Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

Lufya Omar cedera di muka dan bahagian badan ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang hampir diculik di sebuah taman permainan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon, Lufya Omar berkongsi detik cemas ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada diculik oleh seorang lelaki ketika sedang bermain di sebuah taman permainan.  

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Lufya Omar cedera pertahan anak daripada diculik
  • Praktik seni mempertahankan diri yang dipelajari

Berkongsi kejadian itu di laman instagramnya, Lufya memaklumkan, dalam usaha mempertahankan anaknya daripada diculik, dia dipukul dengan sebatang kayu di kepala dan badan hingga menyebabkan kecederaan di wajah dan badannya.

Lufya Omar cedera pertahan anak daripada diculik

Ibu kepada Laana Haura, 5, ini berkata lelaki berkenaan bertindak dayus memukulnya dengan kayu. 

Ikuti perkongsiannya:

“2 hari lepas fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara lebih kurang jam 4 ke 5 petang.

“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus memukul saya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter! Terpanggil nak kongsi sesuatu yang penting untuk kita semua.”

Praktik seni mempertahankan diri yang dipelajari

Katanya, mujurlah ilmu seni mempertahankan diri yang dipelajarinya dapat dipraktikkan ketika kejadian cemas itu berlaku. Justeru beliau menasihati wanita di luar sana supaya belajar ilmu seni mempertahankan diri supaya dapat melindungi diri jika berlaku keadaan kecemasan seperti ini.

“Apa yang Fya nak sampaikan di sini, demi keselamatan anak serta diri kita sendiri, walaupun kita ini wanita yang lemah kita mestia da ilmu mempertahankan diri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat.

“Dengan izin Allah, juga Fya dapat menyelamatkan anak Fya. Syukur alhamdulillah. Moral of the story is we must stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara keji. 

“Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan keselamatan kami ya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga Lufya cepat sembuh!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Tiba-Tiba Lembik & Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta, Ibu Cemas Rupanya Keracunan Gas

Baca juga: Wanita Bersalin Sendiri Di Tepi Jalan, Ditemani 5 Anaknya Yang Berada Dalam Kereta

Baca juga:  6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar