Sayu Hati, Ibu Ini Akhirnya Bertemu Bayi Yang Dilahirkannya Lepas 5 Bulan Koma!

"Doktor cakap oksigen dalam kepala dia kurang dan menyebabkan dia koma..."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengorbanan seorang ibu itu tiada tandingannya. Itulah yang dapat disimpulkan dari kisah yang akan dipaparkan ini.

Terlantar di katil selama hampir 5 bulan, seorang ibu tidak sama sekali menjangka akan mengalami komplikasi selepas bersalin yang menyebabkan dirinya terpisah dengan anaknya yang baru dilahirkan.

Ikuti kisah Mokla yang tular di media sosial baru-baru ini.

Koma Selepas Mengalami Komplikasi Selepas Bersalin

Nur Fadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla, 28, mengalami komplikasi sewaktu melahirkan cahaya mata sulungnya selepas lewat 6 hari dari tarikh jangkaan bersalin. Sewaktu menjalani proses pembedahan caesarean pada 18 November tahun lalu, jantung Mokla dikatakan berhenti secara tiba-tiba.

 

sumber: ohbulan

"Sebelum masuk bilik bedah dia memang stabil, dia sedar. Semasa tengah operate, doktor cakap  jantung dia tiba tiba berhenti. Tetapi dia tersedar semula 10 minit setelah anak dilahirkan. Doktor cakap oksigen dalam kepala dia kurang dan menyebabkan dia koma,” kata kakak iparnya, Nur Hasirah.

Suaminya, Mohd Saiful Sudin, 29, tetap setia menunggu di sisi isterinya, Norfadilla Che Par, 28, yang koma dan terpaksa bergantung dengan bantuan mesin pernafasan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Keadaannya itu menyebabkan Mohd Saiful terpaksa mengorbankan kerjanya sebagai buruh, sekali gus hilang punca pendapatan demi menunggu isterinya pulih biar berapa tahun sekali pun. 

sumber: ohbulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 

Wanita itu koma selepas menjalani pembedahan untuk bersalin dan mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya turut berhenti selama 10 minit mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak.

Sementara itu, anaknya, Muhamad Syahmi, dijaga oleh kakak iparnya di Kampung Kok Lintang, Bachok. 

Koma Komplikasi Selepas Bersalin, Ibu Akhirnya Sedar Selepas Koma 138 Hari

Namun kuasa Allah, setelah 138 hari koma, semalam merupakan detik gembira apabila ibu tersebut buat kali pertama menatap bayi lelakinya yang kini sudah berusia hampir 5 bulan.

Pertemuan selama 2 jam tersebut diselangi dengan air mata, walaupun si ibu masih tidak mampu berkata-kata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah tersebut menjadi tular apabila detik gembira itu dikongsi dalam laman sosial Facebook Hasirah Nujiey dengan memuat naik beberapa gambar sekitar pertemuan pertama kali anak-beranak itu yang menyentuh hati orang ramai.

“02.04.2019 ( hari ke 138 ). Sentuhan pertama. Pertemuan antara ibu dan anak. Pilu campur gembira. Tak terkata. “Air mata laju je keluar. Moklaa (panggilan untuk adiknya) angkat tangan untuk ambik anaknya tapi apakan daya dia tak mampu. Separuh saja terangkat. “Moklaaa.. kuatlah demi anak mu. Sentuhan pertama pipi ke pipi. Moklaa menangis sekuat hati.Syahmi turut meratapi. Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah,” tulisnya di Facebook.

Jelas Hasirah, adiknya itu tidak berhenti menangis sewaktu menyentuh Syahmi buat pertama kali di luar bilik rawatan rapi ICU. Mohd. Saiful berkata, isterinya mula menunjukkan tanda positif untuk pulih secara perlahan-lahan pada Januari lalu. Tambahnya,

“Dia tidak mampu bercakap lagi namun menyatakan hasrat melalui isyarat untuk menatap wajah anak sulung kami. Doktor memberikan kebenaran dan pertemuan itu diaturkan semalam." “Bagi mengelakkan bayi kami terkena jangkitan di wad, isteri dan anak saya dipertemukan di hadapan dewan bedah ICU ini. Isteri hanya mampu mengalirkan air mata, saya fikir perasaan gembira bercampur baur dengan sebak apabila menatap cahaya mata kami buat kali pertama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Hasirah, adiknya itu tidak berhenti menangis sewaktu menyentuh Syahmi buat pertama kali di luar bilik rawatan rapi ICU.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Dia tak berdaya melakukan apa-apa, walau bercakap sepatah pun kami terpaksa pegang badannya untuk duduk."

Tidak Mampu Kembali Normal...

”Pagi tadi saya letak Syahmi kat pipi, biar dia riba dua jam dengan Syahmi, Mokla tak berhenti menangis, sedih kerana pertama kali menyentuh anak,” kata Hasirah.

Lebih menghibakan, jelas Hasirah, doktor berkata jika adiknya itu sembuh sekalipun, dia tidak mampu kembali normal seperti orang lain kerana mengalami kecederaan pada otak. Komplikasi selepas bersalin yang dialami wanita ini telah memberi kesan jangka panjang kepadanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun berikut :

Muhammad Saiful Bin Sudin (suami) – BSN: 0300941000166384 

NorHasirah Binti Che Par (kakak)– BSN: 03109-29-00021455-3

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beratnya dugaan keluarga ini, semoga si ibu dapat disembuhkan dengan kuasa Allah...

Caesar atau bersalin normal?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Hasirah Nujiey 

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.com/pantang-berpantang-selepas-bersalin

Penulis

Beto Rahman