Kisah Isteri Berubah Jadi Kasar, Bermulut Puaka Bila Suami Selalu Naik Angin & Suka Menengking

Kisah perceraian yang berlaku disebabkan perkara kecil dan besar. Siapa sangka isteri boleh bermulut puaka bila suami sering bercakap kasar dengannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah kehidupan rumah tangga, tidak akan selalunya aman dan bahagia. Lima tahun pertama dikatakan fasa yang penuh dengan ujian bagi mengukur tahap kesabaran suami isteri. Justeru sentiasalah ambil iktibar daripada beberapa kisah perceraian yang berlaku dalam masyarakat agar hubungan anda kekal hingga syurga.

Memang kebiasaannya, suami tidak akan sedar kata-kata kasar yang keluar dari mulut ketika bercakap dengan isteri kerana ia berlandaskan akal dan logik. 

Kisah perceraian akibat 'mulut puaka' isteri

credit to sources

Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat mengatakan lazimnya secara berpasangan, suami yang bercakap dengan cara lelaki boleh membuatkan isteri mudah terasa hati. Manakala apabila isteri bercakap cara wanita, suami pula akan mudah sakit kepala.

Menurut perkongsian kisah perceraian di Facebook, seorang lelaki telah membuat keputusan untuk berpisah dengan pasangannya kerana sering bermulut 'puaka'.

Isterinya selalu maki hamun dan menjawab apa sahaja yang suaminya cakap. Akibat tidak tahan dengan rumah tangga sering bergelora, menjerit siang malam sehingga jiran-jiran pun sudah faham situasi mereka berdua.

Selepas bercerai, lelaki berkenaan menemui jodoh baharu dan berkahwin lain. Ketika awal-awal perkahwinan, mereka bahagia tetapi selepas beberapa tahun, isteri barunya juga menunjukkan sikap yang sama.

Dia sering bercakap kasar dan meninggikan suara. Nampaknya dia berkahwin dengan wanita yang perangainya lebih kurang sama. Tapi kini dia mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sikap suami menyebabkan berlakunya kisah perceraian?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Suatu hari lelaki ini pergi ke tempat kenduri tanpa membawa isterinya yang suka cakap kasar tidak kira tempat. Apabila di majlis kenduri, dia terkejut berjumpa dengan bekas isteri di samping suami baru. Namun, kelihatan wanita berkenaan sangat berbeza berbanding waktu bersama dia dahulu.

Bekas isterinya lemah lembut melayan suami baru. Isterinya bangun ambilkan air minuman buat suaminya, tutur kata wanita itu juga lembut sehingga hampir tidak kedengaran. Memang jauh beza sewaktu masih menjadi isterinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, wanita tadi meminta izin suaminya untuk ke bilik pengantin perempuan yang sedang bersiap. Lelaki ini mengambil kesempatan berbual dengan suami baru bekas isterinya.

Ditanya sejak bila bekas isterinya berubah begitu? Suaminya berkata memang sejak dari mengenalinya sudah memang begitu, tidak pernah berubah.

Lelaki itu terkejut. Katanya dahulu bekas isterinya bukanlah begitu. Setiap kali dia tinggikan suara, mesti isterinya balas dengan tinggikan suara. Setiap kali dia mengomel komplen pasal rumah, mesti bekas isterinya membalas segala cakap. Setiap kali dia hempas pintu, pasti bekas isterinya akan berkali-kali hempas pintu.

Apabila lelaki tersebut bertanya adakah isterinya buat begitu di rumah, suaminya menjawab tidak pernah sekalipun isterinya meninggikan suara. Lelaki tersebut makin terkejut. Mana mungkin bekas isterinya berubah secepat itu, dia kenal bekas isterinya memang suka menjerit di rumah.

Lelaki pencorak rumah tangga, perlu jadi contoh yang baik elak berlakunya perceraian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Suami wanita itu berkata, ''Kita sebagai lelaki yang mencorakkan rumah tangga. Kalau kita tengking isteri, tidak mustahil dia akan ikut. Kalau kita tunjukkan perangai tidak elok, tidak mustahil dia akan ikut. Tapi kalau kita di rumah menjaga rumah tangga dengan baik, pasti isteri akan ikut.''

''Kalau suami sering berlemah lembut, pasti isteri pun akan lebih lemah lembut dengan kita. Kalau kita berikan sepenuhnya kasih sayang, pasti isteri pun akan berikan kasih sayang yang melimpah ruah.''

Bila berlaku pertelingkahan dalam rumah tangga, jangan menunding jari kepada pasangan sahaja. Kena lihat juga apa yang kita buat. Lelaki sebagai pemimpin, kita yang bawa rumah tangga belayar. Kalau elok kemudi, eloklah perginya.

Meskipun 10 kali lelaki berkahwin lain, tetapi jika perangai tetap sama, kisah perceraian ini tetap akan berlaku. Kita sebagai imam, isteri sebagai makmum hanya mengikut. Jangan salahkan isteri sahaja, kena tengok juga kelakuan kita sebagai suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Chef Danial Hadi

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kunci Perkahwinan Bahagia Ada Pada Suami, Ini Nasihat Berguna Dari Ustaz Don Daniyal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan