X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bab Kemas Beg Balik Kampung, Berilah Kebebasan Pada Isteri, Dialah Yang Paling Tahu

3 min bacaan
Bab Kemas Beg Balik Kampung, Berilah Kebebasan Pada Isteri, Dialah Yang Paling Tahu

Beg balik kampung hendaklah dirancang sebaik mungkin bagi memudahkan kerja ibu dan mengelakkan tertinggalnya barangan penting ketika raya

Memandangkan tinggal lagi beberapa hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, ibu-ibu pastinya sudah sibuk mengemas rumah dan beg balik kampung. Disebabkan oleh dua tahun kita tidak dapat rentas negeri, raya tahun ini menjadi lebih meriah kerana dapat berkumpul bersama sanak-saudara.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini

  • Tips kemas beg balik kampung yang mudah dan menjimatkan masa

Sememangnya bukan mudah untuk merancang perjalanan, beg pakaian dan keperluan anak-anak sepanjang cuti beraya. Ibulah insan yang perlu mengurus segala hal agar tidak tertinggal barangan penting ketika pulang ke kampung.

Tips kemas beg balik kampung yang mudah dan menjimatkan masa

kemas beg balik kampung

Kalau anda sudah lama tidak mengemas beg balik kampung atau melakukannya mengikut cara tersendiri yang mungkin kurang membantu dari segi kekemasan dan pengaturan, maka, perkongsian daripada Puan Hanis Mynis ini adalah untuk anda.

1. Buat checklist atau senarai tanda

 Ini penting supaya kita tahu barangan yang perlu dibawa dan boleh diketepikan. Sememangnya, mengikut Puan Hani, kalau boleh kita mahu bawa sahaja satu rumah, tetapi senarai tanda barangan yang perlu dibawa ini mengelak kita terbeban membawa barangan yang tidak berguna.

Hani menyarankan agar senarai tersebut dibahagikan antara suami isteri dan anak untuk memudahkan perancangan. Hani akui beliau laminate senarai tersebut untuk memudahkan ‘menconteng’ apa yang perlu.

cara kemas beg balik kampung

2. Gulung baju, guna getah untuk ikat pakaian

Rupanya menggulung baju lebih menjimatkan ruang berbanding melipat. Paling penting, gulung sekali dengan set lengkap agar mudah kalau nak ambil kelak, tak perlulah menjadi pasangan seluar, baju atau tudung bagi wanita.

Hani juga menyarankan agar pakaian ini diikat dengan getah supaya ia tersimpan kemas tanpa terburai atau tercampur-aduk. Mudah bukan?

3. Asingkan baju raya, pakaian dalam, baju kotor

Satu lagi tip penting ialah untuk mengasingkan sama sekali baju raya. Kalau boleh simpan dalam beg asing supaya tak tercampur dengan pakaian rumah atau kotor.

Terutamanya baju kotor, simpan beg kecil asing untuk setiap orang simpan baju kotor. Ini bukan sahaja mengasingkan pakaian kotor tetapi memudahkan mencucinya.

Bagi pakaian dalam dan kain lain seperti stokin, kain lap tangan, pakaian dalam dan sebagainya, simpan dalam beg kecil supaya mudah diambil kelak. 

4. Pek kecemasan dalam beg mudah dicapai

Ini tip paling penting tetapi kerap terlepas pandang. Kalau nak balik kampung, jangan hanya fokus pada beg pakaian, ubatan-ubatan dan barangan kecemasan lain juga perlu dipek agar.

Satu lagi simpan beg tersebut dalam capaian mudah, misalnya dalam beg sandang atau beg tangan. Ubat seperti sakit kepala, minyak angin, ubat demam, selesema dan sebagainya kena ada stok.

Barangan lain ialah seperti pengecas bateri telefon, kabel tambahan dan sebagainya, mana-mana yang diperlukan. 

kemas beg balik kampung

5. Pembersih diri dalam beg kalis air, penggantung baju dan seterika

Barangan pembersihan diri disimpan dalam bekas kalis air supaya tidak berlaku kes sabun bocor atau tertumpah.

Di kampung nanti mungkin tak cukup penggantung baju, maka untuk elak merebut, bawa sahaja penggantung baju yang diperlukan. Kalau rasa seterika juga perlu bawa, pek elok-elok. Harap kesemua 5 tip yang kongsi membantu anda mengemas beg balik kampung nanti. 

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Hanis Mynis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

Baca juga:  Tip Travel Ketika Balik Kampung

Baca juga:  Tips Penting Ibu Bapa WAJIB Tahu Sebelum Pulang Ke Kampung Bersama Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nizha Nila

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Bab Kemas Beg Balik Kampung, Berilah Kebebasan Pada Isteri, Dialah Yang Paling Tahu
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham