Kisah poligami memang sebuah kisah yang penuh kontroversi sejak dari awal zaman lagi. Ramai wanita yang tidak bersetuju sekiranya suami mereka hendak mendirikan rumah tangga bersama wanita lain.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kisah poligami isteri tolong uruskan majlis kahwin suami dengan wanita lain
- Kisah poligami: Suami hendak berkahwin lain, apa yang isteri boleh lakukan?
Namun, lain kisahnya bagi seorang wanita yang membenarkan suaminya berkahwin lain atas alasan tidak mahu suaminya berzina dalam hubungan sulitnya.
Kisah poligami isteri tolong uruskan majlis kahwin suami dengan wanita lain
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang membenarkan suaminya mendirikan rumah tangga bersama wanita lain, bahkan dia juga membantu menguruskan urusan perkahwinan kedua suaminya itu!
Kisah tersebut yang telah dimuatnaik dalam bentuk video di laman TikTok berkongsi bahawa lelaki tersebut, iaitu suami kepada wanita berkenaan, telah meminta izin untuk berkahwin lagi dan wanita itu juga telah bertemu dengan bakal madunya.
Dia juga telah membantu menguruskan surat poligami di mahkhamah bagi memudahkan urusan suami dan madunya. Wanita tersebut juga dipercayai menguruskan hal-hal hantaran perkahwinan kedua suaminya. Tabah betul!
Pada penghujung video tersebut, didapati kedua-dua wanita telah bergambar bersama.
Bukan mudah untuk seorang isteri membenarkan suami mereka mendirikan rumah tangga lain. Namun, lain bagi wanita ini.
Wanita tersebut telah mendakwa bahawa suami dan madunya telah menjalani hubungan sulit pada tahun 2019 dan telah memutuskan hubungannya sebaik sahaja mereka ditangkap berhubungan.
Walaupun begitu, ketika wanita tersebut sarat mengandung pada tahun 2021, suaminya telah menjalinkan semula hubungan bersama madunya itu. Tetapi, walaupun ketika si suami curang, rumah tangganya kekal baik-baik.
Menurutnya, si suami telah melayannya dengan baik dan tidak ada apa-apa perkara aneh yang terjadi. Tetapi, sebaik melahirkan anak, wanita berkenaan bertindak mengambil inisiatif untuk mengetahui mengenai perkara tersebut.
Ketika ini, mereka mula bergaduh besar sehingga si suami tidak pulang ke rumah. “Dari situ, saya sudah letih kerana terpaksa bergaduh.” kongsi wanita tersebut. Oleh sebab itu, dia meminta keizinan dari ibu bapa mertuanya untuk membenarkan anak lelaki mereka berkahwin lagi.
Walaupun ditegah, wanita tersebut tetap dengan pendiriannya hendak mengahwinkan suaminya bersama madunya itu supaya dia tidak terjerumus melakukan perbuatan zina. “Mereka tidak benarkan, tetapi saya tetap bertegas. Daripada berzina, lebih baik suami saya berkahwin,” katanya.
Menurut wanita tersebut, madunya seorang yang baik dan sentiasa menuruti katanya serta suaminya. Madunya sedar bahawa kedudukannya sebagai isteri kedua memang perlu menuruti kata suami dan isteri pertama lelaki tersebut.
Kisah poligami: Suami hendak berkahwin lain, apa yang isteri boleh lakukan?
Walaupun pahit untuk menerima hakikat suami tercinta hendak berkahwin dengan wanita lain setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga, namun jika anda merelakannya, pastikan anda rela dengan bersyarat!
- Sedia mental dan emosi agar lebih kuat. Jika suami anda meminta izin untuk berkahwin lain, tentulah kita akan berasa cemburu dan marah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda perlukan untuk menenangkan diri dan menyembuhkan sakit di hati.
- Berbincang secara terbuka dengan suami. Adakah anda lebih rela suami yang anda telah bina kehidupan bersama selama bertahun-tahun menjalankan hubungan sulit di belakang anda, atau anda lebih rela sekiranya dia berlaku jujur dengan anda walaupun pahit? Walaupun sakit, lama-lama ia akan pulih juga walaupun meninggalkan parut. Yang penting, adanya perbincangan dan persetujuan antara anda dan suami.
- Buat permohonan poligami di mahkamah. Ini paling penting untuk diketahui oleh suami dan isteri, kerana anda perlu mengambil tahu segala prosedur. Inilah satu-satunya peluang anda untuk menuntut hak anda sebagai isteri pertama. Namun, ketahuilah bahawa prosedur memanggil isteri pertama ke mahkamah bukanlah untuk meminta izin tetapi lebih kepada membuat siasatan apakah hak-hak dan keperluan isteri-isteri yang suami perlu lunaskan untuk membolehkan beliau layak berpoligami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Kantoi Poligami Dalam Diam Maut Dicurah Air Panas Oleh Si Isteri
Baca juga: Walaupun Majoriti Beragama Islam, Negara Ini MENOLAK Suami Yang Ingin Berpoligami
Baca juga: Zuriat Ditunggu-Tunggu, Tapi Suami Yang Memahami Adalah Segalanya