X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Awas Penyakit Mental Tak Mengenal Siapa, Ibu-Ibu Yang Kepenatan Kalau Ada Simptom Ini Jaga-Jaga

4 min bacaan
Awas Penyakit Mental Tak Mengenal Siapa, Ibu-Ibu Yang Kepenatan Kalau Ada Simptom Ini Jaga-JagaAwas Penyakit Mental Tak Mengenal Siapa, Ibu-Ibu Yang Kepenatan Kalau Ada Simptom Ini Jaga-Jaga

Stress jaga anak, kadang-kadang boleh membawa kepada depresi iaitu salah satu sakit mental, awas ya ibu, lakukan perkara berikut!

Pernah tak kadang-kadang ibu yang terlalu stress menjaga anak mencapai tahap, “sudahlah, apa nak jadi, jadilah.” 

Kalau itu pernah berlaku, awas ya ibu-ibu itu adalah petanda ‘burnout’. Anda sudah buat semampu yang boleh, namun keadaan tetap berada di luar kawalan anda. 

Stress sehingga ‘Burnout’

stress

Foto: istock

Menerusi laman Facebook Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria, beliau menjelaskan ibu ayah jangan biarkan diri ‘burnout’ dek kerana kepenatan menguruskan anak-anak kecil, sebaliknya dapatkanlah bantuan dari orang terdekat. Bimbang hal sebegini menjadi ‘pintu’ kepada penyakit mental yang lebih serius.

“Mama tak larat dah…apa nak jadi jadilah…”

Stress adalah sebahagian lumrah kehidupan kita sebagai ibu dan ayah. Namun stress sifatnya datang dan pergi. Adapun yang lebih merisaukan sebenarnya adalah fenomena burnout di kalangan ibu bapa.

Burnout ni bahasa mudahnya ‘dah rapat ke dinding!’, dah habis daya nak melawan. Ia boleh jadi pintu kepada penyakit mental yang lebih serius.

Burnout boleh berlaku kerana faktor individu, pasangan, anak, persekitaran ataupun kombinasi semua faktor ini.

Simptom burnout

Kenalpasti siapa yang berisiko dan beri sokongan. Terutama ibu bapa yang bersendirian, menghadapi tekanan kewangan, atau anak yang mencabar.

Ia berlaku apabila ibu ayah mula berkelakuan begini:

  • Terus menyendiri atau spaced out dari huru-hara yang berlaku 
  • Memandang ke satu arah dan kaku
  • Mengunci diri dalam bilik dan menangis
  • Tidak lagi mengendahkan apa yang anak-anak mahu

Tips cegah dan atasi ‘burnout’ 

stress

Foto: istock

  • Dapatkan bantuan, jangan takut untuk menyuarakan masalah anda kepada orang sekeliling
  • Sediakan ruang untuk penjagaan diri sendiri seperti tidur yang mencukupi, makanan teratur, masa untuk riadah (mengikut kemampuan anda)
  • Amalkan Teknik relaksasi secara berkala.
  • Tetapkan had berdasarkan kemampuan anda seara realistik, contohnya jujur untuk menolak tugasan yang dirasakan tidak mampu, tak apa jika ada kalanya rumah bersepah.
  • Perbaiki perspektif terhadap masalah, contohnya melihat hikmah dan kebaikan yang datang dari sesuatu ujian.
  • Belajar mengendalikan stress.
  • Menyusun tugasan mengikut prioriti.
  • Bersifat realistik dan praktikal dalam sesuatu tugas – jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terlalu mengambil perhatian kepada kritikan.
  • Orang sekeliling juga main peranan dengan berkongsi bebanan secara bersama.Hubungi rakan-rakan yang juga mempunyai anak dan luahkan masalah, insyaAllah mereka juga ingin berkongsi penyelesaian.
  • Bina kekuatan spiritual untuk membina ketahanan diri.

Punca stress

stress

Foto: istock

Stress sering berlaku kepada orang yang tidak tahu tahap kemampuan mereka. Yang mana mereka selalu berasakan mereka boleh tanganinya sendiri dan tidak memerlukan bantuan orang lain. 

Itulah silapnya, kita hanya manusia biasa, sampai satu tahap kita akan keletihan. Dan apabila tiba saat itu, anda akan mula give up. Lantas tidak mengendahkan apa yang berlaku pada anak-anak. 

Sekiranya anda mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan, mintalah pertolongan mereka sudah tentu mereka sudi membantu. 

Dan berbincang dengan pasangan mengenai apa yang masing-masing boleh lakukan. Selalunya ia berlaku kerana hanya si ibu yang melakukan semua benda. 

Jangan menolak apabila anda dicadangkan untuk berjumpa dengan Pakar Psikiatri, ia sebenarnya sangat membantu.

Atasi masalah stress untuk ibu-ibu baru

#1. Amal sikap toleransi

Apabila bayi anda dilahirkan, ia tidak hanya melibatkan suami dan anda sendiri saja. Ia melibatkan anda berdua malah juga kedua-dua pihak keluarga.

Kadang-kadang, kekecohan yang terlalu banyak dari kedua-dua pihak keluarga boleh menambahkan stress ibu baru.

Seorang memberi pendapat yang lain tentang cara menjaga bayi anda, atau seorang pula beri petua berlainan mengenai pantang bersalin. Memang susah apabila ibu baru rasa terperangkap di antara kedua-dua keluarga!

Jadi, semua orang perlu bersikap bertoleransi antara satu sama lain biarpun mereka tidak bersetuju dengan cara tertentu.

Anda dan suami anda juga perlu berpegang teguh kepada keputusan diri sendiri. Kadang-kadang kata-kata orang perlu masuk telinga satu, keluar telinga yang lain untuk mengelak rasa ditenggelami. 

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta

#2. Minta bantuan

Sama ada ibu sendiri aau ibu mertua, mana-mana yang selesa mintalah bantuan mereka. Jika mempunyai duit lebih ambillah ‘confinement lady’ ia dapat membantu hidup ibu jadi lebih mudah. Dan fokus untuk pemulihan badan sendiri.

Apa-apa pun ibu-ibu kena terima hakikat tidak mengapa untuk berasa tidak berdaya, anda berhak untuk rasa marah, menyinga pada anak-anak. Jangan simpan, itu yang bahaya! You got this ibu-bu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

Baca Juga: Ibu Dua Kali Ganda Lebih Stress Dengan Suami Daripada Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Awas Penyakit Mental Tak Mengenal Siapa, Ibu-Ibu Yang Kepenatan Kalau Ada Simptom Ini Jaga-Jaga
Kongsikan:
  • Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

    Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

  • Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

    Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

    Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

  • Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

    Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.