Kebiasaannya, bulu badan berlebihan atau lebat pada tubuh wanita berpunca daripada genetik atau masalah hormon. Apakah penyelesaian segera untuk masalah ini? Semestinya krim buang bulu adalah penyelamat wanita untuk membuang bulu badan berlebihan dengan selamat dan cepat.
Isi Kandungan
Krim Buang Bulu: Sebab Ibu Mengalami Pertumbuhan Bulu Lebat Sewaktu Mengandung
Semasa mengandung, terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam diri seorang wanita. Emosi, fizikal, mental dan semestinya hormon juga sentiasa berubah.
Ada kalanya tenang dan bertenaga, ada kalanya kepala bercelaru dan lemah sepanjang hari. Selain itu, ada juga wanita mengandung yang dapat lihat perubahan yang ketara pada kulit badan mereka seperti bulu tumbuh lebih banyak daripada sebelum mengandung.
Jika ibu juga mengalami masalah bulu terlalu lebat, jangan terlalu bimbang kerana ianya hanyalah sementara. Teruskan baca untuk faham apa yang anda sedang lalui, okay?
Peningkatan hormon androgen dan estrogen semasa mengandung
Androgen adalah hormon yang lebih banyak ada pada kaum lelaki, sama seperti hormon testosteron. Namun, semasa mengandung, hormon sesetengah wanita menjadi tidak stabil, dan kandungan androgen dalam badan meningkat untuk tempoh itu. Selain itu, hormon estrogen wanita sendiri juga meningkat semasa mengandung.
Peningkatan kedua-dua jenis hormon inilah yang menyebabkan bulu dan rambut pada tubuh badan wanita mengandung tumbuh dengan lebih cepat, lebih banyak, di tempat berbeza dan tekstur yang kadangkala berbeza juga.
Menurut perkongsian oleh ramai wanita di media sosial, masalah bulu terlalu lebat atau bulu yang tumbuh di tempat baharu ini akan hilang selepas bersalin. Macam magik!
Jadi, sementara menunggu kelahiran cahaya mata kesayangan, tiada salahnya untuk ibu ambil inisiatif sendiri untuk tambah aktiviti buang bulu dalam rutin maintenance diri. Cara yang paling senang dan tidak sakit semestinya ialah dengan menggunakan hair removal cream.
6 Jenama Krim Buang bulu Terbaik Untuk Wanita Mengandung
Terima kasih kepada penemuan pelbagai formula baru, banyak krim buang bulu yang ada di pasaran kini selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung. Kami senaraikan 6 jenama hair removal cream terbaik untuk ibu cuba.
DETVFO Pregnant Woman Hair Removal Cream
Krim buang bulu khas untuk wanita mengandung
|
BELI DI SHOPEE |
Veet Hair Remover Cream Sensitive
Krim buang bulu untuk kulit sensitif
|
BELI DI WATSONS |
Palmer’s Cocoa Butter Facial Hair Remover
Krim buang bulu untuk muka
|
BELI DI LAZADA |
Nad's Hair Removal Cream
Krim buang bulu untuk kaki dan badan
|
BELI DI SHOPEE |
Nair Hair Removing Cream Sensitive Skin
Krim buang bulu dengan almond oil
|
BELI DI SHOPEE |
Qiansoto Hair Removal Cream
Krim buang bulu dan melambatkan bulu baru tumbuh
|
BELI DI SHOPEE |
DETVFO Pregnant Woman Hair Removal Cream
Krim Buang Bulu Terbaik Khas Untuk Wanita Mengandung
Krim jenama DETVFO menggunakan formulasi yang direka khas untuk wanita mengandung. Setiap botol mengandungi 500ml krim yang bersifat mild dan berkesan untuk membuang bulu dalam tempoh 5-10 minit selepas disapu.
Produk ini mempunyai shelf life selama 5 tahun. Antara bahan yang digunakan dalam dalam krim ini ialah calcium mercaptoacetate, squalane dan pati minyak kelapa. Kombinasi ini menjadikan kulit anda tidak mengalami sebarang kerengsaan selepas menggunakannya.
Apa yang kami suka:
- Datang dalam botol jenis picit yang mudah digunakan dan tidak mudah tumpah.
- Satu botol krim yang boleh digunakan pada seluruh anggota badan, termasuk alat kemaluan, kecuali muka.
- Tidak terasa pedih, sebaliknya rasa sejuk apabila krim disapu pada kulit.
