Leher Bayi Akan Mula Kuat Pada Usia Berapa Bulan? Ini Perkara Ibu Ayah Perlu Tahu

Lahir bayi anda akan dikawal sendiri oleh mereka pada usia tiga bulan manakala pada usia enam bulan pula tulang leher mereka akan mulai kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Leher bayi mula kuat berapa bulan?" Berikut merupakan antara persoalan yang sering diutarakan oleh segelintir ibu ayah, terutamanya buat yang pertama kali bergelar orang tua.

Untuk pengetahuan anda, banyak perkara akan berlaku semasa proses tumbesaran bayi, termasuk keupayaan untuk mengangkat kepala.

Kepala bayi memerlukan banyak bantuan untuk kekal tegak dalam beberapa bulan pertama sehingga otot leher bayi kuat. Mendapat kekuatan untuk mengangkat kepalanya adalah titik permulaan untuk pergerakan bayi anda kerana ini akan membantunya untuk berguling, duduk, merangkak dan berjalan.

Pendek kata, 'slowly but surely'.

Leher bayi kuat pada usia berapa bulan?

Menjelang usia enam bulan, bayi anda akan mula membentuk otot leher yang cukup kuat untuk mengangkat kepalanya dan melihat dari sisi ke sisi. Pada usia ini juga leher bayi sudah kuat dan dia boleh mengangkat kepalanya perlahan-lahan.

Ini kerana, otot leher bayi agak lemah selepas dilahirkan1. Jadi, untuk beberapa bulan yang pertama, dia memerlukan tangan anda untuk menyokong kepala dan lehernya apabila anda memegangnya.

Ini juga merupakan satu cara untuk para ibu dan bayi lebih berinteraksi bersama-sama. Sambil ibu memegang bayi di dalam pelukan, silalah mengambil peluang ini untuk memandang terus ke dalam matanya. Kerana ia akan membantu anda lebih rapat dan akan membuatkan bayi berasa disayangi. Ingat ya, pandangan mata itu sangat penting supaya bayi anda mengenali anda.

Menjelang akhir bulan pertama kehidupan bayi, dia mungkin boleh mengangkat sedikit kepalanya apabila sedang baring. Pada kira-kira enam minggu hingga lapan minggu, dia juga akan boleh mengangkat kepalanya apabila dia berbaring di belakangnya.

Jadi, supaya ibu-ibu lebih faham bila leher bayi kuat dan bayi boleh mengangkat kepalanya dengan betul, pertimbangkan langkah-langkah berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Mengangkat kepala bayi ketika sedang meniarap

Pada hari-hari awal kehidupan bayi, mereka tidak akan boleh mengangkat kepala sama sekali. Tetapi, segelintir bayi mampu untuk melakukan sesuatu yang baharu walaupun baru berusia 1 bulan. Ketegangan kepala dan leher bayi paling ketara apabila si kecil anda berbaring di atas perutnya. Sebagai contoh, anda mungkin perasan apabila bayi anda berbaring di dada atau bahu anda semasa sendawa.

Ketika 'tummy time' pula, anda juga mungkin melihat bayi anda cuba mengangkat kepalanya cukup untuk memusingkannya dari sisi ke sisi.

Senaman ini penting untuk kawalan kepala bayi pada masa hadapan, tetapi ia juga memainkan peranan dalam membangunkan otot di sekeliling bahu, lengan dan belakang yang akan membantu bayi anda menjadi lebih mudah bergerak di kemudian hari. Dengan cara ini, leher bayi akan menjadi lebih kuat.

Bayi yang baru lahir mungkin tidak begitu berminat dengan aktiviti, tetapi tidak ada salahnya untuk meletakkan bayi anda untuk aktiviti 'tummy time' selama beberapa minit untuk beberapa kali sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh berlatih 'tummy time' dengan meletakkan bayi anda menghadap ke bawah pada dada, riba, atau perut anda. Sesetengah bayi lebih suka aktiviti ini kerana mereka masih boleh melihat muka dan anda boleh berinteraksi dengan mereka dengan lebih dekat.

#2. Angkat kepala dan dada

Di antara umur 1 dan 3 bulan, bayi biasanya akan mula mengangkat kepala mereka dengan lebih kerap (biasanya pada sudut 45 darjah) dan mungkin juga boleh mengangkat sebahagian dada mereka dari lantai.

Pada ketika ini, penglihatan bayi telah berkembang lebih jauh daripada pada bulan pertama. Mereka akan suka melihat reka bentuk geometri dan corak hitam-putih. Anda juga mungkin ingin menambah sedikit insentif ketika bersama bayi dengan meletakkan mainan atau objek lain. Anda juga boleh baring di atas lantai di sebelah bayi anda untuk menarik perhatian mereka.

Kadangkala sedikit sokongan tambahan dan pandangan yang lebih baik tentang apa yang ada di sekeliling mereka akan memberikan bayi motivasi untuk terus berlatih mengangkat kepala mereka sendiri. Akhirnya, bayi anda akan mula menolak dirinya dari lantai dengan tangannya dan akhirnya berjaya untuk merangkak. Leher bayi kuat dengan rangsangan seperti ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kawalan kepala bayi

Menjelang 6 bulan, kebanyakan bayi telah mendapat kekuatan yang cukup di leher dan bahagian atas badan untuk mengangkat kepala mereka dengan usaha yang minimum. Mereka biasanya juga boleh dengan mudah berpusing dari sisi ke sisi dan ke atas dan ke bawah.

Jika anda rasa bayi anda memerlukan sedikit bantuan untuk membangunkan kawalan kepala, terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda sertakan dalam rutin harian anda untuk menggalakkan dia terus membina otot tersebut, iaitu:

  • Luangkan masa untuk meletakkan bayi dalam posisi duduk.
  • Tempatkan bayi anda di kerusi yang tinggi.
  • Bawa bayi dalam gendongan.
  • Letakkan bayi secara terlentang di atas tilam.

Cara membantu leher bayi menjadi kuat

Para ibu tidak perlu berbuat banyak perkara untuk menggalakkan bayi anda menjadikan leher bayi anda kuat dan mengembangkan kawalan kepala. Tetapi anda mesti berhati-hati untuk memegang kepalanya pada beberapa bulan pertama. Pegang leher dan kepala bayi di tapak tangan apabila anda hendak mengangkatnya2.

Anda juga disarankan untuk mengangkat kepala dan dada bayi untuk melihat anda atau mainannya akan menguatkan otot lehernya. Ia juga akan membantu membina otot yang diperlukan untuk mereka berada dalam posisi duduk.

Pada usia tiga bulan hingga enam bulan, para ibu mungkin ingin meletakkan bayi di atas sofa atau di atas katil. Jika anda ingin melakukan perkara ini, pastikan dia berada di tengah katil atau sofa dan jauh dari tepi. Kekal bersamanya sepanjang masa dan berikan banyak bantuan untuk kepalanya, bahaya kalau letak macam itu sahaja tanpa pengawasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maklumlah, mereka boleh bergolek-golek walaupun secara perlahan.

Dan perlu diingatkan juga - sehingga bayi dapat mengangkat kepala mereka sendiri, pastikan kepala mereka disokong setiap kali mereka tidak berada dalam posisi baring. Semasa anda memegang bayi anda, letakkan sebelah tangan di bawah bahunya untuk mengangkat kepala dan lehernya sambil menggunakan tangan anda yang lain untuk mengangkat bahagian bawahnya.

Penyebab leher bayi belum kuat

Bayi mengembangkan kemahiran secara berbeza, ada yang lebih cepat daripada yang lain, dan kawalan kepala juga adalah termasuk. Jika bayi anda tidak mempunyai kawalan kepala yang baik pada usia lima bulan, berbincanglah dengan doktor atau pakar pediatrik.

Perlu diingat bahawa jika bayi anda dilahirkan awal (sebelum 37 minggu kehamilan) mungkin mencapai beberapa 'milestones' terlebih dahulu dan pencapaian lain akan lebih lewat daripada bayi lain.

Bila ibu ayah patut bimbang?

Pada pemeriksaan enam minggu bayi anda, pakar pediatrik anak anda akan memeriksa kawalan kepala serta postur mereka dan pergerakan lain. Jika terdapat sebarang kebimbangan, doktor mungkin akan mencadangkan temu janji susulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelewatan perkembangan fizikal atau kelewatan motor awal ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan apabila kanak-kanak tidak mencapai pencapaian fizikal yang kritikal pada bulan dan tahun pertama kehidupan3.

Isu kelewatan ini juga boleh menjadi tanda sesuatu yang lebih serius, jadi adalah penting untuk ibu ayah berbincang dengan pakar pediatrik anak anda tentang cara untuk mengendalikannya. Jangan panik ya!

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat ibu ayah di luar sana.

Parents | When Do Babies Hold Their Heads Up?

Baby Centre | Developmental Milestones: Head Control.

American Academy of Pediatrics | Is Your Baby's Physical Development on Track?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Baru Lahir Sudah Boleh Angkat Kepala? Bayi Pandemik Ini Lain Macam Advanced Ya!

Penulis

Murns A.