Fakta Seks Lelaki, Ini 7 Perkara Yang Suami AMAT Mahukan Dari Anda Ketika Bersama

Seks lelaki membuatkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk menikmati pelbagai aksi hubungan di ranjang. Ini 5 perkara yang suami mahukan dari anda!

Pernah tak anda terfikir tentang seks lelaki dan apa yang mereka mahukan dari wanita ketika melakukan hubungan intim bersama? Apa yang difikirkannya? Apa yang suami anda itu paling nak?

Adakah lelaki sebenarnya mengharapkan perkara yang sama seperti wanita? Kalau wanita, anda tentu sahaja mahukan sesi foreplay yang lebih panjang sebelum berasmara. Ia untuk pemanasan dan memastikan tubuh badan benar-benar bersedia sebelum meneruskan aksi yang seterusnya.

Baca juga: Hubungan Di Ranjang Tidak Perlu Lama, Seks 5 MINIT Menjanjikan Kepuasan Berganda 

Fakta mengenai seks lelaki ketika hubungan di ranjang

credit to sources

Ataupun adakah lelaki mahu dari wanita sentuhan lembut juga? Dipetik dari Hallosehat, hari ini kami bawakan rahsia 5 benda lelaki mahu dari wanita ketika beraksi di ranjang.

Semua keinginan yang lelaki mahu dari wanita ini dikupas oleh doktor pakar kesihatan jiwa, merangkap penulis buku, Dr. Mark Epstein. Jom tengok apa yang lelaki mahu dari wanita ini!

#1. Aksi foreplay

Sebenarnya, suami anda itu juga mahukan sesi foreplay atau pemanasan sebelum beraksi. Tapi mereka takut. Mengapa?

Mereka takut jika mereka menghabiskan masa dengan foreplay, nanti ketika tiba waktu untuk penetrasi, zakar mereka sudah sukar nak menegang

Malah, salah satu sebab mengapa mereka “malas” nak foreplay ialah kerana mereka takut akan terjadinya ejakulasi pramatang. Nanti potonglah mood anda, kan? 

#2. Rasa amat diperlukan oleh wanita tersebut

Sebenarnya, apa yang lelaki mahu dari wanita ketika berhubungan intim ialah rasa diingini. Apabila mereka dapat melihat anda mengingini mereka, mereka akan lebih ghairah.

Jadi, tak mustahil aksi di ranjang akan jadi lebih hot, huhu! 

#3. Bersenggama dengan cahaya lampu yang cerah

Lelaki ini merupakan makhluk yang tertarik dengan sesuatu melalui visual, itu bukan rahsia lagi, kan? Jadi sebab itu mereka ingin melihat anda sepenuhnya.

Maka, tidak hairan jika lelaki mahu dari wanita aksi di ranjang dengan lampu yang cerah menyala. Hal ini mampu membantu pasangan anda itu menatap anda sepuas-puasnya saat melakukan hubungan seks.

Anda suka tak berhubungan dengan lampu yang cerah? 

#4. Suami mahu setiap hari cuba pelbagai posisi seks

Bukan lelaki saja yang akan bosan dengan posisi sama saja ketika berhubungan seks. Anda juga pasti akan bosan kan?

Sebab itu suami isteri perlu mempelbagaikan posisi seks yang boleh kalian cuba. Kami sarankan anda pilih posisi atau mana-mana gaya dari 99 cara bersetubuh ala Kamasutra ini.

Barulah tak bosan aksi di ranjang itu!

#5. Terus tidur lepas melakukan hubungan seks

Ya, aksi seks amat memenatkan. Tidak hairanlah mengapa lelaki mahu rehat selepas berhubungan seks. Sebenarnya, lelaki memang terbukti akan cepat tidur selepas seks pun!

Jadi, anda janganlah terasa atau kecewa jika anda ingin sesi afterplay seperti cuddling pula selepas itu. 

#6. Lelaki tidak selalunya mahu mulakan seks 

Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya.

Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks.

Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak.

Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar menegnai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

#7. Cinta adalah faktor kepuasan seksual lelaki 

Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki berasa selamat, diterima dan dicintai.

Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Giler4u

Kredit foto: Google Images

Baca juga: Desahan & Erangan Wanita Mampu Buatkan Hubungan Seks Menjadi Lebih Rancak