X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Tiba-Tiba Lembik & Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta, Ibu Cemas Rupanya Keracunan Gas

31 May, 2022
Anak Tiba-Tiba Lembik & Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta, Ibu Cemas Rupanya Keracunan GasAnak Tiba-Tiba Lembik & Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta, Ibu Cemas Rupanya Keracunan Gas

Keracunan gas monoxide boleh berlaku ketika kenderaan berhenti atau sedang bergerak. Ia dianggap pembunuh dalam diam yang boleh meragut nyawa

Berlaku kebocoran pada ekzos kereta sehingga mengalami keracunan gas monoxide. Itu detik cemas dialami seorang ibu sewaktu menaiki kenderaan bersama tiga anaknya serta ibu bapa mentua. Bagaimanapun, tindakan pantas oleh wanita ini ke hospital kemudian menyelamatkan nyawa mereka. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini? 

  • Kebocoran gas monoxide sewaktu kereta bergerak
  • Naluri ibu lihat keadaan anak
  • Satu keluarga alami keracunan gas
  • Kebocoran bahagian eksoz sebabkan keracunan gas

Pengalaman tersebut diceritakan wanita ini menerusi hantaran pada Facebook Nur Jalilah Leyla serta tular di dalam media sosial tersebut. Sehingga artikel ini ditulis, ia dikongsi lebih 14,000 pemilik akaun yang lain. 

Kebocoran gas monoxide sewaktu kereta bergerak

kebocoran gas

Wanita itu memberitahu, kejadian berlaku pada 19 Mei lalu sewaktu dia dan tiga anak serta ibu bapa mentua pulang ke Tanjung Karang, Selangor dari Kuantan, Pahang.

Menurutnya, sepanjang perjalanan semuanya dalam keadaan baik malah, anak-anaknya turut berbual bersama datuk dan nenek mereka.

"Masa tu Umi hantar gambar pada suami, anak-anak tengah tidur. Rupanya suami ada tegur, muka si Abang Eijaz nampak pucat dan kasihan.

"Dia tanya anak-anak ok atau tak, Umi balas ok. Tengah tidur kepenatan agaknya. Tak sangka sebenarnya mereka sudah lain macam masa ini. Deeja pula senyap je tak ceria mana dan tidur. Fikiran Umi mungkin sebab cuaca panas," demikian kisah yang dikongsikan.

Naluri ibu lihat keadaan anak

Sekitar jam 1 tengah hari, wanita itu memberitahu anaknya Deeja bangun terjaga dan merengek tetapi mata tertutup. Ibu tersebut memujuknya namun tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan lembik.

"Naluri seorang ibu rasa sesuatu tapi tak tahu kenapa. Umi kejutkan Deeja untuk bangun tetapi tiada respon. Umi masa ini terus jadi panik, dia tak sedar, lembik selembik lembiknya. Terus Umi menjerit pada mentua bagitahu Deeja tak sedar dan tak tahu kenapa.

"Buka baju seluar, tepuk-tepuk dan sapu air kejutkan tetap tiada respon. Pernafasan makin lemah. Kami berhenti tepi lebuh raya dan Umi terus turun tahan kereta sambil masa tu dukung Deeja bersama. Memang masa tu tak tahu nak cakap apa, nyawa ini dah macam nak tercabut.

"Umi hanya fikir...Ya Allah, anak-anak aku kenapa ni? Ya Allah, jangan ambil anakku. Zara dan Eijaz meraung-raung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh kejutkan Deeja. Masa menahan minta bantuan, satu kereta keluarga Cina (Mr Richard) berhenti dan bertanyakan keadaan.

"Dia minta kami ikut dia untuk terus ke hospital berdekatan. Masa itu dia dah syak mungkin ada masalah gas dan dia pesan supaya buka tingkap," cerita lanjut ibu tersebut.

Satu keluarga alami keracunan gas

keracunan gas

Bukan setakat Deeja, wanita itu memberitahu sewaktu dalam perjalanan ke hospital, dua lagi anaknya iaitu Zara dan Eijaz juga tiba-tiba diam dan mereka pula tidak sedarkan diri.

"Eijaz tertiarap di bahagian bawah, kaki dengan muka ke bawah karpet. Zara separuh badan atas kerusi dan kaki ke bawah, meniarap juga. Ya Allah dugaan apakah kami. Ayah mentua teruskan memandu mengikuti kereta Mr Richard. Ibu mentua bantu kejutkan Eijaz dan Zara.

"Alhamdulillah mereka cepat sedar semula dan menangis. Eijaz ketara pucat dan lesu. Umi pula dah mula muntah-muntah, pening dan pitam tetapi sebabkan anak tiga-tiga tak sedar, Umi gagah bertahan sambil muntah muntah dan kejutkan Zara, Eijaz dan Deeja.

"Sampai Hospital Orang Asli Gombak, terus ke kecemasan. Deeja disambut dan terus diberi bantuan oksigen, Umi sesak nafas dan masih muntah muntah yang tak mengeluarkan apa-apa. Mak mentua pengsan selepas sampai hospital, ayah mentua dan Zara serta Eijaz terus diberi bantuan oksigen.

"Lepas semua dah dapat oksigen, semua kembali ok dan stabil tetapi masih keadaan lemah. Suami masa ini sudah bersiap dari Kuantan. Kes kami refer ke Hospital Selayang. Jam 8 malam, kami dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulans dan kereta kena tinggal sebab doktor tak berani, berisiko," ujarnya.

Kebocoran bahagian ekzos sebabkan keracunan gas

kebocoran gas
Wanita itu memberitahu, doktor mengesahkan mereka keracunan gas monoxide berpunca kebocoran pada bahagian ekzos. Kemudian, mereka dipantau sehingga stabil. 
 
"Doktor kata kalau lah Umi tak tahu yang anak tak sedar itu beranggapan tidur lena, kemungkinan memang akan mengancam nyawa anak-anak. Ya Allah, sebab ia memang attack pada orang yang tidur. Tidur dan terus tak sedar sampailah kekurangan oksigen pada otak," katanya. 
 
Ibu tersebut mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana nalurinya pantas menyelamatkan anak-anaknya. Malah, dia turut mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada Mr Richard dan keluarga kerana berhenti dan menenangkan mereka selain memberikan bantuan. 
 
"Walau berlainan agama, tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tahu Mr Richard ni asal mana duduk di mana. Tapi dia ada sebut masa di hospital tu sama ada dia nak ke Shah Alam atau tinggal di Shah Alam. 
 
"Seandainya posting ini sampai kepada Mr Richard sekeluarga, kami sangat sangat hargai dan terhutang budi. Semoga tuhan sentiasa merahmati Mr Richard sekeluarga," katanya.

Facebook Nur Jalilah Leyla

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Keracunan Makanan Selepas Makan Susyi Telur, Rupanya Ada Kuman Salmonella!

Baca juga: Kesiannya, Bayi Baru Lahir Alami Keracunan Merkuri & Hanya Mampu Bertahan 7 Jam Sahaja

Stories Rakan Kongsi
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!

Baca juga: Ibu Jangan Cepat Panik Bila Anak Keracunan Makanan, Ini Cara Merawatnya Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Tiba-Tiba Lembik & Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta, Ibu Cemas Rupanya Keracunan Gas
Kongsikan:
  • Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

    Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

  • Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

    Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

  • (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

    (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

app info
get app banner
  • Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

    Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

  • Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

    Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

  • (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

    (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.