Veet Hair Remover Cream Sensitive
Krim Buang Bulu Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Sebut saja jenama Veet, pasti ramai yang dah biasa dengan produk buang bulu keluarannya. Untuk kategori krim buang bulu sahaja Veet ada mengeluarkan tiga jenis produk dengan formula khas untuk jenis kulit berbeza – sensitif, kering dan normal.
Cara untuk menggunakan krim ini juga amat mudah. Ibu hanya perlu picit sedikit krim pada bahagian yang dikehendaki, dan sapu krim tadi dengan spatula khas yang disertakan sekali di dalam kotak. Biarkan untuk tempoh 5-10 minit dan guna spatula yang sama untuk buang krim dan bulu yang telah gugur.
Apa yang kami suka:
- Tarikh luput yang lama, jadi setiap pembelian botol besar krim boleh digunakan untuk beberapa bulan dengan selamat.
- Mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E yang baik untuk kulit sensitif wanita mengandung.
- Boleh menanggalkan bulu yang terlalu pendek dan kasar dengan efektif.
Palmer’s Cocoa Butter Facial Hair Remover
Krim Buang Bulu Terbaik Untuk Muka
Bagi wanita yang mengalami masalah bulu yang agak obvious pada bahagian muka, krim buang bulu yang diformulasikan khas untuk kulit muka ini adalah penyelesaian terbaik untuk anda. Produk keluaran Palmer’s ini sangat sesuai untuk kulit muka sensitif dan efektik untuk memcabut bulu pada pipi, atas bibir dan keseluruhan wajah.
Sama seperti produk keluaran Palmer’s yang lain, krim ini juga mengandungi Cocoa Butter dan Vitamin E yang baik untuk kulit. Selain itu, krim ini juga tidak mempunyai bau bahan kimia yang kuat, jadi hidung anda pun tidak sakit semasa menggunakan krim ini pada kulit muka.
Apa yang kami suka:
- Datang dalam tiub yang bersaiz kecil, mudah untuk disimpan dalam beg alat solek.
- Tempoh krim untuk menunjukkan kesan hanyalah selama 4 minit. Pantas kan?
- Paling berkesan untuk get rid bulu pada bahagian atas bibir (misai) wanita.
Nad’s Hair Removal Cream
Krim Buang Bulu Terbaik Untuk Kaki Dan Badan
Nad’s hair removal cream ini dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding jenama lain. Tetapi, harganya setara dengan kualiti produknya yang memang berkesan untuk membuang bulu pada kaki dan tangan wanita serta tidak merosakkan kulit yang sensitif.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu picit krim pada kulit dan sapu rata ke seluruh kawasan yang dikehendaki, dan bilas selepas 4 minit. Tetapi untuk bahagian badan yang bulunya lebih kasar dan tebal, anda boleh biarkan krim pada kulit sehingga 10 minit sebelum mencucinya.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi bahan natural seperti ekstrak Melon, Aloe Vera, minyak Avocado and madu yang membantu meredakan kerengsaan pada kulit sensitif.
- Krim yang agak pekat, tidak meleleh, dan sesuai digunakan sebelum mandi.
- Berkesan untuk buang bulu yang sangat pendek dan tebal pada bahagian ari-ari.
Nair Hair Removing Cream Sensitive Skin
Krim Buang Bulu Terbaik Dengan Almond Oil
Hair removal cream jenama Nair yang berasal dari Australia ini telah direka dengan formulasi yang selamat digunakan pada badan dan juga muka. Berbeza dengan jenama krim lain yang biasanya mengeluarkan krim khas untuk digunakan pada kulit muka sahaja.
Produk ini mengandungi sweet almond oil yang membantu untuk melembapkan kulit sensitif. Jadi, jika krim buang bulu yang lain sering membuat kulit anda pedih dan beruam, cuba beralih kepada produk Nair ini yang cukup mild untuk kulit sensitif, tetapi tetap efektif untuk memberikan anda hair-free skin.
Apa yang kami suka:
- Datang dengan spatula khas untuk menyapu krim pada anggota badan.
- Bulu baru yang tumbuh selepas menggunakan krim ini biasanya lebih halus dah lembut.
- Tidak mempunyai bau bahan kimia yang menyakitkan hidung, dapat bernafas dengan selesa semasa menggunakan krim pada bahagian muka.
Qiansoto Hair Removal Cream
Krim Buang Bulu Terbaik Melambatkan Pertumbuhan Bulu Baru
Krim jenama Qiansoto ini adalah hair removal cream yang paling murah dalam senarai cadangan ini. Namun, anda jangan pandang rendah dengan tahap keberkesanannya kerana produk ini tetap dapat membantu anda untuk membuang bulu dengan efektif.
Datang dalam botol kecil, krim ini boleh digunakan untuk mencabut bulu pada badan dan muka dengan selamat. Cara menggunakannya sama seperti produk yang lain di atas, iaitu anda hanya perlu sapu krim pada kawasan yang dikehendaki, biarkan untuk tempoh 5-10 minit, kemudian sapu dan bilas.
Apa yang kami suka:
- Juga selamat digunakan pada bahagian kemaluan dan celah kangkang, tetapi hanya perlu biarkan untuk 2-3 minit sahaja sudah memadai.
- Mengandungi ekstrak Aloe Vera yang bantu meredakan kerengsaan pada kulit.
- Harga yang berpatutan
Perbandingan Harga Krim Buang Bulu Terbaik
Jenama |
Harga (RM) |
DETVFO Pregnant Woman Hair Removal Cream |
RM34.50 |
Veet Hair Remover Cream Sensitive |
RM23.40 |
Palmer’s Cocoa Butter Facial Hair Remover |
RM22.61 |
Nad’s Hair Removal Cream |
RM82.00 |
Nair Hair Removing Cream Sensitive Skin |
RM27.30 |
Qiansoto Hair Removal Cream |
RM4.99 |
Perkara Penting Dalam Proses Membasmi Bulu Badan
Bulu berlebihan pada bahagian badan yang terdedah kadang kala boleh buat mana-mana wanita, mengandung atau tidak, terasa kurang yakin dengan penampilan diri. Terutama sekali apabila bulu yang tumbuh pada lengan dan kaki serta bahagian atas mulut terlalu tebal dan kasar.
Manakala bulu yang terlalu banyak seperti pada bahagian ketiak, ari-ari dan juga perut pula boleh menyebabkan badan terasa tidak selesa, beruam dan berbau ketika berpeluh. Ada juga wanita yang mengadu mereka terasa segan dengan bulu badan mereka yang sama banyak atau lebih banyak daripada suami.
Jadi, ambil tindakan segera dengan menjadikan proses buang bulu badan sebagai rutin kebersihan dan kembalikan keyakinan diri anda semasa di luar rumah dan di dalam bilik tidur. Tapi sebelum itu, baca dulu beberapa peringatan ini, ya!
1. Pilih cara buang bulu yang paling efektif dan sesuai dengan kulit anda
Selain menggunakan krim buang bulu, ada juga beberapa cara lain yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan kulit licin tanpa bulu seperti menggunakan wax, laser, pisau cukur, epilator dan teknik threading (benang).
Jika anda seorang yang adventurous, anda bolehlah cuba semua teknik ini dan pilih cara yang paling sesuai dengan kulit anda, paling mesra poket dan paling mudah untuk anda gunakan setiap minggu atau setiap bulan. Yang paling penting, pastikan cara yang anda pilih itu sesuai dengan status anda sebagai wanita mengandung.
2. Semak kandungan bahan dalam produk krim buang bulu
Jika anda pillih untuk menggunakan hair removal cream, pastikan anda semak bahan yang digunakan dalam krim tersebut. Pastikan produk yang anda pilih itu adalah yang paling sesuai dengan kulit anda – terutama sekali jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, kering atau berjerawat.
Selain itu, jika anda bercadang untuk menggunakan krim tersebut pada bahagian kulit yang lebih nipis seperti muka dan kemaluan, pastikan anda pilih produk yang direka khas untuk bahagian ini. Ini adalah kerana, chemical yang terlalu kuat boleh menyebabkan iritasi dan kulit terasa seakan terbakar.
3. Jangan sesekali kongsi peralatan buang bulu
Last but not least, pastikan anda tidak berkongsi peralatan yang digunakan untuk memcabut bulu badan dengan orang lain. Peralatan yang kami maksudkan adalah seperti pisau cukur, span untuk gosok krim buang bulu dan spatula kayu yang digunakan untuk sapu wax pada kulit.
Perkongsian peralatan seperti ini adalah semestinya tidak bersih dan boleh menyebabkan berlaku jangkitan kuman pada kulit serta pindahan penyakit berjangkit, terutama sekali apabila anda berkongsi pisau cukur.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: 5 Pencuci Muka Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil
Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya
Baca juga: Ada Masalah Jerawat Selepas Bersalin? Ini Punca & Cara Terbaik Untuk Kembalikan Seri Wajah