Adakah anda ibu yang melahirkan bayi ketika pandemik iaitu bermula pada Mac 2020 hingga kini? Adakah anda perasan sebarang perkembangan pesat pada bayi anda seperti lahir-lahir sudah boleh buka mata dan angkat kepala?
Seperti perkongsian seorang ibu ini, beliau yang baru melahirkan bayinya ketika musim pandemik ini terkejut apabila selepas beberapa jam dilahirkan bayinya sudah boleh buka mata dengan luas dan mengangkat kepala dengan tegap apabila diletakkan di dada ibunya.
Dalam video yang dikongsikan,bayinya juga kelihatan melihat sekeliling seperti bayi yang sudah berumur empat bulan dan ke atas.
Bayi pandemik buka mata & angkat kepala walaupun baru beberapa minit dilahirkan
Lazimnya, bayi yang baru dilahirkan beberapa jam hanya menangis dan jarang mereka buka mata apatah lagi mengangkat kepala. Tapi lain pula bagi bayi pandemik yang dilahirkan seorang wanita ini, bayi berkenaan ‘berlagak’ seperti bayi yang sudah besar.
Dia dilihat mengangkat kepalanya dan cuba melihat sekeliling. Apabila ibunya cuba untuk menurunkan kepalanya semula dia tetap menaikkan kembali kepala seperti bayi yang sudah besar!
Perkongsian wanita itu di laman Twitter mendapat reaksi daripada ramai ibu yang turut melahirkan anak pada musim pandemik ini dan mengatakan anak mereka juga menunjukkan perkembangan yang sangat pesat terutama daripada segi keupayaan fizikal.
Ada yang mengatakan anak mereka sudah boleh meniarap pada usia sebulan setengah hingga dua bulan, malah sudah boleh angkat kepala dengan tegap.
Ibu lain juga alami perkara sama
Selain itu, tidak kurang juga yang berkongsi anak mereka sudah mula berjalan pada umur 8 bulan! Ada juga yang berkongsi apabila menonton video anaknya yang berumur tiga bulan seolah-oleh memahami apa yang ditonton dan membuat bunyi untuk meniru semula apa yang ditonton.
Ada juga ibu yang berkongsi bahawa ketika mengandungkan anak pertamanya, dia membuat dua kerja dan sangat stres, dan anaknya mempunyai keupayaan yang sangat hebat daripada segi mental.
Tetapi ketika mengandungkan anak kedua iaitu bayi pandemik, kehidupannya lebih relaks kerana bekerja dari rumah dan bayinya memang sudah boleh angkat kepala beberapa jam selepas dilahirkan dan menunjukkan perkembangan yangs sangat pesat daripada segi meniarap, merangkak dan berjalan!
Ibu lebih relaks bekerja di rumah mungkin mempengaruhi perkembangan bayi
Walaupun memang ramai ibu yang mengeluh, bukan mudah menjaga anak sambil bekerja di rumah. Bukan sedikit yang mengadu rasa tertekan.
Namun, mungkin ketika sedang sibuk dengan tugas, tetapi ketika tidak sibuk, ibu mungkin lebih relaks dan boleh ambil masa menjaga anak dengan tenang.
Jadi bagi wanita yang mengandung dan perlu bekerja dari rumah ketika musim pandemik, mungkin ia boleh menjadikan mereka lebih relaks. Yang mana jika ingin berehat sebentar, mungkin mereka boleh baring seketika merehatkan minda yang sesak dengan kerja pejabat.
Jika di pejabat mungkin tiada ruang untuk itu, jadi apabila di rumah, mereka mungkin lebih fleksible, bawa komputer riba di atas katil dan buat kerja sambil berbaring dalam keadaan lebih relaks.
Walaupun sebelum ini ada perkongsian mengenai IQ bayi musim pandemik lebih rendah, tetapi mungkin ada benarnya mengenai perkembangan yang pesat ini untuk bayi kerana emosi ibu mengandung sangat mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan.
Jadi buat ibu mengandung, tenang dan relaks memang sangat mempengaruhi perkembang bayi dalam kandungan anda.
Memang ada bayi yang boleh angkat kepala selepas lahir
Dalam perkongsian di platform sama, ada yang berkongsi bahawa ia adalah perkara biasa dan tidak mustahil untuk bayi yang dilahirkan beberapa jam untuk mengangkat kepala.
Ia dipanggil breast crawl. Bayi akan mengangkat kepala mereka untuk mencari payudara ibu mereka ketika mahu menyusu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 langkah untuk bantu bayi pegang botol susu sendiri
Baca juga: 5 Cara Tidurkan Bayi Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Botol Susu
Baca juga: Untuk Ibu Yang Masih Mencari Bottle Warmer Terbaik, Ini Kami Senaraikan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!