X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ingatkan Dapur Tak Panas, Ibu Ini Tak Sengaja Letak Bayi Hingga Melecur Teruk!

20 Feb, 2018
Ingatkan Dapur Tak Panas, Ibu Ini Tak Sengaja Letak Bayi Hingga Melecur Teruk!

Seorang ibu telah mengakibatkan bayi terbakar dan melecur teruk apabila dengan tidak sengaja terletak bayinya itu di atas dapur panas. Ibu, hati-hati ya!

Bayi berusia 10 bulan cedera parah dan bayi terbakar selepas ibunya secara tidak sengaja terletak bayi itu di dapur panas.

Laporan mengatakan ibu itu cuba untuk melindungi bayinya dari anjing peliharaan mereka. Tanpa mengetahui dapur tersebut panas, dia meletakkan carseat bayinya di atas dapur itu.

Bayi terbakar – ibu tidak sengaja selepas tidak tahu dapur panas

“Bayi saya, tolong. Bayi berusia 10 bulan ini, dia terbakar teruk. Tolong cepat. Kulit mengelupas dan segala-galanya,”kata ibunya yang berusia 20 tahun kepada 911, seperti yang dilaporkan oleh berita tempatan Cincinnati.com. 

terbakar bayi, terbakar, bayi, ibu, ibu tidak sengapa, ibu terbakar bayi, carseat, dapur panas, keselamatan dapur, terbakar, kebakaran, bakar, tidak sengaja, kemalanagan kebakaran, kemalangan,

Contoh kesan terbakar tahap dua

Miami Herald melaporkan ibu tersebut sangat panik sehingga dia membawa bayi terbakar itu keluar untuk udara sejuk. Tapi operator 911 tidak menggalakkannya berbuat demikian!

Bayi itu diambil menggunakan helikopter ke Hospital Shriners for Children, Cincinnati. Dia mengalami luka terbakar tahap kedua dan ketiga di seluruh bahagian kiri tubuhnya. Menurut penyiasat, selimut bayi terbakar. Itu mungkin menyebabkan kesan melecur yang  lebih teruk.

Laporan mengatakan si kecil yang tidak bersalah itu kini berada dalam keadaan yang kritikal tetapi masih stabil.

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar bayi itu selamat. Amin.

Ibu tidak sengaja buat bayi terbakar: Petua keselamatan untuk mencegah kebakaran di rumah

Malangnya  kemalangan kebakaran boleh berlaku dalam sekejap mata dan dengan cara yang tidak kita jangkakan. Objek setiap hari yang berisiko menyebabkan terbakar juga sentiasa dekat dengan kita.  Hati-hati ketika mengendali seterika pelekap, elektrik, atau juga air mandian.

Oleh itu, sebaiknya kita harus mengambil langkah berjaga-jaga seawal mungkin.

terbakar bayi, terbakar, bayi, ibu, ibu tidak sengapa, ibu terbakar bayi, carseat, dapur panas, keselamatan dapur, terbakar, kebakaran, bakar, tidak sengaja, kemalanagan kebakaran, kemalangan,

Jenis kesan terbakar

Berikut adalah beberapa peringatan penting, ibu dan bapa:

1. Pilih fabrik yang kalis api

Lebih baik memilih selimut, baju tidur, tilam dan kain-kain rumah yang lain yang kalis api. Seperti yang ditunjukkan oleh insiden ini, selimut mudah menangkap api dan menyebabkan kecederaan serius.

2 Pastikan air mandian tidak terlalu panas

Uji pada siku atau lengan pertama. Tetapi perlu diingat bahawa kulit anak kecil anda lebih nipis daripada anda. Apa yang terasa suam kepada anda, mungkin sangat panas kepada mereka.

3. Uji suhu makanan, sangat perlu!

Ingat bahawa ketuhar gelombang mikro boleh memanaskan makanan dan cecair secara tidak sekata. JANGAN menggunakan microwave untuk memanaskan botol bayi.

4. Cegah tumpahan yang panas

Berhenti daripada membawa atau minum minuman panas ketika memegang anak. Jangan masak semasa mereka berada berhampiran dengan dapur. Simpan apa-apa yang panas dari pinggir meja dan countertop. Berhati-hati dengan alas meja yang mudah ditarik.

5. Jangan tinggalkan dapur panas tanpa pengawasan

Ingatkan Dapur Tak Panas, Ibu Ini Tak Sengaja Letak Bayi Hingga Melecur Teruk!

Apabila masak, terbalikkan atau halakan pemegang kuali ke arah belakang dapur.

6. Tandakan zon ‘larangan’

Menetapkan ‘zon larangan’ di rumah – ini bermakna dapur anda, termos panas, pembuat kopi, dan bahaya lain. Pastikan anda tidak meninggalkan kanak-kanak di dalam bilik semasa peralatan tersebut sedang digunakan.

7. Letakkan benda panas jauh daripada jangkauan

Seterika baju, walaupun dicabut masih boleh menyebabkan luka terbakar.

8. Tutup cawangan elektrik dan susun kabel elektrik dengan baik 

Pastikan cawangan elektrik selamat dari kanak-kanak. Bukan sahaja mereka berisiko untuk renjatan elektrik, mereka juga boleh menyebabkan luka terbakar berpunca daripaa elektrik. Simpan wayar elektrik jauh daripada jangkauan!

Jika mereka telah  rapuh atau rosak, gantikannya. Elakkan wayar electric bersepah di bawah permaidani.

Apakah petua keselamatan yang membakar yang anda gunakan di rumah, ibu dan bapa sekalian? Beri tahu kami dalam ruangan komen di bawah.

 

Stories Rakan Kongsi
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?

 

 

 

 

Sumber : theAsianparent Singapore, Miami Herald, NBC4i, Cincinnati.com, Mayo Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu beri amaran bahaya yang sering dibuat ibu bapa hingga car seat bayi ini terbakar!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ingatkan Dapur Tak Panas, Ibu Ini Tak Sengaja Letak Bayi Hingga Melecur Teruk!
Kongsikan:
  • Tragedi Kebakaran, Tolong Selamatkan Mereka! Ibu Sanggup LEMPAR Anak Dari Tingkat 5

    Tragedi Kebakaran, Tolong Selamatkan Mereka! Ibu Sanggup LEMPAR Anak Dari Tingkat 5

  • Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

    Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Tragedi Kebakaran, Tolong Selamatkan Mereka! Ibu Sanggup LEMPAR Anak Dari Tingkat 5

    Tragedi Kebakaran, Tolong Selamatkan Mereka! Ibu Sanggup LEMPAR Anak Dari Tingkat 5

  • Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

    Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.