X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Teringin Kuey Teow Goreng Basah? Boleh Cuba Resepi Ini Di Rumah Untuk Hidangan Seisi Keluarga

3 min bacaan
Teringin Kuey Teow Goreng Basah? Boleh Cuba Resepi Ini Di Rumah Untuk Hidangan Seisi Keluarga

Sukakan kuey teow goreng basah? Senangnya resepinya. Ini cara-cara nak buat hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia ini.

Siapa yang tak suka hidangan kuey teow goreng basah bukan? Boleh kata majoriti masyarakat kita sukakan menu ini kerana ianya memang cukup simple dan sedap.

Kuey teow goreng basah adalah hidangan tradisional dari Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Hidangan ini dibuat dari mee kuey teow yang digoreng dengan bahan-bahan yang menjadikannya hidangan yang penuh cita rasa.

Kuey Teow Goreng basah biasanya dihidangkan dengan daging ayam atau udang, namun boleh juga diubah mengikut selera dan pilihan anda. Berikut ini adalah resepi mudah untuk memasak kuey teow goreng basah yang sedap di rumah.

Resepi Kuey Teow Goreng Basah

Bahan-bahan:

  • Kuey teow sebungkus
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 sudu makan cili kisar atau cili boh
  • Fishball
  • Fishcake
  • Udang atau isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2 cawan air
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 5 sudu makan sos cili
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan kicap
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Taugeh
  • Kucai

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau wangi. Bila sudah kekuningan, masukkan fishball dan fishcake yang telah dipotong nipis.
  2. Goreng seketika sehingga naik bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Dah masak cili, tukarkan pada api sederhana. Masukkan udang atau isi ayam, air, sos cili, sos tomato, sos tiram. Kacau sehingga sebati, agak menggelegak, masukkan secukup rasa, gula dan garam. Perasakan mengikut citarasa masing-masing.
  4. Kuah dah mendidih, masukkan telur yang telah dipecahkan. Biar seketika. Perlahankan api dan jangan kacau. Biar telur kuning itu masak. Dah agak masak telur dah boleh masukkan kuey teow yang telah dibasuh. Kacau mesra sikit-sikit sahaja.
  5. Dah mesra elok, tambahkan air sedikit. Kalau nak tekstur yang basah-basah barulah sedap. Tambah lagi sedikit kicap untuk berikan sedikit warna, barulah letakkan kucai dan taugeh.
  6. Api kekalkan perlahan, gaul mesra dan siap untuk dinikmati.

Ia sesuai untuk dihidangkan buat minum petang buat seisi keluarga. Anda boleh agak tahap kepedasannya mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

Facebook Fateema Azzahra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca lagi: 3 Variasi Resepi Mee Kari Terbaik! Boleh Jamu Keluarga Atau Tetamu Yang Hadir Ke Rumah, Tengok Je Pun Dah Terliur!

Baca lagi: Resepi Kuey Teow Goreng Chinese Style Yang Sedap, Ini Char Kuey Teow Sebenar Yang Boleh Anda Cuba!

Baca lagi: Ayam Goreng Lebih Enak Dengan Tiga Bahan Ini, Lebih Rangup Dan Harum!

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Teringin Kuey Teow Goreng Basah? Boleh Cuba Resepi Ini Di Rumah Untuk Hidangan Seisi Keluarga
Kongsikan:
  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham