Perjalanan jauh dengan anak yang masih kecil memerlukan ibu ayah membuat banyak persiapan. Dalam pada anda bergembira dapat bercuti atau pulang ke kampung, namun harus diingat bahawa anak kecil sering menjadi ‘tarikan’ kepada makhluk halus seperti kisah seram yang dialami oleh pasangan ini.
Meskipun kita sudah melangkah masuk ke tahun 2022, sebenarnya masih ada gangguan berbentuk sebegini kerana anda perlu tahu bahawa alam ini bukanlah didiami oleh manusia sahaja.
Kisah seram yang berlaku ketika berhenti di RnR
Dalam meneruskan perjalanan, anda mungkin sahaja akan berhenti di RnR untuk membuang hajat, mengurangkan rasa mengantuk atau mengisi minyak.
Namun siapa sangka kisah seram dan kejadian misteri telah berlaku pada pasangan suami isteri ini ketika mereka berhenti di sebuah kawasan RnR Genting Sempah.
Difahamkan, ia terjadi selepas seorang ibu mencurahkan air panas di kawasan yang berpokok untuk membuat susu untuk anaknya yang masih bayi.
Sebaik sahaja kejadian curah air itu, anaknya didapati menangis meraung tanpa henti. Tambahnya lagi, tangisan anaknya itu kedengaran seolah-olah seperti disampuk makhluk halus.
Kisah seram kami di RNR Genting Sempah pada maghrib tadi. Anak saya tidur sebab terlalu penat.
Masa beratur drive thru dekat McDonald’s Genting Sempah, sebabkan lambat sangat menunggu, saya turun dari kereta dan basuh botol susu dengan air panas.
Saya cuah air panas yang saya basuh botol susu tadi dekat bawah pokok sebelah McD tu.
Tiba-tiba anak saya meraung menangis dan badan dia tiba-tiba jadi keras menggelepar. Memang sumpah saya tidak pernah tengok anak saya macam tu.
Perasaan cemas apabila berdepan kisah seram ketika di RnR
Disebabkan situasi cemas itu, mereka seisi keluarga telah bergerak ke tempat yang lebih cerah dan selamat. Dia juga membuat keputusan untuk buka ayat Ruqyah bagi menenangkan keadaan.
Saya masuk kereta nak bagi susu pun ditolak, saya pun suruh abang saya gerak dari situ dan cari tempat lain.
Saya pun baca yang mana saya tahu je, tapi anak masih meraung menggelupur. Saya pun terus buka Youtube dan cari video Ruqyah.
Baru je pasang surah tu, tiba-tiba anak kami berhenti menangis dan tidur yang berpanjangan selepas kepenatan.
Disebabkan oleh kisah seramnya itu, ada yang tampil memberikan komen nasihat kepada orang lain agar tidak melakukan sesuatu perbuatan sesuka hati di kawasan diduduki oleh makhluk ghaib.
Almarhum tuan guru Ismail Kamus pernah ajar, kalau nak buang air panas kat mana-mana, bacalah doa ini terlebih dahulu. ”Salamun ‘ala Sulaiman fil ‘alamin.”
Tanda bayi menangis diganggu syaitan dan surah yang perlu dibacakan
Bayi yang menangis kuat lebih dari biasa boleh membuatkan anda berasa bimbang. Sebagai ibu ayah, anda tidak boleh mengetepikan bahawa ia mungkin berpunca daripada gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan.
Ada beberapa tanda yang menunjukkan si manja anda terkena gangguan, iaitu:
- Menangis tanpa keluar airmata dan hanya keluarkan bunyi
- Mata yang pejam ketika berhenti menangis, kedua-dua biji mata bergerak seolah-olah memerhatikan sesuatu
- Tangisan dengan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seperti dalam keadaan yang tidak sedarkan diri (tidur)
- Ketika menangis, mata bayi tertumpu pada satu tempat sahaja
- Bayi diganggu jin akan sukar tidur walaupun matanya sudah mengantuk dan kepenatan, tetap menangis dan tidak mahu berenggang dengan ibu ayah
- Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin (makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu menakutkan. Bayi setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas tersekat-sekat.
Jika berdepan dengan situasi ini, ibu ayah hendaklah segera merukyah bayi dengan beberapa surah berikut:
#1. Al-fatihah (baca berulang kali)
#2. Ayat kursi
#3. Doa al-Mu’awwidzaat: Surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas
Sumber: Tiktok @syahmi_takaful, kashoorga
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kisah Misteri Di Sebalik 5 Lagu Kanak-Kanak Yang Populor, Seram Pula Bila Dengar