7 Panduan Daripada Doktor Untuk Ibu Jaga Luka Jahitan Bersalin Dengan Baik, Sembuh Sepenuhnya

Pasti ramai ibu hamil yang terfikir-fikir bagaimana untuk jaga luka jahitan bersalin nanti? Kali ini kami kongsikan panduan daripada doktor ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat ibu-ibu yang sedang hamil, pasti risau memikirkan bagaimana untuk menjaga luka jahitan bersalin supaya cepat kering dan cepat baik.

Ini antara perkara yang menjadi ketakutan ibu-ibu hingga ramai yang berharap supaya tiada koyakan di perineum ketika proses bersalin nanti sedangkan itu antara perkara yang memang sudah dijangka berlaku terutama bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak.

Mungkin cerita mengenai luka bersalin yang biasa mereka dengar agak menganggu fikiran, malah timbul rasa ngilu bila membacanya. Ada yang terus jadi takut nak bersalin bila bercakap soal luka jahitan bersalin.

Luka jahitan bersalin harus dijaga rapi elak jangkitan

Kredit: kumparan

Kali ini kami kongsikan petua doktor untuk menjaga jahitan bersalin dengan rapi bagi memastikan tiada sebarang jangkitan berlaku dan ibu boleh teruskan berpantang dengan tenang. 

Perkongsian doktor ini kepad Harian Metro memberi info yang sangat bermanfaat untuk ibu lepas bersalin amalkan bagi memastikan luka jahitan bersalin mereka pulih dengan sepenuhnya.

Luka terbuka terpaksa dijahit semula

Menurut Dr Farhanah Ibrahim beliau banyak menerima rujukan kes luka bersalin yang terbuka dan terpaksa dijahit semula. Ngeri mendengarnya.

Tetapi itulah hakikat sebenar memang ada ibu yang lepas bersalin lukanya terbuka dan terpaksa dijahit semula. Rasa tidak sanggup memikirkan rasa luka terbuka dan dijahit semula.

Katanya, menerusi kes yang diterima, ada ibu baru lepas bersalin yang mencuci lukanya dengan cecair antiseptik, dan selepas tujuh hari benang jahitan tertetas sebelum sempat lukanya bercantum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, ibu itu mengakui mencuci luka jahitan bersalin menggunakan cecair antiseptik. Berkemungkinan cara itu tidak serasi dengannya atau cecair antiseptik itu tidak dilarutkan terlebih dulu hingga menyebabkan benang jahitan terhakis.

“Secara umumnya luka jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu. Benang yang digunakan itu akan larut sendiri tanpa perlu dibuang selepas luka sembuh.

Jaga kebersihan vagina sangat penting

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: alodokter

Setiap ibu yang melalui proses bersalin normal dan dijahit vagina itu perlu menjaga aspek kebersihan kawasan itu selain tidak terlalu bergerak aktif.

Walaupun tidak melalui proses pembedahan, anda tetap dijahit yang memerlukan penjagaan khusus. Luka akan mengambil masa untuk sembuh dan jangan sesekali mengabaikan penjagaan diri terutama dalam minggu awal selepas melahirkan anak.

Walaupun tidak dibedah, luka di kawasan vagina agak rumit juga untuk dikendalikan kerana ia bahagian yang kita tidak nampak secara terus berbanding perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi jangan diabaikan kebersihan di kawasan itu ya!

Panduan menjaga luka jahitan bersalin

Panduan ini adalah bagi menjaga luka bersalin secara normal yang mana koyakannya adalah di bahagin perineum.

#1. Jaga kebersihan luka

Bersihkan luka selepas setiap kali ke tandas. Alirkan air di tempat luka bagi mengelak jangkitan. Lalukan air bersih dan lap luka.

#2. Dedahkan luka sekali sekala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya luka dapat melalui pengudaraan yang baik. Lebih baik jika anda pastikan tempat luka itu sentiasa kering.

#3. Rapatkan punggung

Rapatkan punggung ketika mengubah posisi untuk elak luka meregang.

#4. Rendaman air garam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: mingguanwanita

Ambil segenggam air garam dan larutkan dalam satu bekas air panas. Campurkan dengan air biasa supaya menjadi suhu suam dan tuangkan ke dalam besen. Duduk di dalam besen itu dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

#5. Elakkan sembelit

Minum air secukupnya dua hingga tiga liter sehari dan makan makanan yang kaya dengan fiber.

#6. Lakukan sedikit tekanan ketika membuang air besar

Tekan kawasan perineum dengan tuala wanita bersih ketika membuang air besar. Kerap meneran ketika membuang najis boleh menyebabkan luka meregang dan terbuka semula.

#7. Senaman kemutan

Lakukan senaman kemutan untuk menguatkan semua otot pelvik yang mengembang sepanjang kehamilan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Peringkat Jahitan Selepas Bersalin & Cara Penjagaan Jahitan Yang Betul

Baca juga: Luka Jahitan Banyak, Sakitnya Bukan Main-Main, Ini Cara Penjagaan Luka Bersalin Yang Betul

Baca juga: Pedih, Jahitan Bersalin Terbuka! Ini Cara Nak Jaga Supaya Bercantum Dengan Cantik

Penulis

Lala Annuar