X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya Mainan Anak Mengandungi Racun Plumbum, Sebab Itulah Selalu Nakal & Agresif!

4 min bacaan
Bahaya Mainan Anak Mengandungi Racun Plumbum, Sebab Itulah Selalu Nakal & Agresif!

Bagi ibu ayah yang memiliki anak-anak sedang membesar, pastinya akan membeli mainan kecil untuk mereka. Namun, tahukah anda bahawa ia sangat berbahaya?

Pergi sahaja ke pasaraya atau kedai RM2, pastinya anda akan membelikan sekurang-kurangnya satu mainan kecil untuk anak-anak di rumah. Selain harga murah, ia dilihat cukup berguna untuk mereka bermain dengan gembira.

Jika ditanya kepada kebanyakan ibu ayah, anda mungkin bersetuju bahawa permainan anak-anak dapat mengembangkan pemikiran mereka kerana sel-sel otak berhubung antara satu sama lain ketika meneroka dunia kanak-kanak.

Mainan kecil mendatangkan impak buruk terhadap kesihatan

bahaya permainan kanak-kanak

Menurut perkongsian seorang doktor perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Ahmad Luqman Bukhari meluahkan rasa kecewanya apabila menerima kes anak kecil terkena keracunan plumbum (lead poisoning) sehingga mengalami masalah kekurangan sel darah merah (anemia).

Hal yang lebih menyedihkan mengikut laporan oleh Centers of Disease Control and Prevention (CDC) mengatakan bahawa keracunan tersebit berpunca daripada alat mainan kecil yang ibu ayah belikan kepada anak.

”Amat kesian pada pesakit malang berkenaan. Sebab itulah saya sangat berharap agar ibu ayah berhati-hati jika ingin membeli barang mainan kepada si manja mereka,”

”Lebih-lebih lagi jika anak jenis yang suka menjilat, menggigit atau memasukkan mainan kecil ke dalam mulut,” jelasnya.

Kebiasaannya kandungan plumbum yang begitu banyak dalam mainan plastik kerana ia digunakan untuk tujuan melembut dan menjadikannya lebih fleksibel.

Kebanyakan permainan kanak-kanak yang dijual akan dicat menggunakan warna-warni dan menarik perhatian turut mengandungi plumbum berbahaya.

”Sekiranya anda melayari website Pusat Racun Negara, masalah keracunan plumbum (lead poisoning) akan memberi kesan besar terhadap sistem saraf pusat dan otak kanak-kanak,”

”Ini sekaligus berpotensi menganggu proses pembelajaran anak dan menyebabkannya sukar menerima sebarang perkara yang berlaku di sekeliling mereka,” jelas Dr. Luqman.

Cadangan jenis mainan yang lebih selamat untuk anak kecil

mainan anak mengandungi plumbum

Secara umumnya, Dr. Luqman turut berkongsikan beberapa cadangan untuk ibu ayah memilih mainan bersesuaian dan selamat bagi kegunaan bayi atau kanak-kanak, iaitu:

  • Patung lembut yang mudah dicuci
  • Mainan diperbuat dari bahan fabrik serta dilabel sebagai kalis api (flame resistant).
  • Krayon dan cat disahkan selamat.
  • Mainan yang dicat serta dilabel tidak mengandungi bahan plumbum.
  • Material seni tidak mengandungi bahan toksik.
  • Krayon dan cat yang dah disahkan selamat.

Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kecil kanak-kanak yang diseludup masuk daripada negara China telah tercemar dengan bahan logam berat plumbum ini.

Penyerapan dan keracunan pada kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding golongan dewasa sehingga berpotensi menyebabkan kerosakan kekal fungsi tubuh badan.

Kajian saintifik yang telah dilakukan merumuskan bahawa logam berat plumbum memberikan kesan buruk signifikan pada dos rendah. Setakat ini rawatan secara chelation tidak dapat memulihkan sepenuhnya tahap kesihatan anak kecil.

CDC mengesahkan bahawa kanak-kanak dengan paras lebih rendah daripada 10 mcg/ dL boleh menderita masalah:

#1. IQ rendah

#2. Lambat bercakap

#3. Hilang pendengaran

#4. Lambat atau kurang membesar

#5. Masalah pembelajaran

#6. Masalah tingkah laku seperti ADHD, agresif dan menjadi lebih ganas.

Selain itu, kajian turut mendapati plumbum berupaya mencemari susu badan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

Paras plumbum darah yang tinggi pada ibu mengandung boleh mendedahkannya kepada risiko keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan masalah perkembangan kanak-kanak.

Menurut Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Jaafar, kajian darah pusat bayi baru lahir di Kuala Lumpur menunjukkan hampir 30% daripada mereka memiliki paras plumbum melebihi 10 mikrogram per desiliter.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Dalam satu kajian pada tahun 2000 secara tidak langsung meramalkan bahawa akan berlakunya peningkatan kes juvana seperti buli, vandalisme, dadah dan kerosakan akhlak pada jangka masa selepas 15 tahun.

Menjelang tahun 2017, ibu ayah sendiri mengetahui bahawa pelbagai gejala salah laku terjadi dalam kalangan anak meskipun baru berusia setahun jagung!

Tanda-tanda keracunan plumbum

kesan bahaya permainan kanak-kanak

Apabila seseorang mengalami keracunan plumbum, semua sistem tubuh badan akan terjejas. Antaranya:

  • Hilang selera makan
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Kurang berat badan
  • Sembelit
  • Kurang darah merah
  • Buah pinggang rosak
  • Masalah tingkah laku dan pembelajaran
  • Sering lupa
  • Lesu dan mudah tersinggung

Kesan plumbum terhadap kesihatan ini sungguh dahsyat. Ia mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan perlahan demi perlahan.

Bagi ibu ayah, kami tidak menghalang untuk anda membelikan anak-anak pelbagai permainan. Cuma hendaklah lebih berhati-hati dalam memilih jenis dan fungsi agar tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.


Sumber: Ahmad Luqman Bukhari, Hafiz Sulaiman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkoleksi-mainan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bahaya Mainan Anak Mengandungi Racun Plumbum, Sebab Itulah Selalu Nakal & Agresif!
Kongsikan:
  • 8 mainan berbahaya yang harus dijauhkan daripada anak anda!

    8 mainan berbahaya yang harus dijauhkan daripada anak anda!

  • Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!

    Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • 8 mainan berbahaya yang harus dijauhkan daripada anak anda!

    8 mainan berbahaya yang harus dijauhkan daripada anak anda!

  • Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!

    Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.