Kenali Tentang 'Phallic Stage', Fasa Anak Mula Meneroka Bahagian Tubuh Badan Mereka!

Main kemaluan sendiri ketika usia anak masih kecil boleh merunsingkan fikiran ibu ayah. Mana tidaknya pelbagai perkara boleh berlaku zaman ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amat merunsingkan fikiran ibu dan ayah apabila melihat anak sudah pandai main kemaluan sendiri. Lebih runsing lagi apabila memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk ajar anak apa yang sedang dilakukan mereka itu adalah salah.

Apatah lagi dengan keadaan dunia sekarang yang semakin meruncing isu keselamatan anak-anak dengan masalah gangguan seksual dan juga pedofilia.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Main kemaluan sendiri, Phallic Stage fasa umur anak mula teroka bahagian sulit mereka.
  • Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tabiat anak.
  • Hidupkan suasana rumah yang selamat dan lebih privasi.

Sudah tentu sebagai ibu dan ayah, anda tidak mahu anak anda menganggap perbuatan itu adalah satu perkara biasa. 

Main kemaluan sendiri, Phallic Stage fasa umur anak mula teroka bahagian sulit mereka

Oleh itu, sebagai langkah untuk membantu anda mengatasi masalah ini, melalui perkongsian kali ini kami akan terangkan langkah-langkah yang boleh ibu dan ayah ambil untuk mendidik anak anda.

Menurut Pakar Psikoanalisis yang terkenal iaitu Dr. Sigmund Freud, beliau menyatakan bahawa terdapat lima fasa perkembangan psikoseksual yang perlu anak anda lalui iaitu :

  • Peringkat lisan

Pada waktu ini, sumber interaksi utama anak adalah mulut seperti menghisap susu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Peringkat dubur

Terjadi ketika anak memasuki usia 2-3 tahun. Waktu ini adalah waktu paling terbaik untuk ibu dan ayah ajar anak potty training kerana usus dan pundi kencing mereka sudah bersedia.

  • Peringkat Phallic

Pada fasa umur 3-6 tahun ini, anak akan mula mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi tentang alat sulit mereka.

  • Peringkat laten

Pada peringkat ini, mereka lebih terarah kepada pembangunan kemahiran sosial.

  • Peringkat genital

Permulaan fasa untuk keinginan berkaitan dengan seksual.

Pada fasa ketiga iaitu Phallic Stage anak akan lebih cenderung untuk bermain dengan alat sulit mereka. Fasa ini sebenarnya adalah sesuatu yang normal, sesuai dan seiring dengan tahap perkembangan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah pada waktu ini, anak akan mula perhatikan perbezaan di antara kemaluan lelaki dan juga perempuan.

Selain itu, anak juga akan mula tertarik kepada ibu dan ayah yang berlainan jenis kemaluan dengan dirinya.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu dan ayah, adalah sangat penting untuk ajar anak supaya tabiat main kemaluan sendiri ini tidak akan berpanjangan hingga dewasa. Untuk itu, ibu dan ayah boleh ajar anak tentang semua perkara ini iaitu :

  • Didik anak kenali bahagian alat sulit mereka.

Guna bahasa yang betul iaitu penis untuk lelaki dan vagina bagi perempuan. Elakkan daripada menggunakan bahasa seperti bebird, cipap atau sebagainya.

  • Didik anak supaya tidak bergurau di bahagian alat sulit.

Jangan ajar dan biasakan diri bergurau di bahagian alat sulit mereka, contohnya seperti menampar punggung.

  • Mencuci kemaluan.

Untuk elakkan anak daripada kerap menyentuh kemaluan, sentiasa bersihkannya supaya anak tidak gatal dan berasa tidak selesa.

  • Jangan tunjuk dan tengok bahagian sulit orang lain.

Terangkan sebab kenapa tidak boleh tunjuk dan tengok kemaluan orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Didik anak tentang keselamatan diri.

Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa pun menyentuh tubuh badan mereka terutama di bahagian alat sulit. Ajar juga supaya mereka menjerit atau terus mengadu kepada orang dewasa sekiranya terjadi perkara tersebut.

  • Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.

Didik anak membezakan di antara sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat.

Hidupkan suasana rumah yang selamat dan lebih privasi

Oleh hal yang sedemikian, sebagai langkah tambahan ibu dan ayah perlulah mewujudkan suasana rumah yang sentiasa menghormati dan melindungi hak-hak peribadi serta lebih terjamin keselamatan dan juga privasi.

Terutama sekali untuk anak-anak yang sedang menginjak dewasa, tunjukkanlah contoh teladan yang terbaik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Maksud Bunting Pelamin: Bukan Hamil Anak Luar Nikah, Ini Kenapa Masyarakat Selalu Keliru!

Baca juga:  Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

Baca juga: Ibu Ayah Dinasihat Tidak Bawa Anak Bawah 2 Tahun Tengok Wayang, Bahaya Risiko Pendengaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani