X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Doktor Selamatkan Bayi Meloncat Keluar Dari Rahim, Sikit Lagi Boleh Jatuh Ke Lantai!

4 min bacaan
Doktor Selamatkan Bayi Meloncat Keluar Dari Rahim, Sikit Lagi Boleh Jatuh Ke Lantai!

Doktor segera menyelamatkan seorang bayi yang melompat keluar dari rahim ibunya telah dirakam oleh video tertutup dalam sebuah hospital

Teringat semasa nak bersalin dahulu, seorang ibu memberitahu doktor yang dia terasa nak meneran bayinya keluar sedangkan bukaan baru mencecah 5 sentimeter dan kemudian doktor memintanya bertenang dan baring di katil yang disediakan.

Mungkin kejadian ini yang terjadi di sebuah hospital California apabila seorang ibu lahirkan bayi secara mengejut hingga doktor datang menyelamatkan bayinya yang melompat keluar dari rahim.

Dalam video yang dikongsikan pihak hospital, kelihatan seorang doktor lelaki menyelamatkan bayi yang meloncat keluar dari rahim ibunya dalam wad hospital.

Peristiwa yang berlaku ini dirakam kamera tertutup dan ditayangkan pada salah satu episod berjudul Untold Stories of ER.

Lahirkan bayi dengan melompat keluar dari rahim

lahirkan bayi

Dalam laporan di laman sesawang Opposingviews.com, kejadian lahirkan bayi ini berlaku di Hospital San Pedro California di mana Dr Mauricio Heilbron mengatakan semasa kejadian, dirinya sedang merawat seorang pesakit yang luka terkena tembakan dan seorang lagi pesakit lain yang mengalami usus kecil terkeluar dari tubuh.

Dalam masa yang sama, dia terdengar jeritan seorang perempuan dan melihat ada lelaki yang berlari kencang melewati koridor dalam hospital berkenaan.

Malah orang berlari tersebut adalah seorang doktor yang tidak diketahui namanya dan berhasil sampai di hadapan perempuan hamil itu pada masa yang sangat tepat.

Semasa wanita itu lahirkan bayi, bayinya itu meloncat keluar dari rahim dan langsung doktor tersebut melompat ke atas katil bersalin lalu menangkap bayi tersebut sebelum jatuh ke atas lantai hospital.

Fuh, memang cukup mendebarkan kejadian yang berlaku ini!

Semua staf hospital dan jururawat terpegun dengan aksi spontan doktor tersebut kerana berjaya menyelamatkan bayi yang telah melompat keluar dari rahim ibunya. Itulah tanggungjawab seorang doktor dengan bertindak cepat bagi menyelamatkan nyawa bayi yang baru dilahirkan.

Tak peduli baju kotor dengan darah

melahirkan bayi

Bahkan, doktor tersebut tidak kisah dengan pakaiannya yang kotor dan dipenuhi darah serta cairan ketuban demi menyelamatkan bayi tersebut.

Berkat kecekapannya mengendalikan situasi yang berlaku, beliau dapat selamatkan bayi yang baru dilahirkan itu. Kalau tidak, tak tahu apa yang bakal terjadi pada si kecil itu kan?

Semoga ramai lagi doktor dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh berdedikasi. 

Meneran ketika bersalin

bersalinkan bayi

Untuk ibu yang pertama kali bersalin secara normal, mungkin mengalami sedikit kesukaran terutama selepas bergelut dengan kontraksi yang sangat lama.

Jadi mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari doktor atau perawat kesihatan untuk membantu

Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimbau berkata cara meneran bersalin yang betul adalah sama seperti membuang air besar.

Beliau turut menambah cara meneran yang salah boleh menyebabkan ibu berasa penat terutama mereka yang pertama kali bersalin secara normal.

Berikut adalah cara meneran yang betul:

1. Mengangkat kepala sehingga dagu mencecah dada
2. Mata perlulah sentiasa memandang ke arah perut
3. Tangan pegang pergelangan kaki
4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran dan simpan tenaga
5. Jangan sesekali mengangkat punggung supaya luka tidak sampai ke bahagian dubur.
6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti membuang air besar
7. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat
8. Teran sekuatnya selama yang boleh sekurang-kurangnya 10 saat jika boleh
9. Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Paling tidak basahkan bibir dengan air
10. Mencuri nafas dan teruskan meneran setiap kali kontraksi
11. Dengar arahan jururawat atau doktor untuk membantu
12. Elakkan menjerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.

Postur badan juga harus di sesuaikan supaya memudahkan ibu meneran caranya seperti ini

– Berbaring dengan keadaan kedua-dua belah kaki terbuka luas
– Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang
– Bahagian belakang akan ditinggikan sedikit
– Anda perlu cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan

Risiko meneran terlalu awal

Selain itu, ibu juga harus mengelakkan diri dari meneran dengan terlalu awal sebelum bukaan serviks mencapai 10 sentimeter kerana boleh membuatkan bayi stres dan ibu juga cepat penat. Malah meneran terlalu awal boleh mengakibatkan serviks terkoyak dengan lebih banyak.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Doktor Selamatkan Bayi Meloncat Keluar Dari Rahim, Sikit Lagi Boleh Jatuh Ke Lantai!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: theAsianparent Indonesia, Columbia Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commelahirkan-anak-cepat-rahsia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Doktor Selamatkan Bayi Meloncat Keluar Dari Rahim, Sikit Lagi Boleh Jatuh Ke Lantai!
Kongsikan:
  • Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat!

    Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat!

  • Keliru Dengan Sakit Bersalin, Bila Sepatutnya Anda Perlu Meneran Bayi Keluar?

    Keliru Dengan Sakit Bersalin, Bila Sepatutnya Anda Perlu Meneran Bayi Keluar?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat!

    Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat!

  • Keliru Dengan Sakit Bersalin, Bila Sepatutnya Anda Perlu Meneran Bayi Keluar?

    Keliru Dengan Sakit Bersalin, Bila Sepatutnya Anda Perlu Meneran Bayi Keluar?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.