Terlalu Obses & Inginkan 105 Orang Anak, Pasangan Ini Sanggup Habiskan RM4.6 Juta

Kisah jutawan ini tidak sama dengan lain apabila mereka dikatakan terlalu obses dan mengimpikan anak ramai di rumah. Jutaan ringgit juga sanggup dihabiskan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah jutawan memiliki kediaman mewah dan kenderaan besar adalah suatu kebiasaan yang pernah kita dengari. Namun lain pula dengan pasangan dari Rusia yang terlalu inginkan ramai anak.

Tidak dinafikan setiap yang mendirikan rumah tangga amat menantikan kehadiran zuriat bersama pasangan tercinta. Ada yang dimurahkan rezeki ini dengan cepat dan ada juga perlu menunggu sehingga bertahun lamanya.

Kisah jutawan impikan ramai anak sampai penuh satu rumah

Sememangnya tidak salah bagi sesiapa yang inginkan ramai anak sekiranya diri mampu untuk menyara dan membesarkan mereka sebaiknya. Kepada yang berkahwin ketika usia muda, dikurniakan zuriat begitu awal merupakan suatu rezeki.

Ia menjadi lebih bermakna jika suami dan ahli keluarga yang lain memberikan sokongan kuat. 

Seperti yang tular baru-baru ini, kisah jutawan dari Rusia sanggup menghabiskan wang kira-kira 800,000 pound sterling iaitu RM4.6 juta bagi memenuhi impiannya dan pasangan memiliki ramai anak.

Difahamkan pasangan hartawan hartanah dan pengangkutan berkenaan mahukan anak berjumlah lebih 100 orang. Memang bukan biasa-biasa angka yang mereka inginkan. Tapi ia tidak mustahil untuk terjadi!

Menurut laporan oleh mirror.co.uk, Kristina Öztürk dan suaminya, Galip Öztürk berusia 57 tahun, sanggup menghabiskan banyak wang bagi mendapatkan 20 orang bayi dalam tempoh setahun.

Mungkin itu sahaja, mereka juga dikatakan berusaha mengupah ibu tumpang hanya kerana ingin merealisasikan impian tersebut. 

Di negara Rusia, prosedur ibu tumpang adalah dibenarkan jika anda sanggup membayar kos perkhidmatan yang dianggarkan kira-kira 8,000 euro atau RM39, 801.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah jutawan habiskan banyak wang demi mendapatkan ramai anak

Isteri hartawan yang baru berusia 23 tahun itu juga dilihat sempat memuat naik posting dengan memberi bayangan untuk memiliki seramai 105 orang anak apabila dirinya mencapai usia 30 tahun nanti.

Menurut kiraan dalam tempoh 12 bulan, pasangan jutawan ini perlu memiliki seramai 1 orang anak. Setakat laporan ini disiarkan, mereka sudah memiliki 20 cahaya mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak sulung mereka merupakan anak kandung mereka sendiri. Dia diberi nama Victoria atau nama panggilan Vika, baru berusia 7 tahun. 

Vika telah dilahirkan pada 11 November 2014. Sejak dari tarikh tersebut, ibu muda itu tidak lagi mengandung dan hanya mengharapkan zuriat melalui kaedah ibu tumpang.

Selain Vika, berikut 14 orang lagi anak pasangan jutawan berkenaan:

  • Mustafa- 10 Mac 2020
  • Mariam- 17 April 2020
  • Ayrin- 19 April 2020
  • Alisa- 19 April 2020
  • Hasan- 29 Mei 2020
  • Judi- 29 Mei 2020
  • Harper- 17 Jun 2020
  • Anna- 28 Julai 2020
  • Izabella- 1 Ogos 2020
  • Ismail- 20 Ogos 2020
  • Mehmet- 31 Ogos 2020
  • Ahmet- 27 September 2020
  • Lokman-10 November 2020
  • Olivia- 1 Januari 2021

Lebih menarik perhatian warganet, pasangan ini sering kali berkongsi gambar anak-anak mereka di akaun media sosial.

Bagi memudahkan kerja menjaga dan mengurus anak yang masih kecil, mereka telah mengupah seramai 16 orang pembantu. Bagi pasangan ini, kos berjuta-juta perlu ditanggung bukanlah menjadi masalah yang besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau di negara kita, ada 10 orang anak pun sudah dianggap begitu ramai. Sebenarnya lagi ramai anak, rumah akan jadi lebih meriah terutamanya apabila tiba Hari Raya.

Tidak perlu sedih jika miliki anak yang tidak ramai

foto: redaksi

Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, memiliki ramai anak menjadi suatu kebiasaan. Walaupun tidak hidup mewah dengan harta benda, namun dibesarkan dengan penuh kebahagiaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbeza dengan sekarang, setiap pasangan suami isteri perlu berfikir panjang jika ingin memiliki zuriat yang ramai dengan mengambil kira beberapa aspek termasuklah kemampuan dan kewangan.

Kini ramai memiliki untuk mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Anak-anak perlu dijaga dan dibentuk sebaik mungkin ketika masih kecil. Anak yang ramai memerlukan kerjasama padu antara suami isteri. Jika sama-sama sibuk bekerja, tidak mustahil anak boleh terabai.

Selain itu bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar khususnya, kos untuk membesarkan setiap anak cukup mahal yang meliputi upah pusat jagaan, pendidikan dan keperluan harian.

Ramai mengakui bila anak tak ramai, mereka lebih mudah untuk mengurus ekonomi keluarga kerana dapat memenuhi keperluan anak dengan baik. Bukan itu sahaja, para isteri juga tidak berdepan bebanan fizikal dan mental yang keterlaluan dalam membesarkan amanah Allah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Miliki 7 Orang Puteri, Wanita Ini Kongsi Kemanisan Ada Anak Perempuan Ramai Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan