Ibu Berdepan Kesukaran Mendapatkan Bahan-Bahan Kuih? Jom Semak Harga Murah Di Sini!

Dengan senarai bahan kering untuk membuat kuih dan biskut ini, para ibu tidak perlu runsing lagi nak cari di mana. Tinggal klik je!

Kuih moden, kuih fancy, kuih tradisional, tidak kira kuih jenis apa sekalipun, setiap jenis kuih sememangnya sedap, mempunyai kemanisan, keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Jika difikirkan yang mana pada masa kini, kita tidak dapat mengira berapa banyak jenis kuih yang ada di muka bumi ini. Tak dinafikan yang ada juga tidak pernah kita fikirkan kewujudannya.

Namun, jika kita lihat di negara kita Malaysia, kuih-muih merupakan satu juadah yang sebenarnya tidak perlu tunggu perayaan pun untuk dirasai, bila-bila masa sahaja anda boleh nikmati, biasanya pada waktu minum petang.

Sejak pandemik melanda, tidak dinafikan yang rata-rata di antara kita sudah mempunyai banyak skil masakan yang cukup hebat, malah ada juga yang berjaya mencipta resepi atau menu sendiri. Dalam penghasilan kuih-muih, sudah pastinya bahan-bahan yang diperlukan juga ada kala agak susah untuk dicari di pasaraya, apatah lagi jika memesan kepada suami untuk mencarinya, boleh jadi tepung gandum disangkakan sama dengan tepung beras.

Justeru, apa kata anda terus sahaja mendapatkan barangan untuk membuat kuih di sini. Bukan hanya memudahkan kerja anda, sekaligus menjimatkan masa anda untuk ke pasaraya semata-mata mencarinya. Lagi hampa jika ke pasaraya untuk membelinya, tetapi ia ketiadaan stok.

8 Bahan Penting Untuk Membuat Kuih Sedap

Jadi, kami senaraikan antara barangan asas dalam pembuatan kuih di bawah untuk menyenangkan kerja anda dalam merealisasikan pembuatan kuih kegemaran anda.

Bahan Penting Untuk Membuat Kuih Sedap
Tepung Gandum Cap Ros
Terbaik Guna Tepung Gandum
Beli di Shopee
Gula Melaka Comel Mama
Terbaik Guna Gula Melaka
Beli di Shopee
Tepung Jagung Cap Bintang
Terbaik Guna Tepung Jagung
Beli di Shopee
Tepung Kastard Cap Bird's
Terbaik Guna Tepung Kastard
Beli di Shopee
CSR Coarse Sugar
Terbaik Guna Gula Kasar
Beli di Shopee
Esen Vanila/Pandan Star Brand
Terbaik Guna Esen Vanilla Dan Esen Pandan
Beli di Shopee
Loyang Kuih 4 Segi Cap Buaya
Terbaik Guna Loyang
Beli di Shopee
Santan Kara
Terbaik Guna Santan Kotak
Beli di Shopee

Tepung Gandum Cap Ros

Kuih Sedap Terbaik Guna Tepung Gandum

Tepung gandum cap Ros merupakan tepung serbaguna, yang mana ia sudah dicampur bahan-bahan seperti serbuk penaik dan juga serbuk soda.

Tepung ini adalah tepung yang sememangnya dicipta khas untuk membuat resepi kuih-muih. Berbeza dengan tepung gandum Red Rose yang mana ia biasanya dijual di kedai barangan kek, yang mana ia khas untuk pembuatan biskut kerana ia akan membuatkan biskut lagi ringan dan rangup. Jadi jangan tersalah beli ya.

Apa yang kami suka:

  • Tepung serbaguna yang lengkap dengan serbuk penal dan serbuk soda
  • Dicipta khas untuk membuat resepi kuih-muih tradisional
  • Harga yang cukup murah
  • Pilihan ramai surirumah

Gula Melaka Comel Mama

Kuih Sedap Terbaik Guna Gula Melaka

Pantri dapur rumah tidak lengkap rasanya jika tanpa gula melaka. Boleh kata setiap rumah berkeluarga di negara kita mempunyai gula melaka.

Gula melaka merupakan gula semula jadi atau tidak ditapis yang diperbuat daripada nektar bunga pelbagai jenis pokok palma seperti Palmyra, kurma, nipa, gula dan kelapa. 

Kemanisannya yang tidak terlalu manis seperti gula menjadikan pilihan dalam banyak manisan kuih muih di Malaysia seperti sago, cendol, ais batu campur, kuih ondeh-ondeh, dan banyak lagi resepi kuih lain yang menggunakan gula ini.

Gula Melaka Comel Mama ini hadir dengan 9 ketul dalam satu paket. Bentuknya yang kecil memudahkan para ibu untuk menyukat masuk dalam masakan.

Apa yang kami suka:

  • Gula Melaka adalah antara gula pengganti yang baik kepada gula pasir
  • Gula semulajadi
  • Pelengkap dalam kuih-muih tradisional
  • 9 ketul mini dalam satu paket
  • Mudah digunakan dalam masakan dan pembuatan kuih kerana saiznya yang kecil dan mudah untuk disukat berbanding saiz besar

Tepung Jagung Cap Bintang

Kuih Sedap Terbaik Guna Tepung Jagung

Tepung jagung adalah sejenis tepung yang digiling dari biji jagung kering. Ia mengandungi sekam, kuman dan endosperma jagung serta dianggap sebagai tepung bijirin penuh.

Biasanya tepung jagung berwarna kuning, tetapi ada juga yang berwarna putih atau kebiruan, ia bergantung pada jenis jagung. Teksturnya halus sama seperti tepung gandum.

Ia bukan hanya bebas gluten yang dapat menjadi alternatif bagi tepung putih atau tepung gandum, tetapi ia juga digunakan untuk memekatkan kuah atau membuat tortilla serta makanan panggang lain tanpa menggunakan gluten.

Apa yang kami suka:

  • Bebas gluten
  • Alternatif terbaik kepada tepung putih atau tepung gandum
  • Mudah cerna dan baik untuk sistem pencernaan
  • Pilihan terbaik untuk masakan dan membuat kuih
  • Sesuai untuk memekatkan kuah, gorengan dan membuat kuih

Tepung Kastard Cap Bird’s

Kuih Sedap Terbaik Guna Tepung Kastard

Tepung kastard adalah serbuk kastard yang tidak kering. Ia sebenarnya serbuk campuran yang digunakan untuk membuat kastard, dan ia sangat lebih kurang sama dengan jenis campuran yang digunakan untuk membuat puding segera.

Malah ia juga mudah untuk digunakan dalam menghasilkan sejenis kuih atau manisan.

Hanya campurkan tepung kastard dengan susu, masak sehingga pekat dan anda sudah pun mendapat puding kastard. Mudah bukan?

Apa yang kami suka:

  • Pilihan ramai surirumah
  • Mudah digunakan untuk penyediaan kuih-muih

CSR Coarse Sugar

Kuih Sedap Terbaik Guna Gula Kasar

CSR atau Central Sugars Refinery sememangnya satu jenama gula yang cukup terkenal sepanjang separuh dari abad yang lalu dengan reputasi kualiti yang kuat dan kadar kebergantungan terhadapnya.

Malah ia selalu dilihat sebagai satu jenama lokal yang menjadi pilihan ramai.

Berwarna putih, Coarse Sugar adalah kristal putih yang sedikit besar digunakan dalam menambah kesedapan di dalam masakan, dekorasi makanan, apabila ditambah ke dalam minuman serta dalam pembuatan kuih sedap. Yang penting, ia mendapat pensijilan Halal oleh JAKIM.

Ia juga merupakan satu jenama yang mendapat anugerah Superbrand Malaysia’s Choice 2014.

Apa yang kami suka:

  • Jenama lokal yang cukup terkenal di Malaysia
  • Kristal putih yang sedikit besar digunakan dalam masakan, pembuatan kuih dan di dalam minuman
  • Mempunyai sijil halal oleh JAKIM
  • Mendapat anugerah Superbrand Malaysia’s Choice pada tahun 2014

Esen Vanila/Pandan Star Brand

Kuih Sedap Terbaik Guna Esen Vanilla Dan Esen Pandan

Esen vanila atau pandan adalah antara bahan pembuatan kuih yang boleh dikatakan cukup penting, jadi tidak hairanlah yang ia biasanya ada di setiap pantri rumah berkeluarga. Yang selalu menjadi pilihan ramai para ibu adalah esen vanila dan pandan dari Star Brand. 

Ia merupakan esen keluaran Malaysia, serta mempunyai sijil halal dari JAKIM. 

Apa yang kami suka:

  • Berbau harum dan menjadikan kuih muih lebih sedap dan enak
  • Jenama asli keluaran Malaysia
  • Mempunyai sijil halal dari JAKIM

Loyang Kuih 4 Segi Cap Buaya

Kuih Sedap Terbaik Guna Loyang

Dalam pembuatan kuih seperti kuih seri muka atau kuih talam, loyang kuih adalah item penting perlu ada di rumah. Loyang kuih 4 segi cap buaya merupakan pilihan ramai penggemar membuat kuih.

Ia kerana ia bermaterial aluminium yang mana tahan kemek serta tidak karat. Malah, harganya juga cukup murah dan berpatutan. Ia tersedia dalam saiz 10, 11, 12, dan 13 inci.

Apa yang kami suka:

  • Harga set yang cukup murah dan berpatutan
  • Datang dalam set bersaiz 10, 11, 12 dan 13 inci
  • Dihasilkan di Thailand
  • Material aluminium
  • Tahan karat dan tahan kemek

Santan Kara

Kuih Sedap Terbaik Guna Santan Kotak

Santan merupakan cecair yang terhasil dari parutan isi buah kelapa. Ia berbeza dari air kelapa. Rasa lemak dan warna santan datangnya dari kandungan minyaknya yang banyak.

Banyak kuih tradisional menggunakan santan seperti nyonya manis, tepung pelita, kuih cara manis, dan pelbagai lagi. 

Santan jenama Kara lebih pekat berbanding jenama lain. Sesuai untuk membuat kuih dan masakan berkuah kerana tekstur kental dan susah pecah minyak.

Lagipun, santan dalam kotak lebih mudah untuk didapati. Buka dan terus tuang. Siap!

Apa yang kami suka :

  • Jenama popular untuk santan kotak
  • Lebih pekat
  • Harga yang murah
  • Rasa tak jauh beza dengan santan segar

Perbandingan Harga Bahan Penting Untuk Membuat Kuih Sedap

Bahan Berat kandungan Harga (RM)

Tepung Gandum Cap Ros

850 gram 2.90

Gula Melaka Comel Mama

9 ketul 3.90 – 4.90

Tepung Jagung Cap Bintang

400 gram 1.95

Tepung Kastard Cap Bird’s

300 gram 4.70

CSR Coarse Sugar

1 kilogram 3.20

Esen Vanila/Pandan Star Brand

25 milimeter 5.90

Loyang Kuih 4 Segi Cap Buaya

4 unit 24.00 – 33.00

Santan Kara

1 unit 2.90

Kaedah Penyimpanan Barangan Asas Kering Untuk Membuat Kuih Sedap

Satu perkara penting dalam menjadikan proses membuat kuih sedap berjaya adalah menerusi cara penyimpanan bahan-bahan tersebut dengan betul. Perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah untuk siap sedia untuk membuat frosting buttercream untuk kek tiga lapis yang anda baru sahaja buat dan kemudian mendapati bahawa heavy cream yang anda beli sudah pun rosak.

Jadi, berikut adalah antara barangan kering asas dalam pembuatan kuih dan kek dengan cara penyimpanannya agar ia tidak mudah rosak sekaligus menjadikan kuih atau kek impian anda musnah.

Bahan Cara penyimpanan
Baking powder Dibungkus rapi di dalam pek asal dan disimpan di tempat yang dingin, gelap dan kering
Soda penaik Dibungkus rapi di dalam pek asal dan disimpan di tempat dingin, gelap, kering dan jauh daripada rempah ratus atau makanan lain dengan aroma yang kuat (kerana ia menyerap bau)
Bar coklat memasak Dibungkus dan diletakkan di tempat yang dingin, gelap dan kering
Cip coklat Dibungkus dan diletakkan di tempat yang dingin gelap dan kering
Serbuk koko Disimpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin, gelap dan kering
Tepung jagung Dibungkus di dalam pek asal dan disimpan di tempat yang dingin, gelap dan kering
Krim tartar Dibungkus di dalam pek asal dan disimpan di tempat yang dingin, gelap dan kering
Serbuk espresso Disimpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin, gelap dan kering
Tepung Disimpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin, gelap dan kering
Marshmallow Disimpan di dalam bekas dan di tempat yang dingin, gelap dan kering
Garam Bekas bertutup di tempat yang kering, tetapi elak guna bekas metal kerana garam akan melunturkan metal
Rempah ratus Bekas kedap udara di tempat yang gelap dan kering jauh daripada cahaya matahari atau lembap
Sprinkles Bekas bertutup di tempat kering
Gula melaka Disimpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin dan kering
Gula Disimpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin dan kering

Yis

Belum buka: Dibungkus dalam bekas dan diletakkan di tempat dingin, gelap dan kering

Sudah dibuka: Dibungkus di dalam bekas dan diletakkan di dalam peti sejuk

Semoga bermanfaat!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Guna 3 Bahan Sahaja, Penuh Rasa Berlemak & Manis

Baca juga: Tak Sempat Masak Makanan Bayi? Ini 13 Produk Organik & Mudah Sedia Khas Buat Si Manja!