Ada Kulapuk Hitam Pada Mainan Bayi, Perlukah Saya Bimbang?

Ada Kulapuk Hitam Pada Mainan Bayi, Perlukah Saya Bimbang?

Perasan tak teether dan mainan tab mandi si manja anda kadang-kadang tumbuh kulapuk hitam. Adakah ia membahayakan bayi anda?

Kulapuk hitam pada mainan bayi

Ibu bapa pernah tengok kulapuk hitam pada mainan anak?

Kadang-kadang ia kelihatan seperti bintik-bintik hitam pada permukaan mainan dan ada yang tumbuh dalam mainan mandi seperti itik kuning yang famous itu.

kulapuk hitam

Mainan tab mandi yang penuh dengan kulapuk hitam. Sumber: yummygreenmummy

Setiap ibu bapa pasti sudah tahu, mainan bayi selalunya dalam keadaan yang basah.

Ia mungkin disebabkan fasa bayi suka memasukkan benda ke dalam mulut mahupun mainan tab mandi yang selalu dalam keadaan lembap. 

Jadi, mainan ini cenderung untuk tumbuh kulapuk hitam.

Bintik-bintik hitam dan rupanya yang nampak kotor mungkin akan menakutkan ibu bapa, tapi adakah ia boleh menimbulkan bahaya kesihatan sebenar pada bayi dan kanak-kanak?

Walaupun teether dan mainan tab mandi boleh tumbuh kulapuk hitam, ia tidak membahayakan kerana jumlah yang tumbuh sedikit sahaja, kata ahli pediatrik Kimberly Giuliano, MD.

Secara am, kulapuk hitam jenis ini tidak akan mendatang kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sihat.

Sistem pertahanan badan yang normal mampu melawan sebarang penyakit yang disebabkannya. 

Lagipun kulapuk hitam wujud di persekitaran kita dan tidak hanya wujud pada mainan seperti ini. “

Bilakah kulapuk hitam membahayakan?

Ia hanya boleh memberi kesan kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan atau sistem pertahanan badan yang lemah .

Kanak-kanak dengan alahan boleh mengalami gejala seperti batuk-batuk atau mata yang gatal. 

Ibu bapa cuma perlu lebih berhati-hati jika mempunyai anak yang sedang menjalani rawatan chemo, memakan ubat-ubatan tertentu atau pernah menerima pemindahan organ kerana mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan.

Kulapuk hitam boleh tumbuh di mana sahaja adanya kelembapan dan kegelapan, jadi ibu bapa perlu pastikan teether atau mainan yang selalu dalam keadaan basah dikeringkan

Berita baiknya ialah kebanyakkan mainan-mainan ini senang dibersihkan

Cara yang paling baik untuk membersihkan mainan ini adalah mengelapkan dengan air suam yang dicampur dengan sedikit sabun ataupun sedikit larutan peluntur.

Elakkan kawasan-kawasan berlubang di mana kelembapan berpotensi untuk masuk.

Tetapi saya tidak suka menggunakan sabun dan peluntur pada mainan bayi kerana ia boleh meninggalkan bahan-bahan kimia

Untuk teether, anda boleh rendamkan dalam larutan air panas, masukkan sedikit cuka dan soda bikarbonat. Bilas dengan air, kemudian keringkan.

Teether dan mainan-mainan yang lama
kulapuk hitam

Teether yang selalu dalam keadaan basah lebih cenderung untuk tumbuh bintik-bintik hitam. Sumber gambar: Pinterest

Dr. Giuliano menyarankan ibu bapa untuk mengganti teether serta mainan lain jika ia sudah lama disimpan.

Jika mainan itu sudah mempunyai bau yang pelik, baik buang saja. 

Semak bungkusan mainan untuk langkah-langkah penjagaan sebelum membuangnya. Sekiranya bungkusan mainan itu telah dibuang, periksa laman web pengeluar.

Sumber: Cleveland Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Tip Untuk Mengemas Permainan Kepunyaan Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner