Suami Suka Pergi Konvoi Motor, Wanita Ini Senaraikan 5 HAK Isteri Yang Patut Dipenuhi

Konvoi motor merupakan aktiviti pencinta dunia permotoran. Para suami hendaklah menunaikan hak-hak isteri dahulu sebelum keluar berseronok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai geng-geng konvoi motor yang seronok bergambar dan merangkul tubuh pelayan kedai air buah di negeri Terengganu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dan kecewa melihat tindakan wanita berkenaan seolah-olah tiada maruah diri apabila membenarkan lelaki geng-geng motor menyentuhnya dengan mudah.

Lebih menyedihkan ramai lelaki dalam video berkenaan sudah berusia, telah beristeri dan mempunyai anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Konvoi motor boleh tapi berikan hak-hak ini kepada isteri ketika keluar
  • Kedai air buah tular, pelayan wanita seksi dan boleh dipeluk

Konvoi motor boleh tapi berikan hak-hak ini kepada isteri ketika keluar

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan lelaki amat menyukai bidang permotoran. Ada yang mengatakan ia sekadar hobi dan untuk melepaskan tekanan.

Justeru kini telah wujud banyak kumpulan konvoi motor setiap negeri untuk tujuan santai-santai mahupun mengeratkan silaturrahim antara pencinta motorsikal seluruh Malaysia.

Namun disebabkan oleh viral video pelayan kedai air buah baru-baru ini, ramai isteri berasa risau dan tidak senang hati untuk melepaskan suami menyertai konvoi berkumpulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manalah tahu di belakang isteri, geng-geng suami ni seronok merangkul pinggang perempuan lain!

Hal ini telah mendapat perhatian seorang pengasas kosmetik, Wan Syuhada yang turut tidak ketinggalan memberikan pandangannya secara peribadi. Apatah lagi ramai pengikutnya tidak henti-henti tag akaun dia pada video tersebut.

Ini kerana suaminya, Pex Dollah juga merupakan seorang rider. Warganet menunjukkan kerisauan namun ada dalam kalangan mereka menghadirkan gurauan yang tidak senang di hati dia.

Hak isteri setiap kali suami keluar pergi ride

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun dengan sifat positif ditunjukkan, dia telah berkongsi luahan hati di Facebook untuk mendapatkan hak ketika suami keluar berkonvoi.

InsyaAllah Syu cuba the best untuk fight hak asasi geng-geng isteri bikers.

Ini kalilah kita mogok nak hak kita setiap kali suami nak keluar ride.

Contohnya,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Call setiap 1 jam perjalanan.

#2. Zoom 360 situasi and keadaan suami setiap 3 jam untuk lihat pemandangan atas, bawah, depan, belakang.

#3. Duit poket RM300 sehari paling kurang untuk sehari perjalanan. Maksudnya kalau 3 hari ride, RM900. Ni duit upah uruskan rumah seorang diri tanpa keberadaan suami di sisi.

#4. Percutian 4 hari 3 malam untuk anak bini setiap kali keluar ride. Dah spend masa dengan kawan mesti balance masa dengan anak bini juga. Barulah pemimpin yang mantap.

#5. Patuh pada larangan kawasan, blacklist area atau kedai-kedai berbahaya, contohnya kedai buah dan sebagainya. Elakkan fitnah, tiber.

InsyaAllah saya cuba fight hak asasi kita okey. Beras memang dia beli. Tapi itulah, kena ingat kita ni jenis bini-bini lu langsi lu mati. Hahaha.

Kedai air buah tular, pelayan wanita seksi dan boleh dipeluk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dimaklumkan kejadian tular itu berlaku di sebuah kedai air buah D’Flora, Terengganu yang pernah tular sebelum ini. Kedai itu juga merupakan destinasi kegemaran para rider ketika berkonvoi.

Mereka yang sedang berkonvoi memilih untuk singgah di kedai air buah yang cukup terkenal dengan layanan 'istimewa' daripada pelayan wanitanya. Rakaman yang kelihatan biasa itu mula menunjukkan situasi tidak enak.

Pada mulanya beberapa orang lelaki kelihatan ingin bergambar bersama pelayan itu namun situasi mengejutkan berlaku apabila mereka lantas memeluk wanita berkenaan. Malah pelayan wanita itu merelakan keadaan terbabit.

Video itu telah mendapat perhatian masyarakat dan mendatangkan perasaan tidak senang dalam hati kalangan isteri rider. Ramai golongan isteri mula mencari kelibat suami melalui video berkenaan.

Buat para suami berpada-padalah dengan kebebasan diberikan isteri. Jaga hati isteri yang menunggu anda di rumah. Adalah lebih elok jika tempat-tempat tidak elok dijauhi untuk menjaga hati isteri serta menjaga iman sendiri. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Kaki Game Sepanjang Hari, Isteri Terpaksa Kurung Anak Dalam Sangkar Ketika Berniaga

Baca juga:  Isteri Sedih Diuji Suami Baran, Sanggup Buang Beras Agar Isteri Dan Anaknya Kelaparan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

Penulis

Ain Yusof