Kisah mencintai suami orang ini seakan-akan menjadi trend sekarang hingga membuatkan hubungan suami isteri yang sudah lama terjalin mulai rapuh dan pudar.
Disebabkan itu, perkahwinan suami isteri tidak dapat bertahan lagi kerana orang ketiga yang meruntuhkan keadaan dalam bahtera rumah tangga mereka.
Sebab itu, isteri sangat “pantang” kalau nampak suami dah mula berubah terutama bila rapat dengan mana-mana perempuan tidak kira rakan sekerjanya, kawan baik sejak sekolah, jiran sebelah rumah atau sesiapa saja yang dianggap “semacam”.
Kisah mencintai suami orang, salah ke kawan dengan lain jantina?
Sememangnya lelaki dan perempuan yang ingin berkawan baik itu tidak salah malah anda sangat digalakkan, sebabnya mana tahu dia itu jodoh anda, betul tak? Walaubagaimanapun, perkara itu tidak menjadi seronok apabila salah seorangnya sudah ada suami atau isteri.
Jadi persahabatan seperti ini tidak sepatutnya terlalu akrab kerana boleh menimbulkan pelbagai fitnah dan maksiat yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Bagi lelaki yang sudah berkahwin, mungkin isteri faham dengan persahabatan yang memakan masa bertahun lamanya itu. Namun, anda perlu faham yang dia itu hanyalah rakan baik dan tidak perlu terlalu jaga hati serta perasaannya berlebih-lebihan.
Tahu jaga batas
Setelah bergelar suami atau isteri orang, tidak perlu lagi begitu rapat dengan mereka yang berlainan jantina. Tapi, bila nak rapat kena tahu batas-batasnya.
Selain itu, anda juga perlu ingat, sebelum berkahwin dengan isteri kalian juga bermula sebagai rakan jadi jangan disebabkan sikap ini isteri memendam rasa dan sakit hati.
#1. Bukan melarang tapi jaga tingkah laku di depan isteri
Pastinya isteri akan rasa tidak senang bila melihat anda bersentuhan dengan rakan tanpa rasa apa-apa. Bahkan, hatinya akan rasa gundah gelana bila melihat aurat terbuka dengan selamba.
Lagi-lagi kalau anda nak keluar berdua-duaan tanpa memberitahu pasangan, malah ketepikan perasaan isteri anda dengan memberitahunya anda hanya keluar pergi makan atau bincang hal kerja.
Ya, isteri memang tidak melarang untuk anda berkawan selagi anda bijak menjaga tingkah laku dengan baik.
#2. Bukan tak faham tapi jangan rapat sangat
Kekadang isteri bukan tak nak faham yang anda berdua itu rapat sejak kecil. Tapi, anda perlu ingat yang dia itu bukan adik beradik dan cuma kawan sahaja. Jadi, tak perlu rapat sangat sampai mengguris perasaan isteri.
Aptah lagi, anda tak perlu berahsia dengan pasangan dan tak perlu keluar berduaan dengannya. Kalau nak juga, bawa isteri sekali. Barulah isteri kurang rasa curiga.
#3. Rasa cemburu sukar dikawal
Bila isteri bersuara tentu suami akan kata yang dia cemburu buta atau cemburu tak bertempat!
Namun, anda perlu tahu rasa cemburu itu kekadang sukar nak dikawal terutama bila melibatkan orang yang dicintai. Sebab itu, hati mudah rasa cemburu walau sekadar “rakan”.
#4. Jangan terlalu dekat, ada hati perlu dijaga
Bahkan, anda perlu sedar sikap yang sangat rapat dengan rakan itu akan membuatkan hati isteri terluka dan menangis dalam diam.
Sebab itu, anda perlu sedar tentang status diri anda di kala bersama dengan rakan lain yang berlainan jantina.
Kalau boleh jangan kerap sangat jumpa, sila jaga hati isteri di rumah!
#5. Kalau awak ditempatnya, anda juga rasai yang sama
Suami selalu fikir kalau isteri tak bagi kawan itu tanda mereka cemburu buta. Sedangkan kalau anda berada di dalam situasinya juga, anda juga akan rasai benda yang sama. Jadi, jika anda tidak suka diperlakukan sedemikian maka jangan buat perkara sebegitu terhadapnya.
Kesimpulannya, elakkan berkawan dengan rakan yang berlainan jantina ini meskipun anda sudah lama kenal sejak kecil lagi. Bagi yang sudah berkahwin, anda perlu kawal dan jarakkan hubungan tersebut supaya tidak menganggu perasaan pasangan.
Nescaya dengan cara jauhkan diri itu dapat memulihkan kembali hubungan suami isteri yang kian pudar.
Kami berharap artikel tentang kisah mencintai suami orang dapat membuka mata anda. Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur