Kopi Najis Gajah Paling Mahal Di Dunia

Share this article with other mums

Kenapa kopi najis gajah paling mahal di dunia? Kerana ia berharga $70 (RM310) untuk secawan.

Black Ivory kopi, yang dihasilkan di kawasan “Golden Triangle” Thailand, kawasan yang lebih dikenali dengan eksport candu, dibuat dengan gajah memakan biji kopi yang dicampurkan ke dalam makanan gajah seperti buah-buahan.

Sepanjang tiga hari, biji kopi akan melalui sistem penghadaman gajah dan dikumpul daripada tahi sebelum dicuci, dikering dan dipanggang.

Menurut pengasas Black Ivory Kopi; Blake Dinkin, seorang usahawan berusia 44 tahun yang berasal dari Kanada, 33lbs biji kopi hanya menghasilkan 1lbs kopi.

Gambar: DailyMail UK

Kopi najis gajah begitu istimewa kerana mereka makan rumput dan banyak hijauan, seperti daun dan buahan, diet mereka yang unik menghasilkan kopi beraroma lembut dan berbuah kata Encik Dinkin.

‘Gajah sejenis binatang herbivore, yang berupaya memproses, dan memecahkan selulosa. Penapaian besar diperlukan untuk menghasilkan wain, bir atau kopi, kerana ia membawa keluar gula dalam biji, dan ia membantu mengeluarkan buah dari pulpa kopi ke dalam biji kopi.

Gambar: DailyMail UK

Penapaian membantu menyingkirkan kepahitan kopi, menurut Encik Dinkin, yang menjelaskan bahawa gula tidak diperlukan untuk memaniskan minuman tersebut.

“Saya mahu orang rasa kopi dengan rasa kacang, bukan hanya biji kopi dipanggang,” katanya. “Aroma bunga dan coklat; seperti malt coklat dengan sedikit ceri; tidak ada kepahitan; dan ia sangat lembut, seperti teh. Minuman saya, sangat unik kerana ia adalah kacukan antara kopi dan teh.”

Gambar: DailyMail UK

Mr Dinkin mendapat sumber kacang Arabica dari suku bukit di utara Thailand berhampiran sempadan dengan Myanmar yang menambah kepada rasa pedas kopi ini.

Beliau telah meminta beberapa orang untuk rasa dan memberi pandangan mereka terhadap kopinya dan mereka suka rasa kopi tersebut.

‘Ia rasa seperti buah-buahan, ” kata seorang wanita. ‘Ia rasa seperti kismis kepada saya. Saya biasanya menggambarkan kopi seperti meminum air longkang. Tetapi kopi ini, sangat sedap dan saya sangat sukakannya.’

Seorang tetamu lelaki menyatakan ia mempunyai ‘rasa yang lembut. ‘Biasanya saya menambah gula dengan kopi. Tetapi … kopi ini, tidak perlu,” katanya.

Black Ivory kopi, juga mendermakan lapan peratus daripada jualannya ke arah penjagaan gajah, kopi tersebut hanya boleh didapati di hotel lima bintang dan resort di Asia dan Timur Tengah.

Kenapa kopi najis gajah paling mahal di dunia? Kerana ia berharga $70 (RM310) untuk secawan.

Rencana diterjemah daripada DailyMail UK. 

Gambar daripada DailyMail UK.

Gaya Hidup