Apa Itu Kutil Kelamin Wanita? Ini Tanda, Punca & Cara Rawatan, Periksa Diri Anda Dan Pasangan!

Kutil kelamin wanita dan lelaki adalah jangkitan paling biasa bagi kelamin. Tetapi anda tidak boleh ambil remeh mengenai jangkitan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kutil kelamin wanita adalah jangkitan kelamin yang paling biasa. Kutil kelamin atau warts terjadi disebabkan oleh virus human papillomavirus (HPV). Adakah anda menyedari anda memiliki ketumbuhan kecil pada kemaluan anda? Menerusi artikel ini, kami akan berkongsi mengenai kutil kelamin wanita dan lelaki serta cara rawatannya.

Apa Itu Kutil Kelamin Wanita?

Kutil kelamin adalah sejenis jangkitan kelamin (STI) yang menyebabkan benjolan kecil atau pertumbuhan terbentuk di dalam dan sekitar kemaluan anda. Jangkitan ini disebabkan oleh HPV.

Walaupun tiada penawar untuk HPV itu sendiri, anda boleh menerima rawatan untuk kutil kemaluan. Tapi, anda boleh menjangkiti orang lain dengan kutil kemaluan melalui hubungan seks vaginal, anal, atau oral.

Di Mana Kutil Kelamin Boleh Jangkiti?

Kutil kelamin boleh menjangkiti beberapa bahagian di badan anda. Ini termasuklah:

  • Kawasan kelangkang
  • Dubur
  • Faraj (termasuk bahagian dalam faraj), vulva, bibir faraj (labia minora dan labia majora) dan serviks
  • Bibir, mulut, lidah atau tekak
  • Rektum
  • Zakar dan skrotum

Siapa Yang Boleh Dijangkiti Dengan Kutil Kelamin?

Kutil kelamin boleh menjangkiti perempuan dan lelaki. Ia biasanya ditemui dalam kalangan remaja dan belia. Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti kutil kelamin jika anda tidak menggunakan kondom atau pelindung mulut semasa melakukan hubungan seksual atau mempunyai banyak pasangan seksual.

Adakah Kutil Kelamin Sering Berlaku?

Dianggarkan 400,000 orang yang kebanyakannya berusia sekitar belasan tahun dan 20-an mendapat mendapat kutil kemaluan setiap tahun. Virus yang menyebabkan kutil ini, HPV, adalah jangkitan kelamin yang paling biasa.

Di Malaysia, amalan seks bebas menyumbang kepada 80% daripada kes keseluruhannya. Terdapat banyak jenis HPV yang berbeza dan tidak semua HPV menyebabkan kutil kemaluan. HPV 6 dan HPV 11 adalah dua jenis yang menyebabkan kutil kemaluan.

Punca Kutil Kelamin

Kutil kelamin merebak melalui sentuhan kulit ke kulit semasa hubungan seks. HPV yang berbeza menyebabkan jenis kutil yang terdapat pada bahagian tubuh lain. Anda tidak boleh mendapat kutil kelamin dengan menyentuh diri sendiri atau orang lain yang mempunyai kutil pada tangan atau kaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kutil kelamin juga boleh merebak melalui beberapa cara iaitu:

  • Hubungan seks, termasuk anal, vagina-zakar dan vagina-vagina.
  • Sentuhan kemaluan (sentuhan kulit ke kulit tanpa ejakulasi).
  • Melakukan seks oral kepada seseorang yang mempunyai HPV atau kutil kelamin.
  • Menerima seks oral daripada seseorang yang mempunyai HPV atau yang mempunyai kutil pada mulut, bibir atau lidah mereka.

Penting untuk anda ketahui, anda boleh mempunyai HPV yang menyebabkan kutil kelamin tetapi tidak mengalami kutil pada kemaluan anda. Ini bermakna, anda boleh menyebarkan HPV kepada pasangan anda yang kemudian mungkin akan mengalami kutil pada kemaluan mereka.

Inilah sebabnya mengapa ia boleh menjadi rumit untuk mengetahui pasangan mana yang memberikan anda kutil kelamin.

Simptom Kutil Kelamin

Kutil kelihatan seperti ketumbuhan yang mempunyai permukaan kasar, mempunyai warna kulit atau kelabu keputihan pada kulit anda. Kutil kemaluan selalunya berbentuk seperti bunga kubis yang berbonggol, tetapi ada juga yang rata.

Kutil kelamin biasanya tidak menyakitkan namun, adakalanya ia menyebabkan pendarahan ringan, rasa panas, ketidakselesaan dan gatal atau kerengsaan kemaluan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah kutil sangat kecil, namun, anda biasanya boleh merasakan atau melihatnya. Kadang-kadang kutil berkumpul dalam kumpulan atau menjadi sangat besar dan kelihatan seperti tangkai. Kebanyakan kutil bermula sebagai pertumbuhan kecil dan lembut serta mungkin tidak kelihatan.

Tempoh Kutil Muncul Selepas Jangkitan

Sesetengah orang mengalami kutil kemaluan dalam beberapa minggu selepas hubungan seksual dengan seseorang yang mempunyai HPV. Namun, selalunya, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk kutil muncul. Oleh sebab ini, sukar untuk menentukan bila anda mendapat kutil kemaluan.

Anda juga mungkin hanya dijangkiti virus HPV namun tiada kutil yang tumbuh pada kelamin anda. Anda mungkin tidak tahu jika anda mempunyai kutil di dalam anus atau di dalam vagina. Jika anda tidak mempunyai simptom, anda mungkin secara tidak sedar menjangkiti orang lain dengan virus tersebut.

Diagnosis Dan Ujian Kutil Kelamin

Doktor boleh mendiagnosis kutil kemaluan luaran dengan melihatnya dan mungkin meminta biopsi untuk pengesahan. Namun kutil dalaman lebih sukar untuk didiagnosis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor akan menggunakan beberapa ujian untuk mendiagnos kutil  kelamin yang ada di dalam. Antara ujian itu adalah:

  • Pemeriksaan pelvik: Anda mungkin menjalani ujian Pap sebagai sebahagian daripada pemeriksaan pelvik untuk memeriksa perubahan pada serviks yang disebabkan oleh kutil kelamin. Doktor juga mungkin melakukan kolposkopi untuk memeriksa dan melakukan biopsi pada vagina dan serviks anda.
  • Pemeriksaan anal: Doktor akan menggunakan alat yang dipanggil anoskop untuk melihat ke dalam anus anda bagi mengesan ketuat.

Jika anda fikir anda mempunyai kutil kelamin, segera berjumpa dengan doktor. Jangkitan kelamin lain (dan juga benda seperti tahi lalat atau tanda kulit) menyerupai kutil kemaluan. Diagnosis yang tepat adalah perlu supaya anda mendapat rawatan yang betul.

Cara Rawatan Kutil Kelamin

Kutil kelamin mungkin hilang dengan sendirinya kerana sistem imun anda boleh melawan jangkitan yang menyebabkan ketuat. Walaubagaimanapun, ia boleh menjadi lebih besar, berganda, atau membuatkan anda rasa semakin tidak selesa.

Membuang kutil kelamin juga akan mengurangkan risiko anda menyebarkan jangkitan kerana wabak aktif lebih mudah merebak. Ingat, rawatan untuk kutil kelamin bukanlah penawar.

Terdapat pelbagai cara untuk mengeluarkan kutil kelamin. Anda mungkin memerlukan beberapa rawatan untuk menghilangkannya. Semasa rawatan, anda perlu mengelakkan hubungan seksual.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor mungkin menggunakan salah satu kaedah berikut untuk merawat kutil kelamin:

  • Elektrokauteri: Arus elektrik membakar ketuat.
  • Pembekuan: Semasa krioterapi, doktor akan menggunakan cecair nitrogen untuk membekukan dan membuang ketuat.
  • Rawatan laser: Cahaya laser memusnahkan saluran darah kecil di dalam ketuat, memotong bekalan darah mereka.
  • Prosedur eksisi elektrosurgeri loop (LEEP): Dengan LEEP, doktor menggunakan gelung wayar bercas elektrik untuk mengeluarkan ketuat. Doktor mungkin menggunakan kaedah ini untuk mengeluarkan kutil pada serviks anda.
  • Ubat topikal (kulit): Doktor akan meminta anda untuk menyapu larutan kimia atau krim preskripsi pada kutil sekali dalam seminggu. Krim itu menyebabkan lepuh terbentuk di bawah kutil untuk menghentikan aliran darah. Dalam sesetengah kes, doktor juga akan menyapu krim itu ketika anda berjumpa dengan mereka. Ada juga krim yang diberikan doktor untuk digunakan di rumah. Proses ini mungkin akan mengambil masa selama beberapa minggu.
  • Pembedahan: Doktor mungkin memotong kutil yang besar atau tidak memberi tindak balas kepada rawatan lain secara pembedahan.

