Ibu Akan Rasa Begini Bila Sakit Kontraksi Bersalin Datang, Bacalah Supaya Lebih Bersedia
Kontraksi bersalin kadang kala mengelirukan terutama bagi yang pertama kali bersalin. Ada yang kata rasa nak buang air besar pun ya juga.
Kontraksi bersalin sememangnya akan dirasai oleh kesemua ibu mengandung. Kebiasaannya, itu adalah ‘petunjuk’ tentang proses kelahiran bayi. Tapi tahukah anda bagaimana rasanya? Terutama pada ibu yang pertama kali hamil, anda perlu tahu perbezaan sakit perut biasa dan sakit kontraksi ini. Penting ya!
Pengalaman setiap ibu yang bersalin pastinya berbeza. Ada yang kata sakit contraction bersalin ini hanya rasa seperti senggugut ketika datang haid, ada yang kata seperti nak buang air besar, dan sebagainya.
Malah, kesakitan yang dirasai adalah tidak sama, ia mengikut toleransi kesakitan. Tapi sejujurnya, para wanita ini sememangnya begitu kuat! Dapat layan kontraksi, dapat melahirkan anak dengan selamat dan sihat. Alhamdulillah. Apa yang menjadi persoalan segelintir bakal ibu pada ketika ini adalah apakah jenis kesakitan yang akan ibu alami semasa berlaku kontraksi yang dikaitkan dengan tanda bersalin?
Isi Kandungan
Kontraksi Bersalin Bagaimana Rasanya?
Sebenarnya bukan semua kontraksi berlaku ketika melahirkan sahaja. Ada juga kontraksi palsu atau disebut Braxton-Hicks atau kontraksi palsu yang berlaku pada awal atau pertengahan kehamilan ibu.
Ada ibu yang merasakan kesan kontraksi ini ketika pertengahan kehamilan yang mana mereka akan merasakan sakit dan ketegangan pada perut yang sering disalah ertikan sebagai kontraksi ia adalah Braxton-Hicks.
Beza Braxton-Hicks Dengan Kontraksi Bersalin Yang Sebenar?
Keadaan ini berlaku kerana otot rahim perlu memerlukan latihan untuk memperkuatkan otot supaya janin cukup matang untuk mengalami proses kelahiran. Jadi persoalannya, bagaimana rasa contraction bersalin palsu?
- Kebanyakan wanita tidak mengalami kesakitan cuma merasa tidak selesa sahaja, tetapi ada dalam kalangan wanita yang mengalami kontraksi seperti bersalin.
- Kontraksi palsu lebih tertumpu di abdomen manakala rasa sakit kontraksi sebelum bersalin turut dirasai di bahagian belakang badan.
- Tidak kerap berlaku dan jarak di antara dua kontraksi tidak semakin rapat.
- Berubah mengikut kedudukan badan atau aktiviti seperti berjalan.
- Tidak menyebabkan perubahan yang berlaku pada serviks.
Disebabkan kontraksi palsu berkait dengan beberapa faktor seperti keletihan, kehausan dan sebagainya, perkara berikut boleh bantu melegakan kesakitan:
- Ubah posisi semasa anda. Jika anda sedang duduk, cuba baring. Kalau anda sedang berdiri, cuba duduk.
- Minum air secukupnya.
- Berhenti daripada sebarang aktiviti dan cuba berehat.
Bagaimanapun, jika rasa sakit tidak hilang selepas anda cuba tukar posisi atau minum air, anda boleh rujuk kepada doktor.
Kontraksi Bersalin: Ini Apa Yang Ibu Akan Rasai
Kontraksi bersalin akan berlaku dengan lebih kerap iaitu setiap 10 hingga 12 minit dalam tempoh satu jam. Sekiranya ini berlaku, mungkin anda sedang dalam fasa mengalami proses kelahiran. Apabila ia berlaku sebelum kehamilan cukup tempoh (sebelum 37 minggu), ia dikenali sebagai kontraksi pra-kelahiran.
Apa yang anda rasa sewaktu kontraksi bersalin?
- Rasa tekanan pada abdomen atau bahagian pinggul.
- Kram perut.
- Sakit pada bahagian belakang badan
Jika ketiga-tiga gejala ini berlaku, kemudiannya air ketuban pecah atau berlaku pendarahan pada faraj, maksudnya tanda kelahiran adalah lebih tepat.
Kontraksi serius sewaktu tempoh prakelahiran berkemungkinan mempunyai sangkut paut dengan risiko melahirkan bayi pramatang. Antara sebab berlaku kontraksi prakelahiran adalah:
- Masalah struktur pada organ seperti rahim, serviks atau uri.
- Sejarah berkaitan kelahiran pramatang.
- Dijangkiti kuman.
- Kehamilan kembar.
- Merokok menggunakan dadah terlarang semasa hamil.
- Tidak diperiksa oleh doktor secara berkala.
- Tekanan fizikal, emosi dan mental.
- Mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada normal sebelum kehamilan
Kontraksi Bersalin Ada Dua Fasa
Proses kelahiran terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa awal dan fasa aktif. Pada ketika ini, rasa kontraksi kebiasaannya ringan dan ia boleh berlaku di antara 30 hingga 90 saat.
Simptom lain seperti keluar lendiran mula timbul pada fasa ini berikutan serviks anda mula terbuka bagi membolehkan bayi keluar.
Pada peringkat permulaan, jarak di antara dua kontraksi boleh jadi jauh. Namun, pada pengakhiran bagi fasa awal proses kelahiran, jarak antara dua kontraksi boleh jadi secepat 5 minit.
Fasa Aktif Doktor Akan Lebih Berjaga-jaga
Pada ketika ini, doktor akan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan perkembangan anda baik. Apabila bukaan anda sudah mencecah 4 sentimeter, proses kelahiran anda sedang berada pada fasa aktif.
Kesakitannya boleh menjalar dari belakang badan hingga ke abdomen. Pada ketika ini, tahap kesakitan meningkat dan ia biasanya berlaku selama 45 hingga 60 saat.
Jarak di antara dua kontraksi juga sudah semakin pendek, antara 3 hingga 5 minit. Kadangkala, tempoh dua kontraksi bertindih antara satu sama lain. Semakin lama semakin pendek.
Apabila bukaan faraj anda sudah mencecah 7 sentimeter, kekerapan berlakunya kontraksi meningkat. Bayangkan, anda boleh merasai kontraksi selama 60 hingga 90 saat dan jarak di antara keduanya boleh jadi 30 saat hingga 2 minit.
Bila Perlu Ke Hospital?
Untuk mengetahui bilakah waktu sebenar yang sesuai untuk ke hospital, ia apabila ibu merasakan kontraksi fasa aktif sedang berlaku.
Ini kerana tanda kontraksi yang berlaku dalam fasa aktif bersalin bermakna keadaan semakin meningkat kekerapan kontraksi semakin hampir antara 4 hingga 5 minit dan berlangsung kira-kira 30 saat hingga 1 minit untuk setiap sesi contraction bersalin.
Pakar kesihatan akan menasihati anda untuk pergi ke hospital dalam kadar yang segera terutamanya apabila kontraksi dirasai oleh ibu semakin kuat, lebih kerap dan lebih dekat.
Umumnya, wanita yang mengalami pengecutan jenis ini berasa sakit, terutamanya di bahagian depan dan belakang rahim. Para ibu mungkin memerlukan lebih banyak sokongan emosi atau bantuan untuk bertenang pada masa ini.
Ujian Untuk Mengesan Kontraksi Bersalin
Sesetengah wanita yang mengalami komplikasi semasa kehamilan mereka memerlukan Contraction Stress Test (CST), walaupun ujian itu adalah kurang biasa berbanding dahulu. Lebih kerap, anda akan mendapat ujian tanpa tekanan atau profil biofizikal. Jika keputusan tersebut menunjukkan kemungkinan masalah, doktor anda mungkin mencadangkan CST sebagai susulan.
CST sangat jarang berlaku pada wanita yang mengandung anak kembar, kerana ia boleh mencetuskan kelahiran awal.
Ujian tekanan kontraksi membantu meramalkan prestasi bayi anda semasa bersalin. Ujian ini mencetuskan kontraksi dan mencatatkan bagaimana jantung bayi anda bertindak balas. Degupan jantung yang normal adalah petanda yang baik bahawa bayi anda akan sihat semasa bersalin.
Bagaimanakah Ujian CST Dilakukan Pakar?
Para ibu akan berbaring dengan dua tali pinggang di sekeliling perut. Satu mengukur degupan jantung bayi anda, dan satu lagi mengukur kontraksi. (Jika anda mempunyai anak kembar, anda akan mempunyai dua tali pinggang untuk mengukur degupan jantung bayi)
Untuk mencetuskan kontraksi, doktor anda mungkin memberi anda dos ubat oksitosin melalui IV di lengan anda. Atau doktor anda mungkin mencadangkan anda menggosok puting anda melalui pakaian anda, yang boleh menyebabkan kontraksi.
Kemudian anda tunggu sementara monitor merekodkan kontraksi dan degupan jantung bayi anda. Ujian mengambil masa kira-kira 2 jam. Kontraksi boleh menjadi tidak selesa.
CST biasanya selamat, tetapi kadangkala ia mencetuskan kelahiran awal. Ujian ini lebih berisiko untuk wanita yang mempunyai plasenta previa, berisiko lebih tinggi untuk pecah rahim, atau yang pernah menjalani c-section sebelumnya.
Doktor anda akan membantu anda menimbang faedah dan risiko sebelum ujian dilakukan.
- WebMD (March 19, 2021) Contraction Stress Test (CST). (www.webmd.com/baby/contraction-stress-test-cst)
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Daripada Takut Tak Tentu Pasal Untuk Bersalin, Baik Anda Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini
Baca juga: 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?
Baca juga: Bukaan Di Bawah Tu Dah Berapa CM? Ini Tiga Fasa Bersalin Yang Bakal Ibu Mesti Tahu!
- Jenis Buah Untuk Ibu Berpantang & Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan Yang Cepatkan Badan Pulih, Susu Meriah
- Muntah Darah Ketika Hamil (Hematemesis): 13 Penyebab Muntah Darah, Cara Mengatasi & Rawatan
- Perancang Keluarga Selepas Bersalin: Jenis Perancangan Keluarga Yang Berkesan & Bila Boleh Ambil