Kemalangan Boleh Jadi Bila-bila Masa, Ini 8 Jenama Krim Untuk Merawat Kulit Melecur Yang Berkesan!

Awas, kemalangan boleh terjadi tanpa sengaja. Ini adalah beberapa krim untuk kulit melecur farmasi boleh membantu anda merawatnya!

Apa nak buat bila kulit dah melecur? Pertama sekali, jangan panik kerana anda boleh sapukan krim untuk kulit melecur farmasi yang kami syorkan ini.

Jangan sesekali meletakkan mentega, ubat gigi, minyak gamat atau rempah ratus yang lain lagi pada luka.

Ini kerana dikhuatiri dapat menyebabkan risiko terkena jangkitan dan inflamasi menjadi lebih teruk. Namun begitu, ada sesetengah kulit yang melecur boleh dirawat di rumah tanpa bantuan rawatan doktor. Oleh itu, terdapat beberapa jenis krim untuk kulit melecur yang boleh anda cuba. Teruskan membaca!

Tips Memilih Krim Untuk Kulit Melecur Farmasi Terbaik

1. Mengandungi antibiotik

Antibiotik diperlukan supaya kawasan melecur tidak dijangkiti bakteria yang menyebabkan luka lambat untuk sembuh. Kandungan antibiotik dalam krim adalah seperti Silver Sulphadiazine, Gentamicin, Neomycin sulfate, Octenidine dan lain-lain.

2. Mengandungi bahan yang boleh meredakan keradangan dan boleh menyejukkan

Bahan-bahan seperti allantoin mempunyai fungsi anti-radang yang sangat baik untuk luka ringan. Bahan semulajadi seperti aloe vera juga boleh menenangkan dan melembapkan kulit.

3. Pilih krim mengikut tahap kelecuran

Kebakaran yang berlaku dan mengakibatkan kecederaan di rumah, biasanya berlaku pada tahap pertama dan kedua.

8 Jenama Krim Untuk Kulit Melecur Terbaik di Farmasi

Berikut adalah beberapa produk krim dari farmasi yang boleh membantu mengurangkan beban kesakitan dan melegakan kesan lecuran.

Jenama Krim Untuk Kulit Melecur Terbaik di Farmasi
Betadine Antiseptic Ointment
Terbaik untuk membunuh kuman
Beli di Shopee
Hansaplast Wound Healing Ointment
Terbaik untuk mengurangkan kesan parut melecur dan rosak
Beli di Shopee
Pure Paw Paw Ointment
Terbaik untuk menyembuhkan dan memperbaiki kulit
Beli di Shopee
Bioskin Gel
Terbaik untuk luka kulit paling dalam
Beli di Shopee
Dermatix Ultra Gel
Terbaik untuk mencerahkan, melembut dan memperbaiki parut
Beli di Shopee
Germacid Cream
Terbaik untuk merawat jangkitan kulit akibat melecur
Beli di Shopee
Neomycin Cream
Terbaik untuk merawat jangkitan kuman dan menghalang pembentukan kuman
Beli di Shopee
Vaseline Pure Repairing Jelly
Terbaik untuk melindungi dan melembapkan kawasan luka
Beli di Shopee

Betadine Antiseptic Ointment

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik untuk membunuh kuman

Betadine Antiseptic Ointment sesuai untuk merawat luka pada kulit kerana mengandungi 100% Povidone iodin. Povidone iodin adalah antiseptik yang berkesan untuk membasmi jangkitan bakteria dan mengeringkan luka dengan lebih cepat. Ia adalah krim yang berasaskan minyak. Oleh sebab itu, kesannya pada kulit lebih potent  dan lebih tahan lama.

Apa yang kami suka?

  • Berkesan membasmi jangkitan bakteria
  • Mengeringkan luka dengan serta merta
  • Sesuai untuk digunakan pada kulit melecur
  • Merawat luka ringan seperti berkhatan, calar dan kecederaan ringan yang lain.

Cara Penggunaan:

Bersihkan dan keringkan bahagian yang luka. Sapukan krim pada kawasan yang mengalami kecederaan dan balut dengan pembalut kain steril jika perlu. Betadine Antiseptic Ointment boleh diletakkan sekali atau dua kali sehari tetapi penggunaan berulang boleh dilakukan. Jauhi dari kanak-kanak.

Hansaplast Wound Healing Ointment

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik untuk mengurangkan kesan parut melecur dan kulit rosak

Hansaplast Wound Healing Ointment diformulasi khas adalah krim untuk kulit melecur farmasi terbaik. Ia dikhaskan untuk merawat luka kebakaran yang ringan dan mengurangkan risiko kesan parut melecur.

Apa yang kami suka?

Pure Paw Paw Ointment

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik untuk menyembuhkan dan memperbaiki kulit

Jenama yang tidak asing lagi, Pure Paw Paw Ointment sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak termasuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.

 Ia boleh digunakan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kulit yang kering dan melecur. Diperkaya dengan Antioksidan dan Amino, krim ini juga mengandungi nutrien Vitamin A, C dan E. Ia mempunyai sifat soothing dan anti-radang.

Apa yang kami suka?

  • Formula utama berasal dari buah betik yang ditapai yang dilarutkan dalam jeli petroleum dan lilin.
  • Diperbuat daripada Australian Carica Papaya yang kaya dengan khasiat untuk merawat pelbagai masalah kulit dan bibir.
  • Selamat dan lulus ujian makmal farmakologi. Tidak diuji pada haiwan
  • Boleh digunakan untuk kulit melecur, bibir kering, gatal-gatal dan gigitan nyamuk

Bioskin Gel

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik untuk luka kulit paling dalam

Satu lagi krim yang sesuai untuk anda penunggang motosikal, iaitu Bioskin Gel. Krim ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami tahap kelecuran yang paling dalam seperti terkena ekzos atau terkena percikan air panas.

Apa yang kami suka?

  • Teskturnya jenis gel jadi ia menyerap dengan cepat dan tidak meninggalkan kesan selepas menggunakannya pada kulit yang melecur.
  • Aloe Vera dan Tea Tree Oil membantu meredakan keradangan, melembapkan dan terasa sejuk apabila disapu di kawasan luka.
  • Kandungan seperti Centellae herba extract merangsang pembentukan kolagen dan sel kulit baru.

Dermatix Ultra Gel

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik untuk mencerahkan, melembut dan memperbaiki parut

Tidak dinafikan, kulit yang melepuh akibat kelecuran akan meninggalkan parut yang ketara. Namun, masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan krim Dermatix Ultra Gel.

Bukan hanya kesan luka, malah Dermatix membantu merawat keloid dan parut selepas pembedahan.

Apa yang kami suka?

  • Menyembuhkan, memperbaiki dan memudarkan bekas luka, termasuk bekas luka kulit yang melecur.
  • Teksturnya gel silicon dan mengandungi Ester-C Vitamin sebagai perlindungan dan mencerahkan kulit.

Cara Penggunaan:

Bersihkan dan keringkan bahagian yang luka. Sapukan krim sejumlah pea-size atau saiz kacang pada kawasan yang berparut. Biarkan kering selama 1 hingga 2 minit. Penggunaan yang terlalu banyak tidak meningkatkan keberkesanannya, jadi jangan gunakan secara berlebihan. Jauhkan dari kawasan mata.

Germacid Cream

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik untuk merawat jangkitan kulit akibat melecur

Germacid cream adalah pilihan krim untuk melecur farmasi terbaik kerana mengandungi antibiotik (fusidic acid/sodium fusidate. Antibiotik ini membantu untuk merawat jangkitan kulit akibat melecur seperti impetigo (jangkitan kulit berjangkit dengan lepuhan atau bintik merah), jangkitan pada luka, jangkitan disebabkan ekzema dan jangkitan akibat sentuhan kulit.

Sapukan pada kawasan yang melecur 2 hingga 3 kali sehari selama seminggu berturut-turut. Anda boleh menggunakan secara terus dengan jari atau menggunakan pelapis. 

Apa yang kami suka?

  • Merawat jangkitan kulit akibat melecur
  • Disyorkan oleh doktor
  • Kurang melekit dan tekstur yang ringan

Neomycin Cream

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik untuk merawat jangkitan kuman dan menghalang pembentukan kuman

Jika kulit menggelembung terkena minyak panas, anda boleh sapukan Neomycin Cream ini. Ia membantu untuk merawat jangkitan kuman pada kulit dan menghalang pembentukan kuman. Bagaimanapun, Neomycin Cream ini tidak berkesan terhadap bakteria jenis Pseudomonas. Sesuai untuk merawat bakteria seperti  staphylococci dan organisma yang sensitif kepada neomycin.

Penggunaan neomycin sulphate pada kulit dengan luka yang besar dan gegendang telinga rosak mungkin mengakibatkan kepekakan. Penggunaan jangka masa panjang perlu dielakkan kerana ia akan mengakibatkan kulit menjadi lebih sensitif. Sebelum menggunakan Neomycin Cream, maklumkan terlebih dahulu kepada doktor dan bergantung kepada keadaan kesihatan supaya tidak menjadi lebih teruk.

Apa yang kami suka?

  • Berkesan, boleh dilihat sejurus menyapunya
  • Teksturnya krim, jadi walaupun sedikit pekat tetapi cepat meresap

Vaseline Pure Repairing Jelly

Krim untuk kulit melecur farmasi terbaik melindungi dan melembapkan kawasan luka

Satu lagi jenama krim untuk kulit melecur farmasi yang disyorkan oleh pakar dermatologi adalah Vaseline Pure Repairing Jelly. Vaseline untuk melecur ini terbaik melindungi dan membantu melegakan kesakitan pada kulit akibat luka. Ia mengandungi 100% Petroleum putih dengan jaminan penapisan sebanyak 3x bagi memastikan kualiti dan keberkesanannya cepat dan berkesan.

Vaseline merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan pelbagai fungsi mengikut keperluan individu. Ia turut melembapkan dan melindungi kawasan luka supaya tidak merekah dan meninggalkan parut dalam. 

Apa yang kami suka?

  • Pelbagai fungsi, selamat digunakan pada kawasan badan dan muka
  • Jenama yang dipercayai ramai
  • Melindungi dan melembapkan kulit 
  • Membantu melegakan rasa sakit pada luka lecuran
  • Sesuai untuk semua lapisan umur

Perbandingan Harga Krim Untuk Melecur Farmasi

Jenama Harga (RM)
Betadine Antiseptic Ointment RM12.90
Hansaplast Wound Healing Ointment  RM17.10
Pure Paw Paw Ointment RM12.50
Bioskin Gel RM13.90
Dermatix Gel RM18.88
Germacid Cream RM25.00
Neomycin Cream RM8.80
Vaseline Pure Repairing Jelly RM8.20

Punca Melecur Boleh Terjadi Di Rumah

Insiden kulit melecur terjadi apabila kulit menggelembung terkena air panas. Situasi ini boleh terjadi jika terkena lepuhan akibat air panas, tersentuh objek panas seperti seterika atau terkena ekzos motosikal.

Kebiasaannya kecederaan  ini selalunya berlaku di rumah, terutamanya ketika membuat tugasan di dapur.

Kenali Tahap Melecur Pada Kulit Selepas Kecederaan Berlaku

Berikut adalah tahap luka kebakaran yang paling utama:

1. Tahap Pertama

Kulit jadi kemerahan dan berasa sakit dalam tempoh tertentu. Berlaku pada lapisan kulit luar atau epidermis.

2. Tahap Kedua

Kulit melecur akan jadi kemerahan dan menggelembung berisi cecair. Berlaku pada lapisan kulit kedua (dermis).

3. Tahap Ketiga

Kulit kelihatan putih tanpa rasa sakit kerana terdapat kerosakan pada deria saraf. Berlaku pada lapisan kulit paling dalam.

Jadi, jika kelecuran berlaku pada tahap pertama, ia boleh dirawat di rumah sahaja. Berikut adalah panduan memilih krim untuk kulit melecur farmasi yang betul!

Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur

Bila kulit sudah melecur akibat air panas atau minyak panas, pasti akan meninggalkan parut yang lama untuk hilang. Bagi mengelakkan terjadinya parut selepas kulit melecur, cara cepat untuk sembuhkan luka melecur adalah anda boleh lakukan beberapa perkara seperti berikut:

1. Rendam bahagian luka dalam bekas berisi air sejuk

Cuba siram atau rendam bahagian yang melecur ke dalam air sejuk selama 5 minit atau lebih supaya dapat meredakan keradangan dan kesakitan yang dialami. Tetapi ingat, jangan sekali-kali rendam luka dalam ais atau air yang berais kerana ia boleh menyebabkan luka tadi menjadi lebih teruk.