Rawatan untuk mengeluarkan kutil kemaluan tidak menyembuhkan anda daripada HPV. Walaupun anda tidak mempunyai wabak aktif dan kutil anda telah dikeluarkan, anda masih boleh menyebarkan HPV.

Berapa Lama Kutil Kelamin Akan Ada?

Kutil kelamin dan HPV adalah sepanjang hayat. Ini bermakna walaupun anda sudah membuangnya, kutil kelamin boleh menjangkiti anda lagi.

Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap rawatan untuk mengeluarkan ketuat. Jika anda mempunyai kutil kemaluan, berbincang dengan doktor tentang pilihan yang terbaik untuk anda.

Bagaimana Kutil Kelamin Mempengaruhi Kehamilan

Jika anda mengalami wabak aktif kutil kelamin semasa hamil, tahap hormon anda mungkin menyebabkan kutil berdarah, menjadi lebih besar, atau berkembang. Walaupun jarang, ini antara komplikasi yang mungkin anda akan alami:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Satu kutil besar atau gumpalan kutil menyumbat saluran kelahiran. Anda mungkin perlu melahirkan melalui pembedahan Caesarean.
  • HPV menjangkiti janin, menyebabkan kutil terbentuk di dalam salur udara janin. Keadaan ini, yang dipanggil papilomatosis respiratori berulang, sangat jarang berlaku.

Jika anda pernah mengalami kutil kelamin pada masa lalu dan tidak mengalami wabak aktif semasa hamil, anda sepatutnya tidak menghadapi sebarang masalah.

Vaksin Untuk Kutil Kelamin

Vaksin HPV boleh melindungi daripada beberapa jenih HPV, termasuklah HPV yang menyebabkan kutil kelamin dan kanser tertentu. Terdapat lebih daripada 100 jenis HPV yang berbeza.

Walaupun anda sudah mempunyai jenis HPV yang menyebabkan kutil kemaluan, vaksin masih boleh melindungi anda daripada strain yang lebih serius. Panduan terkini CDC dan FDA menyarankan agar individu sehingga usia 45 tahun menerima vaksinasi untuk melindungi daripada HPV.

HPV adalah jangkitan kelamin yang paling biasa dan boleh menyebabkan beberapa jenis kanser dan kutil kemaluan. Semak dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda layak untuk menerima vaksin HPV.

Cara Mencegah Kutil Kelamin

Jika anda aktif secara seksual, anda boleh mengambil langkah-langkah ini untuk melindungi diri daripada mendapat atau menyebarkan HPV, kutil kemaluan, dan jangkitan kelamin lain.

1. Gunakan kondom atau dental dam.

2. Dapatkan vaksin HPV.

3. Dapatkan ujian berkala dan rawatan yang diperlukan untuk jangkitan kelamin.

4. Beritahu rakan seks anda jika anda mempunyai HPV atau kutil kemaluan supaya mereka boleh menjalani ujian dan rawatan.

5. Menjadi monogami dengan satu rakan seks atau hadkan bilangan rakan seks anda.

Periksa diri anda dan pastikan pasangan seksual anda tidak mempunyai kutil kelamin. Elakkan daripada menjadi penyebar kepada kutil kelamin. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh Sakit Kepala Dibuatnya Bila Gusi Bengkak, Ini Petua Untuk Melegakannya Dengan Berkesan

Baca juga: Elak Berkongsi Barang Peribadi, Kudis Buta Atau Scabies Boleh Berjangkit!

Baca juga: Apa Itu Kencing Berbuih? Ia Boleh Jadi Tanda Awal Masalah Buah Pinggang! Awas, Ini Yang Patut Anda Lakukan

Penulis

Anis