TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Duit Ada Lagi? Kalau Habis, Saya Tambah - Suami Jangan Kedekut, Kunci Rezeki Datang Melimpah

4 min bacaan
Duit Ada Lagi? Kalau Habis, Saya Tambah - Suami Jangan Kedekut, Kunci Rezeki Datang Melimpah

Tahukah anda bahawa rezeki sesebuah rumah tangga datangnya dari seorang isteri yang bahagia? Suami jangan kedekut ya! Barulah rumah tangga sentiasa harmoni

Dalam dunia yang begitu mencabar ini, pastinya memberikan sedikit tekanan terhadap kestabilan ekonomi rumah tangga sehingga wujud sesetengah suami yang kedekut dan sering berkira dengan isteri.

Saat terlafaznya akad nikah, sudah termaktub diri anda untuk menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap isteri dan rumah tangga.

Lima tahun yang pertama dikatakan sebagai ujian rumahtangga yang menguji kekuatan hubungan anda dan pasangan.

Pastinya saat ini datangnya dugaan dari pelbagai perkara seperti masalah kewangan, konflik antara suami isteri atau diuji dengan masalah kesihatan.

Suami yang baik bukanlah suami kedekut

pasangan kedekut

Credit to sources

Sebuah rumah tangga menjadi lebih indah apabila anda dikurniakan rezeki yang tanpa henti dan datang tanpa disangka-sangka.

Kunci yang utama adalah bagaimana anda dan pasangan sama-sama mengharungi setiap dugaan meskipun ia melebihi dari kemampuan.

Syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami, redha Allah pula terletak pada redha suami. Perihal rezeki suami berkait rapat dengan kebahagiaan seorang isteri.

Rumah tangga yang berjaya datangnya dari seorang wanita yang bahagia kerana hati isteri yang tidak disakiti membawa kepada rezeki yang berterusan.

Hal ini membuktikan bahawa isteri yang gembira menjadi jalan pembuka rezeki seluas-luasnya untuk keluarga.

Ikuti tips ini untuk mendapatkan rezeki yang tidak disangka-sangka. Antaranya ialah:

#1. Lakukan sesuatu kerana Allah SWT

lelaki kedekut

Credit to sources

Perkahwinan adalah cara untuk membuka pintu rezeki kerana ia adalah penyatuan dua hati yang bercinta bagi mencapai keredhaan Allah SWT.

Jika ingin rumah tangga anda dikurniakan rezeki yang tanpa henti, sentiasa ikhlaskan hati dengan niat anda untuk menjalankan tanggungjawab kerana Allah SWT.

Sekiranya anda penat kerana perlu bertugas lebih masa bagi mendapatkan duit poket tambahan, niat dan tawakallah kepada Allah untuk memudahkan urusan anda bagi mengelakkan dicop sebagai suami kedekut.

Hasil yang sedikit akan merasa begitu manis jika Allah meredhai setiap langkah anda meninggalkan rumah bagi menyara sebuah keluarga.

#2. Berusaha gembirakan isteri

suami berkira

kredit: sumber

Cara menjemput rezeki yang utama adalah bergantung kepada anda dan pasangan. Luangkan sedikit masa untuk bermesra dan mengembirakan hati pasangan.

Sebenarnya jauh di sudut hati seorang isteri, dia bukannya perlukan duit semata-mata. Tetapi, dia memerlukan anda untuk duduk bersamanya dan menjadi peneman yang setia.

Sekiranya anda tidak mempunyai waktu, ambil masa untuk menonton tv bersama di rumah atau menolongnya menyiapkan hidangan makan malam bersama-sama.

Jangan lupa menanyakan bagaimana perjalanan seharian isteri sama ada di rumah mahupun di pejabat.

Cara ini sedikit sebanyak mampu melegakan tekanan isteri kerana dia boleh meluahkan perasaannya dan pasti keesokannya dia bangun menjadi lebih bersemangat.

#3. Usah berkira ketika berbelanja

Stories Rakan Kongsi
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
Markings On The Wall: Why Measuring Your Child's Height Is So Important
Markings On The Wall: Why Measuring Your Child's Height Is So Important
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat

Dalam hidup bersama, anda tidak boleh bersifat suami kedekut dengan isteri. Kadang-kadang wang perbelanjaan banyak dihabiskan untuk membeli barangan dapur dan keperluan anak.

Kadang-kadang seorang isteri sanggup menghabiskan wang nafkah yang diperoleh bagi memastikan keperluan anak cukup.

Biarpun pada hakikatnya dirinya sendiri tidak sempat untuk mendapatkan pakaian yang baru. Dalam hal ini, tidak salah anda membelikan hadiah dan membuat kejutan kepadanya. Barulah setiap hari isteri jatuh cinta!

#4.  Menghargai pasangan

Dalam menghormati pasangan, pastinya ia bermula dari cara anda berkomunikasi. Sentiasa titipkan ucapan terima kasih atas sekecil-kecil perkara yang dilakukan oleh isteri, barulah mereka sentiasa dihargai.

Penggunaan bahasa yang lembut dan panggilan yang mesra terhadap isteri menjadikan suasana rumah tangga menjadi lebih tenang dan bahagia.

#5. Memudahkan urusan isteri

Sekiranya isteri memerlukan pertolongan anda, lakukannya dengan kadar segera tanpa bertangguh. Buatkan dirinya berasa anda sentiasa ada untuknya.

Contohnya, jika isteri sudah menjaga anak-anak di rumah, anda boleh memainkan peranan untuk membantu isteri membasuh pakaian atau mengemas rumah.

Amalan saling membantu bukan sahaja membuatkan rumah menjadi kemas, tetapi juga mampu mengukir senyuman di wajah isteri.

Tanyakan juga kepada isteri perkara yang mereka perlukan untuk anda membantunya kerana sesetengah isteri lebih suka memendam rasa kerana bimbang akan menyusahkan anda.

#6. Sentiasa memanjakan pasangan

Apabila anda keluar rumah, jangan lupa untuk mengucup dahi isteri dan memeluk tubuhnya sebagai bukti anda benar-benar menghargainya dalam hidup anda.

Amalan ini mampu menenangkan hati isteri, mengurangkan kerisauannya dan memberikan aura positif kepada diri isteri ketika anda keluar mencari rezeki buat keluarga.

Tidak hanya dengan itu, hidupkan suasana yang penuh warna-warni dengan gurau senda bersama orang yang anda cintai.

Sekiranya anda diuji dengan kesempitan hidup, semak kembali hubungan anda dengan isteri dan juga Allah SWT. Kunci rumah tangga yang bahagia dengan rezeki yang terus mengalir sebenarnya berkait dengan keberkatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Duit Ada Lagi? Kalau Habis, Saya Tambah - Suami Jangan Kedekut, Kunci Rezeki Datang Melimpah

Baca juga: Tips Murah Rezeki: Suami Isteri Mesti Selalu Berkepit, Barulah Rezeki Masuk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Duit Ada Lagi? Kalau Habis, Saya Tambah - Suami Jangan Kedekut, Kunci Rezeki Datang Melimpah
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham