Kutil Kelamin (Ketuat) : Ini Cara Ingin Bezakan Kutil Kelamin Ringan, Sederhana Atau Teruk!

lead image

Kutil kelamin boleh dicegah dengan amalkan seks selamat, elak bertukar pasangan, dapatkan suntikan HPV dan saringan kanser serviks.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kutil kelamin, ketuat atau genital warts adalah ketumbuhan kecil yang muncul pada kawasan alat sulit, sama ada di sekitar vagina, zakar, atau dubur.

Apa Itu Ketuat@Kutil Kelamin?

Kutil kelamin adalah ketumbuhan kecil yang muncul pada kawasan alat sulit, sama ada di sekitar vagina, zakar, atau dubur.

Ia disebabkan oleh jangkitan virus Human Papillomavirus (HPV), yang mudah berjangkit melalui hubungan seksual.

Walaupun ia biasanya tidak berbahaya dan sering kali tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh mengganggu dan mempengaruhi keyakinan diri.

Ada beberapa jenis HPV, dan ada yang boleh menyebabkan masalah lebih serius, seperti kanser serviks pada wanita.

Jadi, kalau ada kutil kelamin, penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan dan langkah pencegahan yang betul.

Lama-kelamaan, kutil ini boleh menyebabkan rasa gatal, sakit, dan ketidakselesaan pada kawasan di mana ia tumbuh.

Jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa masalah lebih serius, jadi penting untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kutil Kelamin Ringan, Sederhana Dan Teruk!

Ada beberapa peringkat ketumbuhan ini yang anda perlu tahu. Ia boleh jadi peringkat ringan, sederhana atau teruk. 

Kutil Kelamin Ringan

Kadang-kadang, HPV boleh menjangkiti tubuh tanpa kita sedari. Pada tahap ringan, kutil kelamin mungkin terlalu kecil sehingga anda tak dapat nampak dengan mata kasar, kecuali guna alat pembesar.

Paling penting, ia tak menyebabkan gatal, sakit, atau rasa tak selesa. Biasanya, gejala akan muncul apabila keadaan bertambah serius.

Kutil Kelamin Sederhana

Bila dah masuk tahap sederhana, kutil kelamin jadi lebih besar, kira-kira sebesar jerawat di wajah.

Pada waktu ni, anda mungkin akan rasa gatal atau tak selesa di kawasan alat sulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dibiarkan, gejala ni boleh merebak, dan lebih baik kalau dapat rawatan segera untuk elak ia jadi lebih teruk.

Kutil Kelamin Teruk

Tahap teruk ni memang dah serius! Kutil boleh jadi besar, kasar, dan keras, malah ada yang muncul dalam jumlah banyak sampai macam buah kismis!

Gejala pun makin teruk seperti gatal, sakit, dan rasa tak selesa. Kalau ubat biasa tak berkesan, pembedahan kecil mungkin diperlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Masalah Ini Perlu Ditangani?

Walaupun dalam kebanyakan kes, kutil kelamin tidak mendatangkan masalah serius kepada kesihatan, jangan tunggu sampai ia jadi teruk baru nak rawat.

Yang paling penting, cegah atau rawat dari awal supaya ia tak merebak atau menjadi lebih buruk!

Cara Untuk Mencegahnya

Seperti yang kita semua tahu, HPV boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit, terutamanya semasa hubungan seksual yang berisiko.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Amalkan Seks Selamat

Jadi, amalkan seks selamat dengan pakai kondom dan elakkan bertukar pasangan. Ini adalah langkah pencegahan yang sangat disarankan!

2.Elak Bertukar Pasangan

Elakkan bertukar pasangan. Ini adalah langkah pencegahan yang sangat disarankan!

3.Dapatkan Suntikan HPV

Wanita sangat digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin HPV untuk melindungi diri daripada jangkitan yang boleh menyebabkan kanser serviks.

4.Saringan Kanser Serviks

Jangan lupa juga, pemeriksaan berkala sangat penting! Dapatkan ujian saringan untuk kesan awal jangkitan HPV atau kanser serviks. Ingat, pencegahan lebih baik daripada rawatan! 

Cara Untuk Merawatnya

Tak perlu risau, tak kira sama ada kutil kelamin anda dalam tahap ringan, sederhana, atau teruk, semuanya masih boleh dirawat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan klinikal seperti Imiquimod, Podophyllin, Podofilox, Sinecatechin, Bichloroacetic acid, dan Trichloroacetic acid boleh digunakan untuk merawat kutil kelamin ini.

Selain itu, untuk membuangnya dari kulit, ada beberapa prosedur yang boleh dilakukan, seperti laser, elektrokauter, krioterapi, atau pembedahan minor.

Yang penting, jangan tunggu lama. Segera berbincang dan berkonsultasi dengan doktor untuk pilih rawatan terbaik yang sesuai dengan keadaan anda! 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penyakit Kelamin Wanita: Jenis-Jenis, Punca & Cara Merawati

Baca juga: Wanita Terselamat Dari Kanser Serviks Ini Beri Amaran Simptom Yang Tak Patut Diabaikan

Baca juga: Suami Suka Isteri Yang Mulakan Seks, Rangsang Titik Sensitif Ini Untuk Lebih Ghairah!

Penulis

Lala Annuar