2. Tuam tuala basah pada kawasan yang terluka

Ambil tuala bersih dan basahkan. Perah sehingga lembap sebelum tuam secara lembut pada luka. Ulang dalam masa 15 minit sehingga hilang rasa sakit. 

3. Sapu antibiotik atau balut bahagian yang luka akibat lecur

Paling mudah, sapukan sahaja sapuan antibiotik dan balut dengan kain bersih supaya dapat menghentikan dan melindungi kawasan lecuran daripada terdedah dengan bakteria kuman yang boleh memburukkan lagi kecederaan.

4. Makan ubat paracetamol atau ibuprofen

Pengambilan ubat paracetamol atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan rasa sakit akibat luka terkena air panas atau luka terkena minyak panas. 

Cara Merawat Luka Melecur

Melecur pada tahap pertama dan tahap kedua masih boleh dirawat di rumah, tetapi tidak jika luka melecur dialami berada dalam tahap ketiga. Ini kerana, pada tahap tertinggi individu perlu mendapatkan rawatan doktor secepatnya bagi mengelakkan berlaku sebarang kelumpuhan atau urat saraf tidak lagi berfungsi. Anda boleh merawat gelembung melecur dengan mudah. Caranya ialah:

1. Jauhi diri atau mangsa dari sumber bahaya

Jika terjadi sebarang kecederaan disebabkan kelecuran, jauhkan diri dan anak-anak dari sumber cahaya seperti bahan api, pemanas, minyak panas, air panas, elektrik dan lain-lain. Pastikan anda kekal tenang dan tidak perlu panik.

2. Tanggalkan semua barang perhiasan

Tanggalkan barang kemas atau jam atau baju sekiranya terbakar kecuali pada bahagian yang terkena lecur jika melekat yang mana sehinggakan tidak boleh ditanggalkan serta-merta. 

3. Segera alirkan air pada suhu bilik

Jika terdapat gelembung berlaku, segera alirkan air bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk menghentikan lecuran dari bertambah teruk. Elak menggunakan sebarang ais atau air yang berais.

4. Tutup dengan kain bersih kawasan yang gelembung

Tidak perlu memecahkan gelembung tergesa-gesa, sebaliknya tutup sahaja kawasan gelembung dengan kain bersih untuk meredakan rasa sakit. Ini juga bagi mengelakkan lecuran bertambah teruk.

5. Berjumpa dengan doktor 

Tidak perlu berlengah lagi sekiranya lecuran lebih besar dari saiz tapak tangan atau melibatkan bahagian muka, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Tempoh Luka Melecur Sembuh

Kecuaian disebabkan kelecuran boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti tumpahan minyak panas, air mendidih melimpah termasuk terkena percikan cecair masakan. Oleh itu, setiap kesan lecuran mengambil tempoh yang berbeza-beza untuk sembuh.

Jika lecuran terjadi pada tahap pertama yang membabitkan hanya lapisan atas kulit iaitu epidermis, tempoh luka melecur sembuh mengambil masa singkat dalam seminggu tanpa meninggalkan sebarang kesan. 

Manakala, pada tahap kedua yang menyebabkan kawasan lecuran menjadi sakit dan membengkak pula mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 minggu. Jika tidak dirawat dengan betul, kesan lecuran ini boleh meninggalkan parut.

Jika lecuran sepenuhnya sehingga melumpuhkan semua lapisan kulit dan urat saraf, ia terpaksa mengambil tempoh yang agak lama untuk sembuh sepenuhnya.

Bagi mengurangkan risiko mendapat kecederaan melibatkan kelecuran di rumah, pastikan ibu bapa sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi ini kerana boleh melibatkan keselamatan anak kecil dan bayi.

Walaupun luka melecur ringan boleh dirawat di rumah, namun luka yang lebih teruk perlu dirawat dan dihantar ke hospital dengan segera.

Jadi, sebelum apa-apa terjadi, anda wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu krim untuk kulit melecur farmasi kerana kejadian ini boleh berlaku sekelip mata sahaja.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Terkena Air Panas, Seorang Bayi Perempuan Melecur Di Muka Dan Bahu

Baca juga:  Sapu Ubat Gigi Pada Tangan Melecur, Ini Akibat Yang Anda Dapat 

Baca juga:  Bayi Terbakar – Ibu ini tidak sengaja terletak bayinya di atas dapur panas

Penulis

Noorhidayah