X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

2 Aug, 2017
Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

Lelaki gila seks ini telah beronani di belakang seorang wanita dalam sebuah kedai buku! Sudahlah di bahagian buku kanak-kanak. Bahayanya!

Lelaki Gila Seks Yang Menakutkan!

Kejadian yang berlaku pada 16 Julai lalu benar-benar membuatkan kita rasa hampir semua tempat tidak selamat sekarang.

Mana tidaknya, seorang wanita telah menjadi mangsa apabila seorang lelaki gila seks telah beronani serta ejakulasi di belakangnya!

Lebih mengejutkan, kejadian tersebut terjadi di dalam kedai buku, di bahagian buku kanak-kanak!

Kejadian yang sungguh menjijikkan ini terjadi semasa wanita ini sedang menemani anaknya sementara menunggu suaminya. Ketika itulah, lelaki gila seks ini datang mendekati wanita terbabit.

Selepas dapat berdiri rapat di belakang wanita yang sedang duduk itu, lelaki itu telah memuaskan nafsu sarakahnya. 

Lihat sendiri rakaman video kamera litar tertutup di bawah bagaimana lelaki tersebut mendekati mangsa sambil membawa sebuah buku untuk menutup kemaluannya. Dia segera berlalu pergi setelah berjaya memuaskan nafsunya.

Dia segera berlalu pergi setelah berjaya memuaskan nafsunya.

Seperti sudah biasa melakukan perbuatan terkutuk ini, lelaki ini dapat menyelesaikan ‘urusannya’ dalam tempoh tidak sampai 30 saat!

Mangsa kemudian dapat rasa basah di belakang bajunya. Selepas memeriksa dengan teliti, dia amat terkejut dengan ‘cecair’ di bajunya itu.

Dengan rasa panik dan terkejut, wanita tersebut segera menghubungi suaminya. Mangsa menangis kerana terlalu terkejut dengan apa yang terjadi pada dirinya di bahagian kanak-kanak sebuah kedai buku!

Mereka segera melaporkan pada pihak sekuriti untuk melihat rakaman video kamera litar tertutup.

Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

Walaupun mereka berjaya melihat rupa paras lelaki gila seks itu, tetapi dia tak berjaya ditangkap. Kini mereka ingin mencari si pelaku itu agar orang lain tidak menjadi mangsa. Mereka mengharapkan kuasa media sosial dapat membantu mereka.

Mereka mengharapkan kuasa media sosial dapat membantu mereka. Jom sama-sama kita sebarkan lelaki gila seks ini!

Masalah Kelakuan Seks Semakin Berleluasa

Menurut suami mangsa yang juga merupakan seorang peguam, mereka mempunyai anak perempuan. Tentu sahaja beliau tidak mahu anak perempuannya diperlakukan begitu. Isterinya masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.

Semoga si pelaku dapat ditangkap dengan segera supaya tiada orang lain yang menjadi mangsa seterusnya.

Tahukah anda menurut kajian, mereka yang bermasalah mengawal nafsu sebenarnya mempunyai masalah kesihatan mental? 

Kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry mendapati pelaku kesalahan seks mempunyai kesihatan mental yang teruk. 

Kajian tersebut telah dilakukan terhadap pelaku kesalahan seks di UK.  Para pengkaji mendapati, kebanyakan pelaku bukan sahaja pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah mental, malah, mereka terlalu bergantung pada ubat-ubatan dan dadah!

Walaubagaimanapun, Dr. Seena Fazel, penulis terbitan kajian tersebut menegaskan yang tidak bermakna seseorang itu mempunyai masalah mental, dia juga mempunyai masalah kelakuan seks.

Cuma, hasil kajiannya mendapati pelaku masalah seks secara majoritinya mempunyai masalah mental.

Beliau juga mencadangkan yang pelaku kesalahan seks diberikan rawatan kesihatan mental. Ini bertujuan agar apabila mereka dilepaskan, kebarangkalian untuk mereka mengulangi kesalahan lagi berkurang. Masyarakat sekeliling juga lebih selamat.

Mari sebarkan pendedahan ini agar semua wanita di luar sana lebih berhati-hati, ya!

Sumber: world of buzz, reuters

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

7 Tahun Sudah Merogol, Kanak-Kanak Perempuan 6 Tahun Menjadi Mangsa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!
Kongsikan:
  • Predator Kanak-Kanak Yang Kejam Ini Terkantoi Akibat Satu Klu Kecil Saja

    Predator Kanak-Kanak Yang Kejam Ini Terkantoi Akibat Satu Klu Kecil Saja

  • 8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!

    8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Predator Kanak-Kanak Yang Kejam Ini Terkantoi Akibat Satu Klu Kecil Saja

    Predator Kanak-Kanak Yang Kejam Ini Terkantoi Akibat Satu Klu Kecil Saja

  • 8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!

    8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.