Latih Fokus Anak Speech Delay Dengan 3 Cara Ini, Ada Ibu Yang Dah Buat & Ia Berkesan!

Selama ini kita mungkin terlepas pandang. Masalah fokus membuatkan anak jadi speech delay. Ini yang anda boleh buat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap hari ajar anak bercakap, namun seperti tiada perubahan. Bila ajar anak membaca pulak susah betul nak ikut. Ini mungkin antara keluhan ibu ayah yang ada anak speech delay. Kami kongsikan kali ini cara anda latih fokus anak alami speech delay dari seorang ibu. 

Menurut Ezzaty Suffian, beliau yang mempunyai anak speech delay sudah mempraktikkan cara yang dikongsikan ini dan ia berkesan terhadap anaknya. 

Latih fokus anak alami speech delay dengan cara ini

Aduan lain lagi termasuklah bila ibu bapa nak tolong anak siapkan kerja sekolah, dia pula banyak main. Sikit pun tak mahu serius. Tak mustahil lama-lama ibu ayah boleh jadi sakit hati bila anak terlalu susah nak beri kerjasama.

Tapi katanya, sebelum rasa nak marah atau naik angin pada anak, perlu disemak satu benda yang sangat penting iaitu fokus!

Sejauh mana tahap fokus anak?

Berapa lama dia boleh duduk dengan kita buat aktiviti sama-sama? 5 minit? 10 minit? Atau sebenarnya setakat 60 saat je tu?

Mostly anak kita bukan tak pandai, bukan lambat pick up, bukan lemah dalam perkembangan. Tapi sebenarnya mungkin dia ada masalah susah nak fokus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Budak kalau susah fokus, otak dia ada macam-macam agenda, perhatian dia mudah distract. Ini yang jadi punca kenapa anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.

3 cara kesan anak ada masalah susah fokus atau tidak

#1. Sitting attention

Berapa lama anak boleh duduk dan bagi tumpuan pada apa yang kita ajar atau buat aktiviti bersama dengan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau perasan, anak yang duduk depan tv atau gadget boleh duduk diam lama sangat kan. Itu pun namanya sitting attention juga.

Tapi tak boleh dikira sebagai attention yang kita nak. Sebabnya attention jenis ini adalah yang tak berkualiti dan tak bermanfaat untuk anak kerana tiada komunikasi 2 hala.

Sitting attention yang kita nak ialah bila anak boleh duduk lama bersama dengan kita dan wujud interaksi antara kita dengan dia. Dia boleh fokus apa yang kita cakap, apa yang kita ajar, bermain bersama dengan kita dan boleh siapkan tugas yang kita bagi sepanjang waktu yang dah tetapkan.

Setiap umur anak ada tempoh sitting attention dia sendiri. Cara pengiraannya:

Umur anak x 3 minit hingga 5 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

umur 3 tahun × 3 minit = 9 minit (minimum)

Hingga

Umur 3 tahun x 5 minit = 15 minit (maksimum)

Untuk permulaan kita nak terap fokus anak, kita kena cuba buatkan anak fokus dengan kita sekurang-kurangnya selama 9 minit tu. Kena ada latihan setiap hari yang akan bantu anak untuk fokus secara perlahan-lahan. Pada permulaan mungkin 1 minit sahaja. Lama-lama akan dapat 9 minit itu. Dengan syarat, latihan dan aktiviti yang perlukan fokus anak perlu dibuat setiap hari.

#2. Join attention

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Join attention maknanya boleh tak anak-anak kongsi tumpuan yang sama dengan kita.

Contoh :

  1. bila kita jalan kat luar dengan anak. Kita tunjuk ayam pada dia. Adakah dia boleh toleh dan tengok pada apa yang kita tunjuk tu.
  2. bila baca buku bersama anak dan kita tunjuk gambar dalam buku tu. Adakah dia pun akan tengok sama pada apa yang kita tunjukkan?

Penting join attention ni pada anak sebab bila kita nak ajar something, kita perlukan perhatian dia untuk tengok apa yang kita tunjuk atau arahkan.

No point kita berpeluh-peluh ajar itu ini pada dia, tapi ke lain mata dia tengok. So info yang kita bagi tu tak boleh sampai ke otak dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Channel attention

Yang ni pula adalah satu skill yang buatkan anak dapat tangkap atau respons pada sesuatu rangsangan lain walaupun mata dia tak pandang pun pada rangsangan tersebut.

Contoh :

  1. Anak tengah main lego dan kita panggil nama dia. So, dia boleh bagi respons dengan menyahut panggilan kita walau mata tu tak tengok pada kita.
  2. Anak tengah tengok buku lepastu kita minta dia ambilkan tuala. Tanpa melihat kita, dia boleh bangun dan ambilkan tuala tu bagi pada kita.

Join attention ni penting untuk anak sedar dan aware tentang keadaan atau rangsangan di sekeliling dia, apa yang berlaku di sekeliling dia.

Jadinya bila anak sibuk mewarna contohnya. Dan kita nak ajar tentang perkataan baru pada dia waktu yang sama tu juga, dia boleh ikut sekali atau fokus dengan rangsangan yang kita bagi.

Walau tangan sibuk mewarna, mulut pun boleh ikut sebut dan faham pada apa yang kita ajar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay

Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

Baca juga: Anak Ada Masalah Speech Delay? Ini Cara Pilih Speech Therapy & 10 Tempat Di KL, Selangor

Penulis

Lala Annuar