Tahukah anda mengenai vaksin HPV?
Kanser serviks pastinya merupakan sesuatu yang digeruni oleh kaum wanita. Selebriti cantik dari Indonesia, Cinta Laura juga tidak terkecuali dan terus menjaga kesihatannya agar terhindar dari kanser serviks.
Vaksin HPV Bagi Mencegah Kanser Serviks
Walaupun menjadi tumpuan umum, Cinta Laura berpendapat kaum wanita perlu sedar dan berwaspada mengenai penyakit ini, dan perlu berani untuk melakukan vaksinasi bagi mencegah kanser serviks.
“Pada pendapat saya, perempuan berusia 19 tahun sepatutnya sudah tidak takut untuk mendapatkan suntikan vaksin HPV. I
ni merupakan investment untuk masa hadapan, kalau kita boleh mencegahnya kenapa tidak melakukannya?” ujar Cinta ketika ditemui di majlis ‘Perempuan Aktif dan Berdikari Tanpa Kanser Serviks”, pada 13 Mac 2019 lalu di Jakarta.
Berdasarkan data dari GLOBOCAN 2018, angka kematian akibat kanser serviks telah mencapai 18.279 setahun, ini bermaksud 50 wanita di Indonesia meninggal setiap hari akibat kanser serviks. Angka tersebut menunjukkan orang ramai masih kurang kesedaran untuk melakukan pencegahan sehingga ke hari ini!
Cinta Laura Melakukan Suntikan Vaksin HPV
Semasa majlis berlangsung, Cinta telah melakukan vaksin HPV bagi menggalakkan para wanita turut serta melakukan suntikan vaksin HPV.
“Saya sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan kerana kita pastinya mempunyai impian dan harapan yang ingin dikecapi.
Jadi bagi memastikan hal tersebut, kita tentu ingin melakukan yang terbaik untuk tetap sihat dan produktif. Inilah sebabnya saya berani untuk mengambil langkah ini,” kata Cinta.
Wanita yang dilahirkan pada 17 Ogos 1993 ini juga berpendapat,vaksin HPV merupakan cara paling terbaik bagi melindungi diri dari kanser serviks. Selain saranan melakukan suntikan vaksin HPV, dia juga menekannya keperluan menjalani kehidupan sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Mengamalkan Olahraga Bagi Mencegah Kanser
Seperti yang diketahui ramai, Cinta Laura sangat menjaga kesihatannya dengan mengamalkan pola hidup yang sihat agar terhindar dari pelbagai penyakit, termasuklah kanser. Malah dia mengamalkan gaya hidup yang sihat sejak kecil lagi.
“Saya seorang yang gemar berolahraga untuk kesihatan, selalunya 5-6 kali seminggu. Biasanya 3 hari berlatih dengan personal trainer, dan 3 hari seterusnya melakukan aktiviti bertinju atau muaythai.”
Soal pemakanan pula, Cinta amat menjaga pemakanannya dan ini boleh dilihat dari bentuk tubuhnya yang ideal.
“Waktu tidur saya harus 6-8 jam setiap malam. Isnin sehingga Jumaat saya hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan atau ayam. Pada hujung minggu barulah saya ada cheat day, di mana saya akan makan apa sahaja yang saya suka.”
Wah, ada di antara anda yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti Cinta?
Ujian Saringan Kanser Serviks di Malaysia
Bagaimana untuk mendapatkan vaksin HPV di Malaysia? Berikut merupakan info yang dikeluarkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bagi sesi 2019:
INFO PROGRAM RINTIS SARINGAN KANSER SERVIKS (UJIAN HPV DNA)
Pelaksanaan Program Rintis Saringan Kanser Serviks untuk tahun 2019 adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:
Kriteria wanita layak tahun 2019:
- Wanita Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
- Wanita berumur 25 hingga 65 tahun;
- Wanita dalam kumpulan B40 & M40
- Wanita berkahwin/pernah berkahwin
Seramai 14,000 wanita di seluruh Malaysia disasarkan sebagai penerima ujian saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan wanita yang berkahwin atau pernah berkahwin menjalani ujian HPV DNA serta meningkatkan tahap kesedaran tentang pencegahan kanser serviks.
Wanita daripada kumpulan berisiko yang belum berkahwin tetapi aktif melakukan hubungan seksual, WAJIB mengisi borang persetujuan klien yang belum berkahwin.
Sumber: LPPKN
Program ini adalah secara PERCUMA bermula Januari sehingga penghujung Disember 2019 dan dijalankan melalui 49 Klinik Nur Sejahtera (KNS) dan Klinik Subfertiliti LPPKN serta secara outreach di kawasan pedalaman. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, klien yang layak boleh berhubung terus dengan Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang berhampiran.
Semoga bermanfaat.
Sudahkah anda mendapatkan suntikan vaksin untuk cegah kanser serviks?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifahdan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!