Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami

Dalam hidup berumah tangga sememangnya memerlukan pengorbanan. Luahan hati isteri bukanlah untuk mengungkit pemberian, ia sekadar menyedarkan para suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehidupan berumah tangga tidak akan sunyi tanpa sebarang ujian. Bagi sesetengah pasangan, ada yang mengalami kesempitan hidup namun hidup bahagia. Ada juga pasangan kaya-raya, namun setiap hari mengalami tekanan. Untuk memastikan hubungan kekal, ada kalanya para suami perlu mendengar luahan hati isteri dengan hati terbuka.

Tidak dinafikan, setiap hari pastinya akan ada dugaan yang berlainan. Mana tidaknya, perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara boleh mencetuskan pertengkaran kecil. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri!

Luahan hati isteri bukannya niat mengungkit

Kredit: iStock

Bagi isteri yang bekerja, anda bukan sahaja berasa tertekan di tempat kerja. Tapi boleh bertambah penat dan stres apabila pelbagai kerja rumah perlu dibuat seorang diri.

Sementelah lagi kalau suami tidak membantu langsung dalam membersihkan rumah, melayan karenah anak-anak dan buat-buat sibuk bermain telefon. Maka bermulalah luahan hati isteri yang panjang lebar.

Isteri 'mengungkit' di dalam hati. Maklum sahaja, dia sudah membanting tulang dan meletakkan banyak tenaga untuk membantu meringankan beban suami. Namun sayangnya, suami tidak langsung mahu bersama-sama memudahkan kerja dalam hal-hal rumah tangga.

Bab-bab 'mengungkit', bukan bermakna isteri tidak ikhlas dalam membantu suami. Tapi mungkin terlalu penat fizikal mental dan bagi suami pula, mula senang hati sebab dapat teman hidup yang pandai cari duit serta berdikari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan para wanita bergelar isteri mula mengungkit bantuan diberikan olehnya.

Bukan tidak ikhlas! ''Mengungkit'' adalah sebagai tanda peringatan supaya jangan terlalu rasa selesa. Bukan tidak ikhlas dalam memberi pertolongan, bukan tidak ikhlas dalam meringankan beban rumah tangga.

Sebenarnya golongan lelaki sangat susah untuk memahami luahan hati isteri dan kemahuan yang diinginkan. Bila bercakap, mungkin ia secara umum dan tidak straight to the point. Misalnya:

''Barang dapur saya beli. Nursery anak saya bayar, bil-bil utiliti pun saya tanggung. Abang boleh pula beli motor baru, tukar kereta dan tambah komitmen keluarga?''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami: ''Nampak sangat awak tidak ikhlas, hilang pahala bila awak mengungkit macam ni..''

credit to sources

Dalam rumah tangga, perlu ada persetujuan bersama kerana ia perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan meskipun menggunakan duit sendiri. Hal ini kerana mungkin sahaja si suami memiliki duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayar, memandangkan isteri sudah membantu menyelesaikannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami apabila dia MAMPU...

Bila ada duit lebih, tidak usahlah fikir lagi nak tukar motor, upgrade kereta, beli telefon baru dan sebagainya. Tapi ambil semula apa yang isteri sedang bayar pada setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak di bahunya, tetapi di bahu sendiri sebagai ketua keluarga.

Buat perjanjian dalam hubungan

Kredit: iStock

Jangan terus pejam mata sebab sudah buat perjanjian, rumah dengan kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar. Manakala perjanjian tersebut pula dibuat pada awal usia perkahwinan yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang anak makin bertambah. Belanja dapur yang isteri keluarkan semasa hidup berdua jumlahnya tidak sama dengan belanja dapur setelah hidup berlima.

Sama juga dengan bil-bil bulanan dan sebagainya. Kita seronok la sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana sudah fixed untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang..

Bila dengar luahan hati pasangan yang berbunyi tentang kewangan keluarga, apa yang dibayarnya, maka itulah sebenarnya peringatan kepada kita supaya menjadi suami tidak menyalahguna atau mengambil kesempatan terhadap pertolongan tersebut.

Berhenti menjadi terlalu selesa apabila tahu anda tidak perlu mengeluarkan duit banyak seperti dia. Ingat, kita akan dikira sudah ''berhutang'' dengan isteri jika terus membiarkannya bayar keperluan keluarga ketika anda sendiri mampu untuk melakukannya.

Ketahuilah apabila isteri mula tertekan dan menyuarakan perasaannya, dia cuma ingin suami kembali menggalas tugas seorang suami.

Dia ingin anda kembali melakukan kewajipan sebagai ketua keluarga dan dia ingin suaminya kembali menunaikan hak sebagai seorang ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan sebab mengungkit atau tidak ikhlas, tetapi dia sudah terlalu lama buat apa yang sepatutnya orang lain buat dan dia nak orang itu sedar selagi masih belum terlambat.

Dengarlah suaranya, dalam rumah tangga, isteri juga memiliki hak untuk meluahkan perasaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Nak Kejar Wanita Lebih Cantik, Isteri Yang Dulu Dipuja Kini Tidak Lagi Bertakhta Di Hati

Baca juga: Asyik sakit tapi tak mampus-mampus, suami ini akhirnya menyesal kejam pada isteri

Baca juga: Di Sebalik Ketenangan Seorang Isteri Yang Menulis "Wahai Perempuan Simpanan Suamiku"