X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kejamnya! Bapa Tampar, Lambung & Sembur RACUN Serangga Pada Bayi 2 Bulan

22 Jun, 2020
Kejamnya! Bapa Tampar, Lambung & Sembur RACUN Serangga Pada Bayi 2 Bulan

Sudahlah muka ditampar, badan pula dilambung. Disembur pula dengan racun serangga oleh bapa kandung sendiri hanya kerana mahu anak berhenti menangis.

Sudahlah muka ditampar, badan pula dilambung. Tidak cukup dengan itu, disembur pula dengan racun serangga oleh bapa kandung sendiri! Malang sungguh nasib bayi 2 bulan ini. Hanya kerana mahu anak berhenti menangis, tergamak si bapa buat begitu. 

Kejam sungguh kau ayah! Apalah yang merasuk fikiran lelaki itu hingga sanggup menyembur anaknya dengan racun serangga.

Mahu anak berhenti menangis, bayi cedera di kepala, leher

mahu anak berhenti menangis

Atas perbuatan tidak berhati perut itu, suspek seorang pesawah berusia 39 tahun kini ditahan reman polis di Arau, Perlis.

Menurut polis, laporan doktor yang merawat mangsa di Bahagian Ibu dan Anak Klinik Kesihatan Arau, mendapati bayi lelaki itu berada dalam keadaan kurang aktif selain bibirnya menjadi kebiruan.

Difahamkan, mangsa turut mengalami kecederaan pada belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui pada kepalanya.

Hasil soal siasat, ibu mangsa mengaku suaminya menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa. 

Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Kanak-kanak boleh koma jika terdedah kepada racun perosak

mahu anak berhenti menangis

Tanpa disedari kita dapati pelbagai jenis racun makhluk perosak tersimpan di rumah.

Racun makhluk perosak bukan sahaja digunakan di rumah, tetapi juga di kebun dan ladang untuk melindungi tanaman. Oleh itu kaedah penggunaan, penyimpanan dan kawalannya harus dititikberatkan terutamanya kepada kanak-kanak. 

Bayi dan kanak-kanak lebih sensitif terhadap kesan toksik racun perosak berbanding orang dewasa.

  • Otak, sistem saraf dan organ bayi masih berkembang selepas kelahiran. Apabila terdedah kepada racun perosak, hati dan ginjal bayi yang masing belum matang tidak dapat menyahtoksik racun perosak dari badan mereka seperti orang dewasa.
  • Bayi juga mungkin terdedah kepada racun perosak lebih banyak berbanding orang dewasa kerana mereka bernafas lebih banyak per minit dan mempunyai permukaan kulit lebih luas berbanding dengan berat badan mereka.
  • Racun perosak sangat merbahaya kepada otak dan sistem saraf kerana bahan kimia neurotoksin yang terkandung di dalamnya. Kanak-kanak mungkin boleh mengalami masalah hilang ingatan yang teruk, kesukaran untuk menumpukan perhatian, perubahan personaliti, lumpuh, kekejangan, tidak sedar diri dan koma.
  • Muntah, perut memulas dan cirit birit adalah simptom yang biasa bagi keracunan racun perosak.
  • Sesetengah racun perosak disahkan boleh menganggu sistem pelalian badan . Ia boleh melemahkan keupayaan badan dari menentang jangkitan penyakit.
  • Sesetengah racun perosak boleh menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid yang boleh membawa kepada kanser kelenjar tiroid.

Anak tertelan racun, apa ibu boleh buat? 

mahu anak berhenti menangis

#1. Jika racun terkena pada kulit

Tanggalkan pakaian yang tercemar dan basuh kulit dengan air sebanyak mungkin selama sekurang-kurangnya 10 minit. Bahagian yang terkena racun perlu dicuci dengan sabun (jika kulit tidak melecur) dan dijirus dengan air sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

#2. Racun terkena mata

Mata yang terkena bahan racun hendaklah dicuci dengan menuangkan air suam dari bekas seperti gelas pada jarak 2 hingga 3 inci dari mata. Langkah ini hendaklah diulangi sekurang-kurangnya 15 minit.

Pesakit hendaklah mengelipkan-ngelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh. Semasa matanya dibasahi dengan air, jangan pula dipaksa pesakit membuka kelopak mata. Selepas keadaan ini selesai, pesakit hendaklah dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan penilaian dan rawatan seterusnya.

#3. Racun ditelan 

Jika bahan itu terdiri daripada kumpulan ubat-ubatan, elakkan memberi apa-apa melalui mulut, sehingga nasihat keracunan tersebut diperolehi terlebih dahulu.

Jika bahan itu bahan kimia yang digunakan di rumah, berikan segera minuman susu atau air kecuali pesakit tidak sedarkan diri, tidak berupaya menelan atau mengalami sawan.

Kemudian dapatkan bantuan nasihat dengan menelefon Pusat Racun Negara atau lain-lain para profesional perubatan dan farmasi bagi menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil.

Hati-hati ibu! Sentiasa peka dengan aktiviti anak ya!

Stories Rakan Kongsi
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?

Sumber: Berita Harian, Pusat Racun Negara, Pertanian Perak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comracun-serangga-bahayakan-kandungan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kejamnya! Bapa Tampar, Lambung & Sembur RACUN Serangga Pada Bayi 2 Bulan
Kongsikan:
  • Cara Tenteramkan Bayi yang Sedang Menangis, Seperti yang Dikongsikan Oleh Seorang Pakar

    Cara Tenteramkan Bayi yang Sedang Menangis, Seperti yang Dikongsikan Oleh Seorang Pakar

  • Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!

    Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Cara Tenteramkan Bayi yang Sedang Menangis, Seperti yang Dikongsikan Oleh Seorang Pakar

    Cara Tenteramkan Bayi yang Sedang Menangis, Seperti yang Dikongsikan Oleh Seorang Pakar

  • Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!

    Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.