar negara mencari rezeki
- Pengalaman ibu tunggal, berhijrah dari Dubai ke Singapura
- Hidup jauh dari keluarga dan rakan-rakan
Membesarkan anak adalah amanah bagi ibu ayah. Mana-mana insan pasti akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak mereka agar menjadi seorang berjaya.
Kisah ibu tunggal terpaksa bekerja bagi menyara kehidupannya dan anak
Seorang wanita telah berkongsikan kisah ibu tunggal dan pengalamannya membesarkan anak perempuan.
Saya telah menjadi ibu selama lebih 11 tahun, tetapi kali ini memberikan pengalaman yang berbeza sekali selepas membuat keputusan untuk berkahwin lain.
Kini saya mempunyai seorang suami. Disebabkan oleh pandemik Covid-19, saya tidak dapat bersama dengan ahli keluarga di Filipina. Mereka adalah penyokong dan pemberi semangat untuk saya.
Saya mempunyai empat orang adik-beradik, ibu saudara dan bapa saudara saya ramai dari kedua-dua belah ibu ayah saya.
Ibu memiliki tiga orang adik-beradik, manakala ayah saya mempunyai 10 adik-beradik.
Saya dan suami melalui banyak pengalaman bersama. Bermula dari kehamilan kedua sehingga sekarang, semuanya adalah baik-baik sahaja.
Saya juga sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang pasangan yang sangat menyokong dan penyayang.
Kisah ibu tunggal sanggup ke luar negara demi mencari rezeki
Kami berdua berjaya mengharungi semua cabaran yang sukar, terutamanya kos pemeriksaan kandungan yang tinggi memandangkan kami bukan warga Singapura. Setiap rawatan hospital tidak mempunyai subsidi kerajaan.
Bukan itu sahaja saya berdepan halangan pengangkutan. Perlu menaiki Grab setiap pagi untuk ke tempat kerja (suami bimbang kalau guna kereta api atau bas akan dijangkiti virus Covid-19).
Sekarang masanya telah tiba. Saya mempunyai baki lagi dua minggu sebelum kembali bekerja. Saya agak bimbang untuk meninggalkan anak perempuan kepada ibu saudara belah suami memandangkan waktu kerja setiap hari adalah lebih lapan jam.
Saya bersyukur kerana dia sanggup meluangkan masa untuk menjaga anak perempuan saya meskipun dia mempunyai tugas mengajar.
Walaupun begitu, saya tetap tidak dapat menahan rasa kerana terasa seperti saya tidak bersedia meninggalkan anak perempuan selama itu.
Pengalaman ibu tunggal, berhijrah dari Dubai ke Singapura
Mengimbas kembali kenangan dahulu, saya meluangkan masa dan menjaga anak perempuan pertama sehingga usianya 11 bulan. Kemudian barulah saya berangkat ke Dubai untuk bekerja.
Jadi agak lama juga bonding dengannya sebelum dia ditinggalkan. Saya bersemangat untuk kembali bekerja selepas sebulan bersalin adalah kerana masalah kewangan kami yang tidak stabil.
Sebaik sahaja tahu diri mengandung, saya membuat keputusan berhenti kerja. Tambahan pula, saya telah pergi ke Singapura untuk mencari pekerjaan. Saya juga telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Singapura pada masa itu.
Tetapi saya rasa Tuhan benar-benar mempunyai rancangan yang berbeza untuk saya.
Sejak itu ibu membesarkan anak perempuan saya agar saya dapat mencari rezeki kerana saya seorang ibu tunggal. Saya tidak mahu bergantung kepada ayah untuk membiayai keperluan cucunya, meskipun dia ikhlas membantu saya.
Hidup jauh dari keluarga dan rakan-rakan
Ia adalah salah satu bahagian yang paling sukar dalam hidup. Bukan sahaja saya sangat jauh dari anak, keluarga dan rakan-rakan, tetapi ini juga kali pertama saya pergi ke negara berbeza budaya, zon waktu dan cuaca.
Saya tinggal di Dubai selama setahun. Selepas itu saya mengambil cuti tahunan sebulan. Semasa bercuti ke Singapura, saya mencari peluang pekerjaan lain. Nasib saya baik, saya mendapat tawaran kerja selepas seminggu mencuba nasib.
Sejak bekerja di Singapura pada tahun 2013, saya hanya pulang ke Filipina sekali atau dua kali setahun. Hampir 9 tahun saya bekerja di sini.
Kini ia sudah berlalu. Saya mahu lakukan perkara berbeza untuk anak perempuan kedua. Jika dahulu saya korbankan masa untuk anak sulung saya bagi memenuhi keperluannya, kali ini saya mahu perkara berbeza.
Saya ingin tinggal bersama anak perempuan saya lebih lama kerana sekarang suami saya boleh menyediakan wang. Saya tidak mahu dia membesar tanpa saya di sisinya sehingga merasakan bahawa saya tidak mencintainya.
Saya juga berharap agar anak pertama saya dapat bersama di sini sebaik sahaja kami memiliki rumah sendiri. Walaupun dia tidak mahu tinggal di sini, itu adalah masalah lain.
Banyak perkara perlu dipertimbangkan kerana perjanjian saya di Filipina masih ada enam tahun untuk dibayar. Tidak lama lagi kami akan mendapat rumah di Singapura, jadi kami perlukan lebih banyak wang untuk pengubahsuaian.
Jadi realitinya saya perlu korbankan cita-cita saya buat masa ini. Saya berdoa agar kami dapat mengharungi segala cabaran dan dipertemukan semula dengan anak sulung tidak lama lagi.
Saya juga berharap dapat melawat keluarga dan rakan-rakan saya di Filipina. Ini satu lagi kisah sedih untuk hari yang berbeza.
Sumber: Artikel asal ditulis oleh VIP Parents. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Demi Sesuap Nasi, Ibu Tunggal Terpaksa Berniaga Sambil Dukung Bayi Di Hadapan Bank
Baca juga: Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah
Baca juga: 7 Selebriti Ibu Tunggal Yang HOT Seperti Anak Dara, Mereka Berdikari Besarkan Anak-Anak