Ayah Telah Meninggal & Ibu Masih Dirawat, Budak 12 Tahun Kuarantin Seorang Diri Di Rumah

Kuarantin kendiri diwajibkan kepada sesiapa memiliki kontak rapat dengan pesakit Covid-19. Budak 12 tahun ini tular apabila terpaksa kuarantin seorang diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjalani kehidupan norma baharu bukanlah semudah yang disangka. Tambahan pula dengan penularan varian baharu Covid-19, ia meragut nyawa tidak mengenal usia. Bagi mereka yang kontak rapat tanpa simptom yang serius, disarankan menjalani tempoh kuarantin di rumah bagi mencegah penularan kepada orang lain.

Catatan kes baharu dan angka kematian adalah tertinggi setiap hari. Golongan warga emas serta ibu mengandung berisiko tinggi sekiranya dijangkiti. Ada yang masih berjuang di ICU dan ada juga telah meninggalkan anak-anak masih kecil.

Kanak-kanak 12 tahun kuarantin sendiri di rumah

Meskipun ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan, namun inilah hakikat yang perlu kita terima. Seperti kisah tular kebelakangan ini, seorang kanak-kanak lelaki, Arshad, berusia 12 tahun menjalani kuarantin sendirian di rumah.

Difahamkan, dia adalah anak sulung daripada lima adik-beradik. Baru-baru ini ayahnya berusia 38 tahun telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19.

”Saya hanya mampu berdoa agar budak lelaki berusia 12 tahun ini kuat mentalnya untuk menjalani kuarantin sendirian di rumah dan akan pulih tidak lama lagi,” kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat (Petak) Kluang, Zalifah Ithnin.

Arshad menjalani kuarantin seorang diri di rumah, sementara tiga orang lagi adik-beradiknya tinggal di rumah ibu saudara di Johor Bahru setelah mereka keluar dari Hospital Permai, Tampoi.

Ibunya yang juga berusia 38 tahun bersama adiknya yang lain masih menerima rawatan di Hospital Permai kerana dijangkiti Covid-19.

Zalifah menjelaskan Arshad disahkan negatif setelah membuat pemeriksaan Covid-19 buat kali pertama. Kemudian dia diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Walau bagaimanapun, dia disahkan positif selepas kali kedua melakukan pemeriksaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saudara terdekat sentiasa mengambil berat dan mengawai Arshad. Mereka menyediakan makanan dan ubat-ubatan harian kepadanya. Zalifah mengatakan bahawa persatuannya ada memberikan sumbangan susu, roti dan biskut sebagai makanan ringan untuk kanak-kanak tersebut.

”Hati saya hancur sewaktu menanyakan Arshad adakah dia telah bercakap dengan ibunya kerana dia ada memberitahu bahawa telah berusaha menghubunginya sejak semalam, namun tidak berhasil.”

”Dia kelihatan cukup sedih apabila memberitahu ayahnya baru sahaja meninggal dunia. Saya berharap agar dia terus kuat.” katanya.

Tambah Zalifah lagi, dia dapat memahami penderitaan yang dialami oleh Arshad kerana kanak-kanak seusianya amat memerlukan perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zalifah menambah bahawa Petak telah menyediakan barang makanan penting dari Gerobok Rezeki Petak kepada mereka yang dijangkiti Covid-19 tanpa mengira bangsa.

Pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 boleh jalani kuarantin di rumah

foto: kosmo

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan Berita Harian, sejak 1 Januari lalu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan pesakit Covid-19 Tahap Satu dan Dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan.

Hal ini adalah untuk mengelakkan kesesakan sesuatu tempat seperti yang terjadi di CAC Malawati. Pesakit akan diberikan penilaian risiko terlebih dahulu untuk menentukan sama ada boleh di rawat di rumah, hospital atau PKRC.

Sekiranya perlu kuarantin di rumah, anda hendaklah menyediakan beberapa keperluan penting ini:

  • Alat termometer untuk memantau suhu badan 
  • Paracetamol seperti asetaminofen
  • Sarung tangan dan pelitup wajah
  • Sabun dan hand sanitizer
  • Tisu secukupnya bagi kegunaan ketika batuk atau bersih
  • Kelengkapan membersih yang lain seperti plastik sampah atau sarung tangan dapur
  • Penyembur cecair sanitasi atau nyahkuman
  • Tisu pembersih nyahkuman
  • Stok makanan dan minuman yang mencukupi

Cara-cara pemantauan kendiri di rumah

Ada beberapa panduan yang ketat perlu dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan proses isolasi benar-benar berkesan. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Pesakit:

  • Duduk bilik berasingan dengan orang lain. Sebaiknya ada bilik air
  • Pantau kesihatan diri setiap hari untuk sebarang gejala.
  • Pakai pelitup muka. Elakkan pelitup muka fabrik, jaga jarak 1 hingga 2 meter dengan ahli keluarga lain
  • Kerap cuci tangan menggunakan sabun

Penjaga:

  • Jangan berkongsi peralatan makanan, berkongsi bilik atau peralatan peribadi (telefon, tuala atau powerbank) dengan pesakit
  • Kekal di rumah selama 10 hari
  • Jika perlu bersemuka dengan pesakit, pastikan ia kurang 15 minit
  • Letak makanan dan minuman di luar bilik untuk diambil sendiri oleh pesakit
  • Pakai sarung tangan ketika mengendalikan perkakas yang diguna oleh pesakit
  • Kerap cuci tangan guna sabun dan MySejahtera

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selama Ini Tidak Pernah Berpisah, Ibu Sebak Anak 3 Tahun Naik Ambulans Ke Pusat Kuarantin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan